Floria 2012

Assalamualaikum.. well hello peeps! It's July 2012 today.. Few more days untuk ramadhan. Syokknyaaa!! Puasa aku dah habis ganti. Korang macam mana? Hehehe..

Hari ni.. seperti yang aku dah janji kat mama aku. Aku, mama and my younger brother pergi ke pesta bunga kat Putrajaya. Alaaa..Floria @ Putrajaya laaa.. Tau tak?? HAHA.. iklan kat tibi kan ada. Tak tengok ke?? HAHA #haremm sungguh nada ni :P

FYI, bunga- bunga ni akan berpesta selama seminggu kat Presint 2 ni. Start semalam laaa.. Kalau datang waktu malam pulak, dapat la enjoy bunga api and tengok decorations waktu malam pulak. Kalau siapa tak tahan panas siang, boleh la datang malam. :D

Hari ni tak ada la aku gerak pagi-pagi sangat. Before pukul 11 kami dah sampai kat kawasan pesta tu.. Lepas tu apa lagi.. bergambar la!!! nak nak pulak bawak mama yang memang suka gillllaaa bunga. Hmmm sudahnya.. aku je la yang jadi mangsa untuk jadi subject camera. Heee...

Masuk ikut Monumen park

Decor dari JB Tengah

Decor from Labuan

Decor @ Perbadanan Putrajaya

PJC lagi with adik :)

Inside the Pavilion

Malu tengok peta, sesat jalan

Replika wakaf kat JB Tengah

Menara tinjau. Tapi visitor tak boleh naik kot. Roboh kangg..

Selamat datang ke rumah nadha. Wahaha..

Balkoni belakang rumah. Vrangan lagi!

Three of us! Love.

Mama and her daughter

Anak - anak riang berjalan. lalalala..

Horeeyyy! star jump di situ
Nanti ada masa aku share lagi gambar yang lain. Hee..sampai sini dulu. Selamat berhujung minggu ye korang.

GBY!

E-day on her B-day

Hello readers...
Salam isra' mi'raj kepada semua umat islam kat dunia. Assalamualaikum. :)

Hari ni tak nak cakap banyak sangat. Sebab aku teruja dengan apps yang baru aku jumpa. Aku tau semua orang dah tau and dah aware dengan ni >>> Edit gambar online. Cuma aku je yang baru teringat nak try. Bhahaha..

Okayyy..ni nak share ni..hari tu aku ada cakap bulan June ni bulan yang meriah kan?? Ada tak? ada tak? cakap la ada. pelisssss T___T

16hb JUNE 2012 kemarin is Dayana Nordin punya birthday. She is our sista dalam bilik A1.1.12 kat KMNS dulu. This year birthday dia punya gift besarrr sikit which is engagement ring. wahhh.. kelasss gitu. Actually sabtu tu Yana punya E-day jugak. Dia invite ex-roomate (aku and Aida) datang majlis dia. Sebabkan rumah dia tak la jauh sangat, so kitaorang pun gi la ke rumah dia berpandukan GPS Aida..

Kenduri start pukul 1500 (ETA) tapi kitaorang sampai jam 13++ macam tu. Haaaa..nampak tak yang kitaorang excited kat situ? HAHAHA..So tunggu punya tunggu, rombongan sampai sebelum jam 1600. Apa pun majlis jalan dengan lancar. Alhamdulillah. Berbaloi ketiak lecak menunggu keputusan tu ye Yana. Hehe..

Tepat jam 1700 aku dengan Aida pun check out dari rumah Yana. Lagipun Yana nak gi outdoor photoshoot. Thanks sebab menjemput kami ni ye cik Dayana. Kawin nanti jangan lupa jemput. Kalau lupa, aku sekel kepala lutut kau. HAHA.

Dayana Nordin, princess of the day
                                      

Princess and Aida

Princess and Nada

The singgahsana

Tradition, sireh junjung. It's a must.
# Trivia - Three of us ada alphabet D dalam tiap nama. naDa. aiDa. Dayana.

Apa kata hang?

Assalamualaikum viewers!

Okay..mula-mula baca statement ni nampak sangat statement dari seorang lelaki kan? Lelaki yang hatinya ada sikit frust dengan wanita. Heee.. tak pe..aku tak sentap pun baca status dia ni. Manusia bila tengah emotional, memang akan cakap benda yang diluar kewarasan yang maksimum. Tu biasa..

Actually la kan.. aku teringin nak comment kat statement yang second tu. Tapiiii..takut pulak. Takut aku silap. So, baik aku tetaip kat sini je.. kat sini tak ramai public yang rajin menyinggah. So, aku rasa selamat sikit. HAHAHA.

Kalau korang, apa yang nak di-comment-kan kalau ada sahabat/sedara/musuh korang buat status macam ni? Ni respond aku untuk status yang first.

http://www.indexmundi.com/malaysia/sex_ratio.html


Sila lihat kategori 15-64 years. Nisbah 1 perempuan : 1.01 lelaki. yang ni berdasarkan negara kat asia since Malaysia kat Asia Tenggara. Go Bandar Tenggara!!! hihi *melalut* Well..as we can see fakta yang member ni cakap 'perempuan lagi ramai dari lelaki' dah tak berapa nak releven bagi aku. Dah tak up to date. Sorry to against you. Kalau hang nak cari wanita yang jujur and ikhlas. Sila betulkan niat hang tu dulu. Adakah hang ni betul-betul jujur dan ikhlas nak berkawan dengan satu-satu wanita ni?keee..ada niat lain?Hmmm.. Pernah dengar tak wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan sebaliknya? Kalau tak pernah dengar, aku sure hang setuju dengan kata-kata tu. Senang cakap, kalau kita nak orang respect and buat baik kat kita, kita kena la respect and buat baik kat oran tu dulu. Tak payah aku nak kaji dalam-dalam sangat la..kalau nak berbalah pasal benda ni sampai tahun depan pun tak habis.

For second status tu.. aku dah include sekali dengan comment kat atas ni. Lagi satu, kalau kau bagus sangat sampai kata banyak perempuan yang perangai macam puiii..apa kata kau cabar diri kau untuk ubah diaorang yang puiii tu kepada yang better. Yang akan buat kau jilat balik puiii kau tu. Tu pun kalau kau bagus sangat la kan..Akan aku salute kat kau kalau kau berjaya. If you are nobody, jangan mimpi nak yang best-best. So..USAHA! and be SOMEBODY. Be somebody yang akan bagi good impact kepada orang keliling. Then orang akan respect and admire you.

Correct me if i'm wrong. Ini opinion aku. Tak ada niat nak offense sapa-sapa. Sebab mak aku perempuan and ayah aku lelaki. Thanks to them aku lahir kat muka bumi ni. No need to blame anyone. Okay? that's all untuk kali ni. 

People born on June.

Salam June. Ini entri pembukaan di bulan June. Yes, it's Rejab jugak. Alhamdulillah kita hidup lagi. Bernafas lagi sampai ke mid-year 2012. Syukur!

Balik ke tajuk asal, bulan enam ni memang ramai lah yang menyambut hari lahirnya. Termasuk lah family members aku, ayah(7) and angah(17). Kalau geng sekolah pulak, memen(3) dengan pah(11). Lepas tu sapa lagi ea.. roomate kat KMNS! pui see(13) dan yana(16). Well you see? berderet-deret orang sambut birthday bulan ni. Kak nat pun sama (8) hari tu.. Ada jugak la yang aku sampai terlupa nak wish. hehe. Anyway, sini aku nak lumpsum kan wish aku kat semua semoga dimurahkan rezeki, diberi sihat tubuh badan dan juga akal, dipajangkan umur, dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t. insyaAllah.

Sharing is caring? HAHA
Disebabkan jarak birthday ayah dengan angah, aku sekalikan je kek mereka ni. Tekejut angah bila dia perasan ada nama dia jugak kat kek padahal ayah dah blow semua candle dia. HAHAHA. Angah balik IPG semula on birthday dia. Takut tak sempat nak celebrate. So sekali kan je la senang. May Allah bless you to people. Tonnes of love! hiks..

Beliahanis

Hellooo.. Assalamualaikum people!

Today's entry aku nak share sikit la pasal hari belia. Tak ada nak share apa sangat pun.. Saja nak bagitau korang yang aku dah jadi antara 2juta belia yang datang event hari tu. muahaha..

Well, aku datang masa hari ahad. Memang dah expect yang event untuk hari tu dah so-so je sebab dah last day kann..tapi yang aku perasaan perasan kedai/gerai masih lagi rancak dengan business diaorang even dah last day. Untung sakan la they all ni aku rasa.

Yess..mula-mula sampai memang niat aku nak jalan merata. Semua booth aku nak masuk. Tapi dek kerna jauh sangat and aku berjalan pun dah macam seret kaki, aku ajak pak inchik balik. wuwuwu..

Disebabkan pak inchik perasan belia lagi, dia pun rembat laa..eh, beli baju hari belia kali ni. Souvenir la keng-konon-nya.. Before balik, dengan rasa tak puas hati dengan kekalahan yang lepas, pak inchik challenge me for bowling. The result? it's fair. Dua - dua menang each game. So, tak ada la yang soksek kata 'aku lah juara..haha'

Belia kuat seperti mr.americaaa..haha

Sudah ku beri sebahagian coklat kepada pak inchik


So..itu aje lah entry untuk kali ni. Hehe Anyway, thank you kat fairus sebab belanja coklat yang banyakkk! Semoga Allah murahkan rezeki kau yee..

Episode jelajah ke kota LONDANG

Since aku dah upload sekeping kat FB, ecah requested for more pictures. So, after kak yong's turn.. now it's my turn to release (cewahhh release giteww) the rest pictures yang ada dalam simpanan aku. Previous sunday aku dah upload sikit kan? ni ada sikit lagi nak share (as requsted from my sista too).

Umairah
Kasihan mak tam kaki berbalut

Baby piya dengan wan uda


The princess

Part of hantarans

Part of hantaras too

Jemaah jemputan

From the gentleman

Muka budget

Muka ugly pun taruk jugak. No bias

Kemana saja la si hajar ni pandang

Mak uteh aku macam gengster. Hihi

Mak uteh aku sudah bertukar! Haha

Kakak kecik. Anak buah cik hawa :)

Ketua adat tengah berdiskusi

Family Mak andak bermarkas kat rumah atas

Alololo..ecah senyum lebarrr

My mom and the junjungs


Alahaiii..banner (-__-|||)

Bismillah..
Ehem!
Hari ni aku nak mula dengan pantun.

Hari Jumaat hari mulia,
Salam sejuta belia.

Hiahahaha.. Amacam pantun aku? macam menyakitkan hati tak? Sejuta belia kat Putrajaya mula dah dari hari Rabu ritu. Mai..mai.. pakat padatkan presint 2, 3 & 4 hari ni, esok dan lusa. Bagus betul strategi diaorang buat sejuta belia ni. Buat time gaji..Nak - nak pulak cuti sekolah start. Memang berjuta - juta la orang berduyun - duyung buang duit nanti. Aku pun bakal terjebak jugak. Bhaha.. Konon niat nak cukupkan dua juta belia (kot la aku tak datang tak cukup 2millions youth, ye dak?) sudahnya bila dah cuci mata, ada je yang berkenan nak beli. Seluk poket, ada duit, beliiiii.. kesudahannya, belum bulan june, duit tak ada. Tu yang aku tak minat nak gi karnival - kanibal.. Huuu..

Actually aku nak pasang banner kat belog yang rupa log book ni. Apakan daya.. disebabkan aku dah suka kat template baru ni.. tak dapek la nak memasangnyooo. So, sebabkan aku dah susah payah bawak laptop gedabak aku ke opis untuk mengisi masa lapang, hendaklah kiranya aku upload jugak banner aku ni. Haha..

poyo giloss. muahaha.. credit banner asal dari the cutes blog on the block

A h A D ke London?

Sesudah subuh aku dan family (except angah) dah bergerak ke tapak perjumpaan konvoi (depan masjid BC). We gerak ikut highway pada mulanya nak ke Melaka ni. Rumah Pak Itam kat Melaka. Since anak sulung dia bersamaan dengan sepupu aku yang apabila ditimbang balik beliau adalah adik sepupuku even pak itam is brother kepada ayah ku (oh..bother this!) nak melansungkan pertunangan bersama jejaka pilihan yang berasal dari Melaka jugak. Oh, did you know yang people dari Melaka ni kalau memberi/membalas hantaran, they akan bagi food&baverages as their hantarans? maksudnyaaaa.. tiada barangan yang durable (kecuali cincin dengan wang hantaran) akan berada dalam trade. Apa yang aku notice, balasan hantaran tak kesah. As long bernombor ganjil. 11 vs 5? still can maaa.. see it to believe it. So, after everything selesai, kita pun check out dari rumah pak itam pukul 2setengah macam tu laaa..Singgah PD untuk solat sebab kat rumah Melaka air tak ada!!! (cisss..time orang Banting nak datang, time tu la air nak bercatu.spoill). Okay, aku pun dah letih gila ni. Tengok gambar je la ea.. OL-Melaka-PD-OL-Klang. Seriously aku PENAT!

Spot the difference. betul satu, kasi kau sekupang.

Married-Engaged-Single.

Ecah. Aishah nama sebenar.

She's messy but adorable :)

Part of the day

My super cute cousin.
#Kalau google London kat Melaka memang tak jumpa. Do search Londang. Pasti ketemu.

S A B t U 27jak

Alhamdulillah... Zahirah dah selamat di-ijabqabul-kan semalam iaitu hari Sabtu lepas solat asar. Nasib baik 2 orang pengiring sempat sampai before akad mula. Si memen ni..kalau tak telajak ke Nilai memang tak sah. Huhu.. jenuh bagi direction tiap kali datang OL. kadang - kadang je lulus, selalunya akan FAILED! haha.. tak la..aku gurau je.
Kami pengiring kelas pertama sampai dulu :D

Before and after sesi batal air sembahyang.

Sesi bergambar berjemaah.

Pengiring setia di hari Sabtu .
Aku agak sedih sebab tak dapat tolong and tengok Pah masa dia bersanding. Member matrik yang datang jauh - jauh pun den tak dapek nak jumpo.. Nasib baik la direction yang aku bagi kat engkorang nak sampai ke rumah Pah berguna (kalau tak, nampak sangat aku yang tak guna. zzzz) Well.. at least aku dapat berkat dari rumah Pah semalam. Hehe.. Thank you Pah. Wish kau success dalam carrier and jadi bini yang solehah also ibu mithali yeeee.. Amin.

Before Pah's big day

Kejadian berlaku seminggu sebelum Pah kawin. Sobs, kurang lagi satu geng raya aku. Tapi, hopefully our friendship will remains. InsyaAllah.
Happy teacher's day for three of you!

Zairah mengintai, Seha menjeling.

Lorong anak Taibb.
BLQ bebeh!
# esok ( 19 M E I 2012), Pah nikah lepas asar. Semoga dipermudahkan segalanya. Amin.

W E E K L Y report

Fun. Fun. Fun. Heyho! Bulan L I M A yang padat dengan undangan kawin sana sini. Di mulakan dengan public hoilday satu haribulan tu. Aku dengan Zahira melepak kat rumah tulis nama kat kad yang nak diedar. Dari pagi hingga ke petang Menghadap kad warna purple tu. Pastu petangnya menghantar ke rumah Wani dan melepak sejam dua T____T . Banyak tempat nak pergi, tapi sempat jugak ngeteh. Kesudahannya, maghrib - maghrib pun bagi salam kat rumah Farhana nak hantar kad. Tak senonoh betul. Huu..

Sabtu pagi, meneman Zahira (aku suka panggil dia Pah) hantar kad walimatulurus kat member sekolah rendah. Tak sangka, almost 80% rumah member kampung aku ingat even tak raya rumah diaorang bertahun - tahun (bangga kejap. heh). Tak sangka, menghantar kad ni ambik masa banyak jugak. Nak nak bila member tu ada kat rumah. Dah tu nak tunggu pulak diaorang ingat siapa sebenarnya si bakal pengantin. Lucu pulak tengok diaorang terkebil -  kebil mengingat si Pah. Bila aku turun kereta tunjuk muka, whoppp! terus diaorang ingat aku (femes aku ni sebenarnya. haha. ferasan). Lepas Zohor aku berjimba ke PD pulak. Ada pesta air kata Mr.A kat aku. Lepak kat kedai makan family angkat dia sampai ke malam. Penatnya hari Sabtu niii..

Ahad. Aku dating dengan Pah lagi. Kitaorang pergi kenduri kawin Fairus & Subandi pulak kat Sijangkang. Tahniah kat diaorang ni.. berbaloi berchenta dari sekolah dulu. Akhirnya, bersatu jugak. Habis kenduri kat rumah Fairus, aku dengan Pah sambung hantar kad lagi. Hahaha.. Gasak lah zohor ke hape ke.. hantar jugak kad - kad ni. Fuhhh.. finally before Asar, siap hantar semua. Hewhewhew..

Sabtu esok.. plan asal nak bermandi manda dengan geng goyang. Tapi apakan daya.. masa tak mengizinkan. So, kitaorang plan gi makan - makan je esok pagi. Rindu kat cek mek semua ni. Heee..

Ahad esok.. plan nak teman si emma agira beli barang nak buat hantaran kat nilai. Kira aku akan sumbangseh kan idea untuk dia. Silap haribulan aku akan jadi buruh dia gubah hantaran. Hahaha..

Apa pun, we'll see apa akan jadi esok dan lusa. Adakah ia seperti yg aku plan or not. Cuma ingat kat dalam hati, kita cuma mampu plan, tuhan yang tentukan segalanya. :)

I wonder . . .

Well...

Urmm..yeah. I've tried to overcome last time problem. i thought it almost success. but.. hmm.. it's not easy as what I've imagine. i wonder, what's going on? the causes?

So i keep thinking and wondering..it's the matter of time before i confess my real true feeling about this matter. I'll just wait and keep on praying for the best.

I'm tired. Goodnight people. Hope Allah will wake me up to perform Subuh and live for another day. Amin.

up