Chapter : Eommaneun dangsin-eul salanghabnida.

Mother,

I love you! Muahmuah! Hari Ahad ni, berjalan macam biasa. If u stay at my house for couple of days, then u know what I mean. Haha. Dah macam routine untuk Mama kejutkan anak-anaknya solat subuh. Macam biasalah, selagi tak bangun, Mama aku potpet-potpet sampai kami bangun and solat. Thanks to Mama sebab sentiasa ingatkan kami perintah Allah. Last night, aku dah plan nak masak kuey teow for our breakfast and as usual Mama akan masak dulu dari aku. Huhu.

Actually, kami dah celebrate mother’s day few days earlier. That time kami keluar ke pekan Banting, then beli la kek sebiji untuk nenek. Well, I don’t feel so guilty tak celebrate today sebab dah sambut awal. Hihihi...Apapun, Along sayyyyaaaangggg Mama. Weheee...

Sampai senget tudung. Huhu.

Grandma yang serious no matter what.

Alhamdulillah, hari ibu hari ni disambut dengan meriah pada kali ini. Sebabnya, hari ni Ahad kannn.. Jadi, ramailah yang buat kenduri kahwin. Kira double happiness lah kan. Tadi aku dan family pergi kenduri kahwin anak sepupu Mama dekat Labohan Dagang. Meriah! Good weather makes the day even brighter. Thank you Allah!


Along.

Chapter : Jom kemas.

Hey there! Thanks for coming. =)
Hari ini punya entry memang sengaja nak update apa yang berlaku pada hari ini. Aktiviti aku hari ini ialah mengemas segala kotak yang ada dalam simpanan aku. FYI, before this aku separate kotak-kotak ni based on era. Dari era sekolah, PLKN and Matriculation. Errr...How about UPM era? Hurmmm...Ni la masalahnya. Aku dah tak boleh nak simpan kotak anymore!!! WHY??? Sebabnya, tak ada benda nak simpan and there’s no space. Sigh =__=”



Lepas tu, aku pun start la mengumpulkan all those item into one big box. No more separate boxes.  Belek punya belek, jumpa la satu love letter from my darling ni. Surat tu from G-ma .  Selama ni memang tak sedar ada surat tu. It’s secretly hidden underneath of the cute little box and aku sangat surprised. Imagine la surat tu dah berusia 9 years old sekarang ni. OMJaaayyy...lama gila kan? Kauorang ada simpan surat lama macam tu tak? Kalau ada, kauorang memang sentimental orangnya macam aku. Hihi..

One of the box

It's been there for 9 years ago

Tulisan G-ma masa 2002


Tu cerita kotak masa sekolah. Belum cerita kotak masa PLKN. Dalam ni banyak khazanah yang ada. Batu bersurat (made by DekJah), Biodata (from my dormates), special drawing (from Munirah) and many letters from my friends. Especially from our teammates. Dalam kem dulu each team guna alphabet ‘WXYZ’ badget tak nak sama dengan kem lain yang biasanya guna ‘ABCD’. Paham tak?Ha Ha mesti tak. W- Warrior. X- Xtreme. Y- Yussra. And lastly Z- Zebra. Aku dulu team Yussra, bukan Yusra Madihah budak Kedah tuuuuu... Yussra ni diambil dari perkataan Ussra dalam arab bermaksud family. Budak-budak dalam team ni memang baik-baik belaka (isk, anak sapa la ni). Hehe. I wonder, kat mana lah mereka ni semua.

Best tau kalau dapat collect benda macam ni semua. Zaman UPM dah tak ada dahhh.. Maklum lah zaman dah berubah, teknologi dah maju. Huhu. Facebook and digital pictures je lah yang tinggal. Oh, yes! Aku ada bagi daun kat Ziema Amini. Ziema kata nak laminate. Hopefully dia buat. Huhu.

Okay lah, itu saja for today’s entry. Hope you like it! Tata. Assalamualaikum...

Chapter : Sayonara UPM.

Hey! readers, stalkers (ada ke?) and haters (=..=) how are you guys? I'm doing great cause I've finished my study last three days ago. Well, sekarang baru ada masa nak upload new entry. Maklum lah busy sikit lately. So, Huril sayang jangan marah I sebab tak reply you kat skype. Huhuhu...

Tiga hari yang lalu adalah hari yang sangat emosi untuk aku dan kawankawan. Masa packing begs untuk pulang, rasa sayu je (dengan backsound effect lagu kat fly.fm) memang bawak mood yang sadis sangat. Tssskk ='( . Semalam, masa gather dengan yang lain dah tak ada mood lagi nak guraugurau macam biasa and that's show how sad we are.

After all we've been through, all the pain, sadness, happiness and our tears will be nicely kept deep in my memory. For all my beloved friends, Aku mintak maaf hujung kasut to hujung shawl. Kawan sampai mati okay! Time free nanti lepak samasama tau. 

Yang tak ada kat sini Zazaf and Azie. Peace!

Chapter : Blog header.

Hai geng!

Haha.. okay tak header aye ni? Hoh! aye tahu la aye ni agak ketinggalan zaman sikit. Block aye ni tak fancy macam teman yang lain. Mereka tu hebat ber-blogging tak ngape lah ada blog power yang ada babling-babling gitu. Macam aye ni, tak minat serabut-serabut. Lama loading-nya nanti. Hehe..

At first, aye nak letak yang ini. Tapi pixel yang ini kecik. So, aye tukar laaaa...

Okay, aye mengaku aye bukan baru belajar guna photoshop. Kat matric dulu cikgu ada ajau. Tapi aye dah lupa.  However, aye try the best untuk belajau semula bergurukan blogger-blogger yang baik hati mengeluarkan tutorial berkenaan tips and trick menggunakan photoshop.

Berbekalkan skill aye yang tak seberapa ni, dapat lah aye sempurnakan simple task for beginner. Aye cakap lagi sekali, aye ni BEGINNER okayyy! Salah silap harap jangan ignore. Drop the comment, for the better output. So far aye masih mencari silap di mana aye tak boleh reti nak save yang animated banner. Huhu. Tak apa, later aye cuba tanya guru-guru yang ada kat Malaysia ni.

Okaylah Aye pikiau, I'm better leaving. Stay tuned for the next chapter from me and thanks for reading. Adios guys!

Chapter : MUAH! Ainul si kecik molek.

Salam Muah! semuaaaa... Dah lama rasanya tak muat naik video Muah! kannn??? Ececece.. badget macam bagus je la. Haaaa...lantak kauorang lah nak cakap apa pun. Sukahati aku lah nak upload apa pun. =..=
Apa pun, untuk Ainul, terima kasih sebab sporting banget! Kuih hijau tu memang sedap, kalau tak penyek. =P

Enjoy! =)

Chapter : Selekoh terakhir menjelang final.

Assalamualaikum. Well, hello everyone! Apa habaq semuaaaa? (ceeehhh, macam anuarhadi tak? ~_____~" ) Haha. Aku fans dia plus Matlutfi. Best gilaaaa mereka ni. Aku siap subscribe lagi channel mereka kat Youtube.com. So, bila boring or stress or what so ever, layan la channel ni.

Okay, back to the topic for this entry...Since exam is around the corner, aku dan yang seangkatan dengan aku busy menyiapkan Final Year Project (FYP) kerana due date dah dekat. On 15th of April we need to submit to our department to accomplish our degree (berapa banyak to daaaa). Yes! it takes a lot of time and effort and also moneyyyy.

Everybody is trying very best to achieved the target. So, we don't have a lot of time to go window shopping or taking part in any activities. We're very focus! Sangat focus until we decided to release our tension yesterday. Muahahahaha..

After that, we start to continue the FYP again and last night, I've finished my FYP (not officially) since I have to meet my supervisor first which I think it will be tomorrow. All the best for those yang masih bekerja keras untuk FYP masing-masing.

Yaaaaaa! We know and alert with the due date but please.... Give us some break! Alaaaaaaaa... weekend kot. Tak kan nak buat kerja. Ye tak? (Even though kita tau kita full time student). Chillax, our brain cannot work 24/7 lah! Kang berasap macam mana? Siapa nak menjawab? Haaaa...

Okay lah, sampai sini saja. Hope usaha keras selama setahun membuahkan hasil yang A+ hopefully, InsyaAllah. Thanks for reading. Kalau tak cukup bacaan, jangan segan mintak FYP aku. Boleh baca FOR FREE. Hehehe..

Chapter: Neighborhood a.k.a buddies.

Hello..
Salam April semua. Apa yang ada time April ni? Have anyone make u act like a fool? Am i the one who make u damn fool? U are lucky because u're the chosen one. Haha..Just kidding.(Heh, tak lawak? Tak pe. Gi main jauh-jauh dari sini. 0_o )


Orait lah people, entry kali ni aku nak ber-story pasal my neighborhood kat Kampung Serumpun ni. For those yang terbabit, peace! Please do respond without any violence. Ngahahaha... Let's check out the organizational chart yang tak di-recognized by mana-mana pihak pun. Hoh! -____-?


Can u see it? Nope? That's better. Haha
Apa sebenarnya yang aku nak tunjuk ni ialah ahli qariah Block P4 Level 2 merangkap finale year student yang budget macam HEBAT! (kalau tak hebat, masakan jadi senior..ye tak?) 


Okay, bermula dengan our independent member from Level 3. Hahaha... Nama dia Aida. Wakil kawasan atas sebab suara dia kuat!Hahaha. Dia memang selalu hang out kat area kami ni. Tak kira lah atas urusan apa pun, business ke, official ke, sukasuka ke, tiap hari dia mesti lalu kat Level 2 ni. Unless la kalau dia balik rumah (kalau jumpa jugak, tu qorin namanya. Huhuhu..nasib malang lah siapa yang jumpa.)


Next is Nurul a.k.a Nunun. Nak tahu kenapa aku letak dia sebagai resque dept? Ini sebab dia suka tolong orang yang dalam kesusahan (kadang tak susah pun mintak tolong dia juga.Mengada!) lagi-lagi kalau kawan tu tak sihat. Laju je dia offer nak tolong (tapi lagi laju kalau ajak dia makan kot?Haha!). Okay, enough about Nunun.


Seterusnya, our lovely Eima in laugh dept. Nak tahu kenapa? Minah yang sorang ni hobi dia gelak, dan gelak dan gelak lagi. Dia ni agak optimistic orangnya. Pikir positive je katanya (kadang kalau kena time evil, jahat gila! Hahahaha. Aku lagi jahat.) Bestnya dia ni mengamalkan sikap mulut terbuka tapi caring (sama macam aku, eceehh!).


Hazimah Amini. Seorang yang tinggi centimeter-nya. Cita-citanya tinggi, nak kawin dengan penjawat awam. Senang naik hangin atas perkara yang temeh. Sebagai contoh kalah judi game boleh buat dia tension. Secara relatifnya, darah tinggi dia akan naik dengan cepat. Ziema ni merangkap technician kat Level 2 ni. Kalau blackout, biasanya dia lah yang akan usik main suis kasi hidup semula.


Dan seterusnya budak Yongpeng a.k.a Anizah (Nija). Yang aku boleh kata-kan pasal meja dia ialah macam farmasi. Banyak gila ubat! Sakit kah dia? Sometimes, and i'll pray that she will be alright all the time not some-time. Dak Yongpeng ni memang susah nak angkat white flag kalau debate yang tah apa-apa tah. Tapi, takutkan kilat, melebih kan segalanya. Hihi.


Who's next? Zafira! Zaf ni rakan sebilik aku. Easy-going orangnya tapi cepat serabut bila kena buat decision. Aigoooo.. Sangat kemas dan agak teliti budak ni. Kalau ada nak service lipat baju ke, kemas cupboard ke (sebab tu jadi Store Exec), boleh la contact dia. Dalam ramai-ramai ahli qariah, dia ni lebih sikit sipat wanitanya. Sangat sentitive. p/s: Jangan kacau dia time moody kalau nak hidup lama. Haha.


Makcik yang seterusnya ialah Siti Aishah. Semua orang kat sini panggil dia Siti. Tapi dia berhajat untuk tukar panggilan tu ke 'Aishah' selepas bekerja nanti. Kuat makan pedas dan pandai memasak. Skill mengupas tanpa guna fruit peeler memang superb! Dia juga adalah seorang racer. Laju dohhh dia drive tapi yang penting selamat. Kan Siti? Mung tak keji dah. Hehehe.


Finally, sampai ke Azie. Asal dari Johor. Sangat sesuai jadi kaunselor sebab dia ada sipat ke-kakak-an yang agak banyak. Boleh masuk dengan semua orang dan dia ni sebenarnya suka observe orang. So, watch out! Tak perlu takut dengan dia kerana kecik je orangnya. Kuat bersukan dan active dengan macam-macam persatuan. Bercerita tak nak kalah, macam adun lagaknya.


Haihhh... Penat dah cerita pasal mereka yang terbabit dalam organisasi yang tah apa-apa ni. Mana-mana yang terasa maap la ye. Silap aku lah tu..tapi yang pastinya tujuan aku buat entry ni supaya aku tak lupa behavior kalian bila aku dah tua tak muda remaja lagi. Okay ye, mata aku ngantuk sudah, tapi perut lapar. *___* Selamat malam!

Chapter : Tahniah SAMTTAR!!!

Salam sejahtera kepada umat manusia. :)

Tahniah aku ucapkan kepada my ex kerana dapat durian runtuh. Mentanglah tengah musim durian kat UPM ni kannn... Haha (tak ada kena mengena pun -______-"). Ex mana pulak ni? Hurmmmm... ni berkenaan my secondary school yang cool sangat pada waktu itu. Apa nama sekolah aku tu? Tengku Ampuan Rahimah Islamic High School kalau cakap orang puteh lah. Melayunya S.A.M (T) Tengku Ampuan Rahimah located di Banting. Jyeahhh! Okay, kenapa ucap tahniah pulak? Orait, sebenarnya sekolah aku dan yang seangkatan dengannya yang dulunya under kerajaan negeri Selangor tapi telah di-transformmm menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) starting from 2005 kalau i'm not mistaken (If salah, sorry. Sebab i'm not good in history).

Lencana sekolah since 1994.




Referring to Kosmo (30 Mac 2011), Sekolah-sekolah ni dah dapat millions of ringgit sebagai peruntukan untuk sekolah terbabit. Bukan setakat SABK je yang dapat, sekolah SAR and KAFA pun dapat juga. Alhamdulillah. Rezeki untuk student dan penghuni sekolah yang akan datang dapatlah mereka guna a better infrastructure in future. Anyway, hope sekolah dapat guna budget tu sebaiknya lah ye. Okay lah, tu je entry untuk kali ni. Saja je post pasal ni sebab aku bangga jadi product keluaran situ. Hihi. Bye!

Nak tahu berapa juta peruntukan tu? klik reference ni:

Chapter : something stupid Robbie Williams



Hey, guys!
I've found this song from a blog which belongs to a friend of mine. You can search it here http://breadandtuna.blogspot.com/ . Well, i think this blog is quite interesting because she is a very unique. Hahaha.. Wink*wink* teacher Yazmin. You're rawks! Hihi..

Chapter : Perception.

Hello people!

Okay, today's entry I would like to share with you guys out there regarding perception. According to http://dictionary.reference.com, perception in term of psychology is a single unified awareness derived from sensory processes while a stimulus is present.

Let’s see... why am I talking about perception? Okay, back few days before, I met few persons which I can called them as Pakcik or uncle and we talk about life as a student in their perspective. But of course, I will just listening and nodding about everything because I don't want to be marked as a rude person because I am rude. Hahaha :))

Well, I met this first man at the LCCT while I’m waiting for my sista's arrival.
This man talks about how a well educated lady (which is his niece) could not find any boyfriend after she graduated from overseas. So, this uncle is trying to say that, girls who are study in university should get a boyfriend while studying to secure them self after graduating. I think this type of person afraid that in future, graduates from universities will be 'tak laku' if they don't engage with any boy-friend during their study period. Why do you think this kind of thing will happen around us? I think it is because of PERCEPTION. Some factors which I can identify why educated ladies hard to be approach because of the standards. Maybe (this is my opinion, I don't know you guys) some of gents think that these ladies only prefer a guy who has a same level of education or what so ever with them (OMjay! am I one of them? Hope not!). The other factor is maybe the stigma of the societies. Re-called back this sentence, Pipit tak layak terbang bersama Enggang! Which means status or we called it 'darjat' should be at the same level. Is it applicable nowadays? Naaahhh, you can judge it by yourself... I don't know. Finally, because of fate.  Allah dah set everything for umatnya. Jodoh, pertemuan, ajal, and maut semuanya di tangan Allah. So, no need to worry about that. Apa yang Allah tetapkan adalah yang terbaik untuk anda. :)

Okay, the next person I've met is during the hot air balloon festival. This uncle said that we don't need to have a relationship during the study time. Couple is trouble (okay, this is my word. Haha). Heh, I don't know why this man say that we should not couple. Maybe he talk based on his experience, because I notice that he had mention about his daughter. 

Hurmmm... well different people have their own perspective. It is good to mixed around and gains something from their experience. Well, this kind of experience we cannot gain from the class but through observation and maybe we can share it with others. Anyway! That’s all for today. Thanks for reading.

p/s: Please do comment on my grammar mistakes because I am really bad with it. Hehe.

Chapter : Pesta Belon Udara Panas, 2011.

Hey there!


Alhamdulillah, pagi ini punya presentation run smoothly, walaupun batuk tak berhenti - henti :) . Okay! back to the title for this entry, starting from 17th March until 20th March yang lepas telah berlangsungnya Hot Air Baloon Festival 2011 di Putrajaya. Apa yang menjadi attraction utamanya of course lah hot air baloon nya yang boleh di naiki oleh umum. Wow, this is a opportunity untuk people macam aku untuk merasa terbang bersama belon. Aku sangat teruja nak tengok belon sehingga aku berjanji kat sista aku nak pergi sama.


Unfortunately, on Friday jalan nak ke precint 2 ikut masjid tu pulak tutup. So, atas factor yang aku ni pemalas, me and my sista tak jadi pergi sebab malas nak pusing jalan lain. The next day, which is Saturday aku ajak Nija pergi waktu petang selepas hantar sista aku ke Alamanda. As we know, sekarang musim hujan waktu petang. So, ada kebarangkalian tak dapat tengok belon tu tinggi lah sangat. Sebelum aku kecewa lagi, aku pun batalkan perjalanan untuk berjalan petang tu. Finally, hari Ahad yang mana kita tahu hari terakhir pesta tu. So, pepagi lagi kami dah bangun and kejutkan crew MUUAAHH! untuk follow kami.


We all sampai dalam 8.40 a.m. terkejut bila tengok ramai GILA orang kat Putrajaya ni. Woaahhh! Meriah. As we walk to search the tickets counter, kami tengok banyak belon dah naik ke udara. Hati dah tak sedap. Kenapa? Sebab dapat rasa yang ticket dah sold out. Tuuuu dia. Kat notice board ticket sold out. Dengar kata orang ramai start beratur untuk beli ticket sejak pukul 6 pagi lagi (huuuusssshhh...dasyat!). Untuk ticket petang pulak, kena beratur dari pukul 1 tengahari which counter akan buka pada pukul 4.30 petang (memang gila).


Aida, Nurul & Nija

Dapat bergambar dari jauh pun cukup laaa..

Terbaikkk!!!

One of activities yang berlangsung kat udara.

Capsule 2020


Dengan musnahnya harapan nak naik belon udara, kami bergerak ke extreme area yang mana banyak sangat aktiviti yang ada. Memang happening lah kat sini. Ada sukan air, paintball, horse back riding, wall climbing and banyak lagi lah! Rugi la siapa yang tak datang sini. Hehehe.. Kitaorang juga dapat naik ke menara wawasan 2020. (silap kot nama menara ni. Hehehe) kira cool la jugak. Banyak information yang kita dapat.


Anyway, lepas menjelajah ke semua kawasan yang ada pesta kami decided untuk pulang. Even, tak dapat buat apa yang di hajatkan pada awalnya, at least kami have fun for that day. Heeee.. Jarang nak dapat opportunity macam ni bila dah tak belajar lagi after this. So, since we have few more weeks left, patutlah kita grab this chance to get together, chill and laugh bersama rakan seperjuangan. Jangan dah habis masa study nanti baru la nak mengajak ke sana sini. Bukan semua orang boleh participate. Yelaaa maybe sebab mereka dah ada commitment yang lain. So, why should they entertain u? Heh, pikir lah sendiri ye. Okay la u guys, see ya later! Bye :)

Chapter : Oh! Discount.

Salam peeps.


At first, aku nak tanya. Kauorang suka tak dapat discount? Yes/No? Mesti suka kan? Kalau nampak ada discount, mostly mata gadis lah yang akan jadi macam ni 0_O (terbeliak!). Heeee... Okay, nak dijadikan cerita semalam mama called aku. Mama tanya pasal saman kat aku sebab tak boleh nak re-new road tax.


Alamakkk! aku kena saman ke? Bila masa pulak? Setahu aku dah settle dah....dulu. Huhuhu.. saman mana pulakkkk.. Tak ada pulak aku dapat mana -  mana surat chenta dari pihak berkuasa. Mama tak cakap pulak bila tarikhnya, apa road offense aku dah buat and berapa $$$. After thinking a few seconds then, aku cakap... "Tak apa lah. Ma bayarkan dulu. Nanti Along bayar balik."    =_="   Bak kata Cik Indah kat matrik dulu, "kerna terpaksa, aku merelakannya." Memang terpaksa bayarlah kan. Kalau tak, memang tak lah nak re-new road tax tu. Hope, mama tak story kat ayah pasal saman ni. Haihhhh..


Disebabkan semalam (10 March 2011) ialah hari terakhir bayar saman with 50 percent discount, aku kena fined MYR150. Fiuhhh! Thanks Ma, sebab BAYARkan dulu atas kesalahan? Over the speed limit. Urghhh! Bila kala pulak lajunya tu aku pun tak tahu lah (tak mengaku, normal lah tu). Haha. Okay, semua dah selamat. Duit selamat ke tangan pihak berkuasa, road tax pun dah selamat di re-new kan. Yang tak selamatnya cuma aku! Kejap lagi balik rumah mesti kena bebebebebel dengan Ma. But, can't promise that I'll never do it again. 


Semalam aku agak stress dengan benda alah ni. So, masa aku pergi kat satu program kesihatan, aku tak singgah kat booth 'figure out how stress u are'. Haha. Sebab aku tahu dah resultnya. Grrr.. memang sesiapa semalam yang kena bahasa dengan aku tu. Maaf lah ye. U all deserve it. Heh!

Chapter : Alahai...dinner!

Hello!

Apa kabar orang kampung? Haha... Kauorang sehat? Sehat, Bagus! Kalau tak sehat cepat - cepat shut down your computer and go to sleep (Heeee... caring tak?).

Okay, entry kali ni aku nak share pasal aku dan Starry - Starry Accounting punya dinner. Dinner telah berlangsung semalam iaitu 5th March 2011 bersamaan hari Sabtu. For your information, Dinner ni held dekat Palm Garden Hotel (nak tahu? google sendiri. Hahaha..). At first, we (me and my friends) decided nak gerak at 5.60 p.m. However, disebabkan we adalah girls and nature girls ni suka bersiap lama, we turun dari hotel penginapan (bilik kolej) pada jam 6.30 p.m.  Hah? Lambat ke? Hey, don't worry.. event tu start jam 7 and to get there, it only takes 10 minutes from UPM (based on google map).

Acara semua ikut schedule yang organizer tetapkan (actually, its slightly not.) Overall, okay. Aku tak nak comment lebih - lebih tapi kalau boleh lah kan, next time test la dulu equipments yang akan digunakan especially benda yang melibatkan techno. Sebab agak spoil bila tengok hasil kerja yang wajib tayang tu, jadi macam tak payah tayang pun tak apa. Huhu. We kecewa. But, aku upload jugak kat FB sebagai menebus rasa yang macam - macam tu.

Apa pun, benda dah lepas. Tak usah dikenang. Apa yang berlaku tu jadikan pengajaran dan memori yang sweet tu jadikan kenangan. Aku ucapkan tahniah kepada team organizer dan team kami yang very supportive towards each other. Kepada pemenang anugerah, Tahniah juga aku ucapkan. Rezeki kauorang tahun ni dapat menang. Lain tahun kalau kita panjang umur, siapa -siapa boleh la buat alumni dinner pulak ye. Boleh la gather again. Okay, aku nak share beberapa pictures masa dinner berlangsung.

Bersama course mate.

Me and puan Sri.

With Eima the gorgeous one.

Me and datin.



Family besar kami.
Okay, that's all for now. Till we meet again. Adios!

Chapter : Dentist dan gigi.

Hey ya!


Nadha datang lagi...Hahaha (poyo gila!). Hey kauorang, aku nak story ni. Meh sini rapat sikit. Dah? Okay, cool. Hari ni aku nak share lah apa yang aku buat for today. Mungkin kurang interesting bagi you guys out there tapiiii... boleh la jadi bahan bacaan kepada sesiapa yang minat blog-walking. Hehe...


Supposed, Aku, Eima and Nunun plan nak hadirkan diri ke Pusat Perubatan Universiti (PKU) pada waktu pagi yang sangat. However, sebabkan aku dan mereka kurang tidur, kami telah melajak-kan waktu pagi yang sangat tu ke tak berapa nak pagi iaitu jam1000 waktu GMT+8.00. Matahari dah terpacak, baru lah kami terpacak kat depan PKU tu. Dengan hati yang berbunga, kami melangkah masuk straight ke registration desk. Misi yang jaga kat situ kata registration dah tutup and bilang kat kami datang waktu petang or next week je. HOH! melopong mulut kami. Ai-yai-yai... cepat gila tutup, dah la waktu petang tu terima 10 patients je. Apa daaaa... Dengan berat hati, kami pun pulang.


Bila jam dinding tunjuk pukul 2.15 petang, kami datang lagi. Race for the top 10 patients and we manage to get the first place (And yes! Semestinya aku dulu). Haha... Scaling gigi ngilu beb! Tapi, resultnya memang puas hati. Senyum pun lagi confident! Ahhhhh... lega bila scaling sesion dah end. Sekejap je pun buatnya, tunggu turn tu yang lama. Tapi tak apa... i'm satisfied, no regret.


Resit terima kasih.


Okay, satu lagi benda dalam 'the things must do list 2011' dah terbuat. Heeee... Thanks Buddies yang teman tadi tu ye. Gigi kauorang chantek dah, yeah!


p/s: Marilah gosok gigi sokmo supaya putih macam gigi Nunun & kemas macam gigi Eima. =)

Chapter : Pre-Dinner photos.

Hai...

Seperti yang aku janji semalam aku akan update cerita the journey to the Palm Garden, IOI. Hahaha. Okay, officially aku dah dapat siapkan kerja semalam yang di bawa ke hari ini (Rabu ke Jumaat) pada waktu tempatan 3:30 pagi =_=". Actually, kerja tu senang je nak buat. Tapiiiii... di sebabkan beberapa factor yang menjadi penghalang, tak dapat lah aku dan rakan - rakan men-siap-kan-nya on time. Tak tahu lah result a.k.a penerimaan mereka macam mana nanti. Hope berbaloi lah dengan masa yang aku korbankan (mostly, masa tidur aku) T_____T .

Hah! Seperti tajuk entry yang tertera, petang tadi (3 March 2011) kami, pelajar tahun akhir Bachelor Perakaunan, UPM telah sama - sama bergambar sebagai pre-dinner photos yang bakal diterbitkan dalam majalah sendirian berhat (ye ke tak, aku pun tak pasti...). Okay, these are few shots yang berjaya aku download dari FB Ain Doi and Cik Feza.

Dari kiri: Siti, Nanad, Cik Feza & Eida.

Nanad and Aida.

ACT.

Cik Feza and Nanad.

Ugly face =_="


Okay lah ye. Aku dah sleepy sangat ni. The event is around the corner. So, stay tune for more updates. Bye, Luv ya!

p/s: Credits to my friends who are supporting me a lot!

Chapter : Thursday 3:29 a.m.

Good mornin' peeps!

Apa kejadah pagi - pagi buta taruh entry dalam ini? Okay, bukan pasal nak buat assignment or tak boleh tidur. No! Aku memang jarang berjaga sampai ke pagi. Kenapa? Memang tak boleh. Tak reti. Ada sekali waktu night walking masa camping kat Melaka, aku sanggup tidur kat atas tanah merah yang tak berturap. Pikir la sendiri batu - batu yang alas badan kering aku ni. Pedulik apa aku! Heh..

Hoh! Malam  pagi ni apa aku buat? Ada kerja untuk "Stary2" Dinner for Accounting student yang bakal berlangsung Sabtu ni. Agak excited sebab aku turut men-sebok-kan diri dengan perkara - perkara yang bagi aku agak menarik untuk di follow.

So, for the next stories regarding the countdown for that dinner. Stay tune with me. I'll be back with more stories to share with you guys. Okies? Mahu sambung bekerja. Work-word-ward?(kind of dizzy di situ. Haha) 0_o

Babaizzzzs!

Chapter : Assignment pelik!

Hai...

Pernah tak kauorang terima projek pelik? Pelik tu macam kauorang kena buat sesuatu yang bukan expertise kauorang. Kali ni nak kasi cerita pasal assignment yang baru -baru ni telah menghuru -harakan class Accounting Theory aku. Sepatutnya on 15th Feb 2011 kami semua ada test tapi telah di kensel-kan awal - awal lagi... Punya lah seronok sebab tak payah nak baca buku. Hehehehe... (",)

Suddenly, lecturer tu bilang test tak ada, tukar jadi assignment. Pulak dahhhh... Apakah assignment itu??? Interprete Positive, Normative and Critical accounting theory by drawing an image. Cissshhh... Kerja gila! Nak kena melukis lah pulak (tangan macam kayu!)... Masalahnya, apa benda accounting theory ni pun aku tak paham. Lecturer bagi assignment ni dengan alasan dia nak tengok kePAHAMan student. Paham ke tidak dia mengajar dalam kelas tu. Hohoho... Memang tidak! Sorry sangat doktor. So, aku pun draw la ikut ke-suka-an aku sendiri. Cantik tak cantik?? Ada aku kesah... Yang tak cantik tu sebenarnya ada nilai estetika tersendiri (betul ke?)... Kau je yang bebal, susah nak paham apa itu seni. Hahahaha....

Finally, aku rasa sayang pulak nak hantar hasil tekapan aku ni kat doktor. Adoiiii... how? (besok nak gi buat satu copy) HAHAHAHA... =P

Ada paham? Tak paham tu bebal namanya. Haha..
p/s: Kalau tak dapat 10 markah ni memang lah tak patut. Sigh*

Chapter : Kisah di malam hari.

Hola!

Entry kali ini aku rembat dari kisah benar yang telah berlaku ke atas seorang sahabat aku. Advertisement and flyers tentang part-time job telah menarik perhatian member aku ni. Menurut iklan tu "it is a simple job". So, member ni pun text lah orang yang berkenaan tu (Kita panggil person tu Miss.Y lah) to get a clear picture of what is their principle of business. Menurut si tukang cherita (member aku tu), mula - mula buat appointment dengan Miss.Y (waktu malam, dekat cafe). Tak lama lepas tu, Miss.Y ni kata dia ada kerja tapi dia ada hantar kawan dia (assistant kot?) to explain kepada member aku ni. Assistant ni kita called dia Miss.T

Next, Miss.T pulak yang sambung texting dengan member aku ni. Miss.T ni asik call member aku ni tanya kat mana, kat mana (isk, semak betul!) Pastu, Miss.T ni siap pesan kat member aku ni suruh datang ALONE! Okay, fine lah. Member aku kata sebab tak jauh, tak berteman pun tak apa lah.

Sesampai je kat cafe, member aku ni terus pergi berdiri kat ATM mechine as ordered by Miss.T. Jeng, jeng, jeng...(kasi suspens sikit. Hahaha) Datang lah seorang wanita berTudung labuh dan ala - ala muslimah gitu. Dia approach member aku and kasi tahu dia tu adalah Miss.T. Okayyy... tu tak apa lagi. Bila member aku ajak duduk discuss, Miss.T ni ajak member aku ni naik kereta dia (dalam kereta ada seorang lelaki). FOR WHAT??? member aku tanya Miss.T nak pergi mana pulak malam - malam ni kann... Miss.T bilang sama member aku dia ada kerja kat office dia. So, nak senang discuss kat office dia saja lah. (Choppp! Logik ke office bukak malam - malam??) Kejadahnya nak follow orang yang kita tak kenal mana asal usul dia kan? So, member aku refused to go with her. Member aku cakap Miss.Y tak ada mention apa - apa pun nak kena pergi discuss kat office. Then, member aku siap cakap kalau betul Miss -Miss ni nak terang apa yang patut pasal kerja tu, discuss kat cafe je. Then, Miss.T mintak appology kat member aku ni. Haaaa... tu lah ceritanya. 

Tapi yang buat aku curiga sangat pasal cerita ni...
1) Kenapa bila nak jumpa tak boleh bawak teman? Konon nak one-to-one, tapi Miss.T ada bawak driver tak apa pulak kannnn...
2)Hebat sangat ke kerja yang di buat tu sampai ke malam pun buka office? Setahu aku police station and Hospital plus 7Eleven je yang buka 24jam T____T

Sooooo... apa morale of the story above? BERHATI - HATI ye wanita!(lelaki juga) Jangan mudah terpedaya and percaya kat sesiapa yang kita baru je kenal 5 minit yang lalu. Kalau faced situation macam kat atas, cepat - cepat fikir alasan untuk mengelak. (tipu pun tak apa.. macam lah tak biasa! Haha) Okay lah, segala tips boleh lah dikongsikan bersama -sama ye. Sekian, makcik dah penat. Thanks for reading!

p/s: Makcik risau, tu pasal makcik concern. Nasib baik malam tu member aku ada janji nak pergi karok, tak ada lah dia mengikut Miss.T tu...

Chapter : Muah! Episode 4.

Muahhh!! kini kembali menyerang!!! Hahaha.. Jangan risau ye.. video ni hanya untuk hiburan semata - mata. Mereka yang sporting je join sini. LOL! Okay guys... Aku tak nak cakap banyak, sit back, buckle up and laugh (also pray! maybe u are the next victim)


p/s: Quality video not so good. Sorry!

Chapter : Siapa paling cantik?

Hey!

Hari ini aku buat kerja amal yang boleh dikatakan berfaedah bagi sahabat - rakan yang betul - betul dapat enjoy the day. At first, I was insisted to join them. But then, after a few trial of coaxing, aku pun ikut lah... Lagipun, bosan lah duduk kolej. Huhu (selalu balik rumah). Okay, we all pun pergi lah dekat satu pusat kecantik-kan (cantik ke?Heheheh..) and of course lah kat situ offer macam - macam services. 3 out of 5 people including me, mereka nak buat facial treatment and the other nak buat body scrub. How about me? Aku jadi pengulas berita kecantikan kat dalam kedai tu. (ceittt.. mcam la cantik sangat kan!)

Harga yang kedai tu charge agak reasonable and affordable bagi student macam kami yang mahu sekali - sekala mahu pampered our self. Untuk Normal facial treatment hanya RM40 je. Untuk yang ber-resdung kena tambah RM5 and it means RM45 lah semuanya. Kepada sesiapa yang nak massage, u can have it there and it is only RM40 for the whole body. Bagi penggemar Spa ala- ala Sepak Q tu.. Kauorang boleh dapatkannya dengan harga RM35 je. Murah tak? Murah juga la kannnn...

Kat sini ada secret nak kasi tahu... Mereka yang berminat nak buat facial akan dikenakan charge RM5 unutk sponge yang akan digunakan kat muka auorang. That means, kauorang tak akan guna orang lain punya and orang lain tak boleh guna kauorang punya sponge. Okay tak? Tapi ada juga option untuk yang tak mahu guna sponge baru, guna je lah sponge siapa - siapa yang bukan return customer mereka. Then, bila kauorang jadi customer mereka semula, tak payah dah nak beli sponge baru.

Kak Lin tokey kedai memang friendly.... Al- maklumlahhhh... orang berniaga kena lah ringan mulut untuk bercerita. Ye tak? Okay... Total cost untuk yang normal facial tu RM45 and yang special tu RM50. Yang total ni tak campur tau kalau kauorang nak tambah other product such as Serum or Vitamin C tau.. Yang tu kena tambah lain.

Okay lah guys. Penat sudah aku promote kedai kak Lin ni. For those yang interested, boleh la mencubanya.. Eh... Lupa nak cakap, mereka pun ada khidmat make-up (memang cantik!) kat kauorang - kauorang yang ada dinner ke apa.. Temujanji diperlukan, jangan main sedap terjah je. Before that, meh teka siapa si cantik yang memakai topeng hijau...

Zombi A-1

Zombi A-2

Zombi A-3

p/s: Service untuk ladies SAHAJA. Sorry gents. =)

Chapter : Koolkes Vs. AiG

Sebabkan bosan nak kena baca case yang amatlah banyak...
(padan muka! Siapa suruh leka...)
Aku  decided untuk buat benda tak berfaedah.
Second entry for today.
(Tak pernah buat macam ni.)

=_=''

.
.
.
.
.
.
.





Selamat malam dunia!

Chapter : Anjing.

Hello...
Entry kali ini nak cerita pasal seekor binatang. Yeah, aku suka tengok anjing - anjing kat pet shop. Cute sangat! Tapi sayang... Tak dapat nak garu - garu kepala anjing tu. Whooof. Whooof! Hahaha.. Nak di-jadikan cherita, malam tadi yakni Ahad malam Isnin, seorang sahabat telah menabrak seekor anjing di jalanan dalam perjalanan pulang ke UPM. Sahabat telah men-cheritakan kejadian tu kepada aku and aku cakap, 'kesian anjing tu'. Menurut sang pen-cherita anjing tu tak apa - apa... So, it's okay la.

Ironiknya, malam tu aku mimpi pasal anjing. (pulak dahhh...sampai terbawak dalam mimpi lagi tu!) The climax dalam mimpi tu ialahhh... Aku kena kejar and kena geget dengan anjing. Cissss.. Biadap sungguh! Gigi tajam tembus kat tapak tangan. Sakit. Menangis dalam mimpi. T___T

TENGOK!!!! Anjing tu balas dendam atas perbuatan langgar lari kauorang tu kat aku tau tak? Nasib baiklah dalam mimpi je benda tu sebab tragisnya lepas kena gigit tu tak ada sorang pun datang tolong. Cisss...tak guna! Ramai je pelakon - pelakon extra (sahabats) yang aku kenal dalam mimpi tu... tapi sorang pun tak boleh pakai. Macam lah kalau kau tolong aku, kau kena samak jugak! Again aku ulang... Nasib baik sekadar mainan tidur.

Okay lah. Tu je aku nak cherita. Hahaha.. Menyesal tak baca? Click close kalau menyesal. Hahahahaha.. Adiossssa!


p/s: Bagai melepaskan anjing tersepit. Sebab kesiankan anjing, aku tergigit. 

up