Sweet escape

Assalamualaikum..

Hey, good morning!

Sabtu dah datang menjengah. Sabtu terakhir dibulan Februari 2014. Semalam kecoh sikit dengan berita br1m untuk yang bujang dah keluar. Pi pakat cek dalam akaun ye. Hehehe

Finally, semalam tertunai jugak hajat geng zaman sekolah (wani-yasmin-seha-jannah-zahirah) nak berjalan jauh sikit dari Banting. Hahahaha..kebetulan Seha mengajar kat Melaka. So, lets terjah dia kat sana. Plan dari dua minggu lepas nak pi minum coconut shake katanya..Yasmin la ni..duk kata mengidam lah bagai..Decided hari jumaat kita pi lunch dgn minum petang kat Melaka.

Pagi pagi wani dah terpacak kat depan rumah aku. Followed by Yasmin and jannah yang mujur tak sesat. Both of them kaki lupa jalan rumah aku but recently Yasmin dah improved sikit la. Hahahaha. Gerak around 1030 and arrived kat MITC Melaka around 1230 gitu.. Tunggu Seha sampai baru la kita plan nak buat apa je while waiting nak ke Pantai Klebang petang nanti.

After short discussion, kita lunch dulu kat foodcourt then gerak ke bandar untuk short tour. Mujur Seha warga Melaka, so dia dah standby kupon parking siap siap. Kalau aku tak tau, memang aku park ikut suka je. Huhu. Untuk kesekian kalinya, kitaorang berjalan kaki dari satu check point ke satu check point. Yang ni memang bukan dalam plan. Starting point dari Muzium kapal - River Cruise - Kincir Air - the red church - Coach KTMB area and back to starting point. Unplanned tour. Masing masing ikut kaki melangkah. Eceeewah!

1st check point - Muzium kapal?
     
2nd check point - river cruise
Paling kiri is adik jannah. Replace tempat zahirah.
         
3rd check point - kincir air. Not functional at all.
4th check point - the red building
Jannah on the road.
Duck faced.
5th check point - KTMB area
Kalau datang sini, tak sah kalau tak panjat coach.

Yasmin minat panjat kapal terrrbang.

Dalam pukul 4 macam tu kitaorang gerak ke Pantai Klebang and stop for a while dekat coconut shake stall yang famous sangat baqhang! Okay, aku dengan wani cheated sebab tunggu dalam kereta je while others berbaris membeli. Hehehe.. Tak lama sangat pun tunggu. Then kita sambung ke destinasi untuk menikmati kelapa kocak di tepi pantai. With no tikar, kita lepak saja di atas pasir. Kawan kawan aku ni sempoi..tak berkira nak duduk atas apa. Janji semua itu berjemaah. Yang terkinja kinja melompat jangan kata la. Tak ada nak segan pun sebab keliling semua tak kenal. Hihi..

Macam balik dari bazar je.
Coconut shake models. HAHAHA 
Lagi sedap bila orang belanja. Sampai senget kepala.
Apakah?
Bajet tunggu sunset pukul 5 petang. APAKAH?!
Ni yang aku maksudkan kinjaan.
Muka kena bajet semua orang. Hihi
Habis je minum kelapa kocak, moved to Pantai Puteri. Seha mengidam mee kari bawah pokok besar. Aku rasa macam pernah sampai kat pantai ni..tapi ingat ingat lupa. Sekali dah lalu kat masjid baru aku ingat pernah pergi dengan batch upm buat gathering kat sini. Since aku tak makan mee kuning, aku tengok je la jannah menghirup kuah kari sampai kering mangkuk dia. Betul betul sedap lah tu agaknya. Hehehe..

Model Pantai Puteri sebelum balik.
Bila tengok jam dah pukul 6, cecepat kami gerak balik nak hantar Seha ke kereta dia yang tinggal park kat MITC. Haihhh..kejapnya masa. Masing masing muka dah agak letih sebab merayap tak henti dari pagi. Its a wonderful day to have you guys accompanied me on beautiful Friday. Thank u.


Dobi machine

Assakamualaikum..

Bila la krisis air ni nak tamat..living cost meningkat sejak tak ada air ni..



Alkisah semalam pi mendobi..timer mesin tu kata 26 minutes. So, instead of tunggu je..lets pusing pusing sebentar..

Then nak pi tengok la balik baju tu kan..tetiba ada kaknam ni duk cakap sapa punya ni lagi tiga minit..sambil dia duk tunjuk machine yang aku guna. Dia kata nak guna after this. Aku cakap its mine. For me, fine la ko nak guna ke apa..ada tiga minit lagi kan..dah tak reti nak sabar ke..

Kaknam tu siap tanya bakul baju kat bawah tu aku punya ke apa..sorry sikit ye..aku tak main la bawak bakul bagai. Bajet nak tolong masuk baju aku tu ke bakul la kan..dasar tak sabar punya kaknam.

Mujur sangat la aku datang on time. Kalau tak mau nya kaknam tu pi letak laundry aku kat bakul orang lain..tlhen datang tuan bakul pi campak baju aku kat lantai. Tu memang kes shial.

Nasib la mulut aku behave sikit masa tu..kalau tak mesti aku perli perli kuat kuat. Wahai kaknam..mesin tu ada timer and aku maklum pasal tu. So, u need no worries la about that. I know bila masa nak pick up baju tu. Dont u ever dare to touch other belonging while other machine available. Apa ko rasa bila orang buat kat ko macam tu? Ada best?

Okay la..itu je luahan hati. 

NEXCARE

Assalamualaikum..

Just now baru beli trial pack Nexcare acne patch. Rm5.50 for 7 pcs at guardian..Baru nak try how it work..so i'll blog u later to see the result.

Stay tune :)


charcoal pore strips

Assalamualaikum..

Hello there :)

Second entry untuk hari ni. Alhamdulillah petang tadi hujan kat kawasan terjejas air kat tempat aku stay. News kat tv pulak pasal air bakal dicatu if kemarau berterusan. Beware people!

Sekarang..sebab dapat sabunkan kereta aku masa hujan tadi..aku happy to share pore strips yang aku guna. Rasanya macam pernah share kat entry yang lepas..tapi nak share sekali lagi sebab seronok guna. Muehehee..

Lemme introduce uols..

Guardian charcoal pore strips! Yes, brand guardian. Tapi jangan pandang sebelah mata je tau. Strips ni memang really tanggalkan white and blackheads. Made in korea tau. Ehemm..aura k-pop disitu. Hahahaha. Lame nada! -____-"

Sila guna ikut directions yang ada kat belakang packet untuk mendapatkan kesan yang memuaskan. Basahkan hidung (as for me, lepas cuci muka tak payah lap) , tampal strip sambil tekan untuk removes bubbles and let it dry. Bia dia betul kering and keras. The most exciting parts is when u peel off the strip. Oh man..satisfaction yang macam good bila tengok kat strip tu ada lekat bendasing yang duk menepek kat hidung. Hoihh..syok woahh! Jyeahh..over kat situ. Tapi pedulik lah.

Sila la try. Seminggu sekali paling malas. Kembang kempis hidung lepas ni lepas dioperasikan. Hehehehe

Sila jangan geli..

Cobaan februari air tak ada

Assalamualaikum..

Hari ni genaplah seminggu rumah aku tak ada air. Dek kerana kes pencemaran kat loji air tak selesai lagi.

Kesian sangat rasanya..musim kemarau pulak tu.

Berikutan itu..aku pulak demam..semalam pi klinik. Suhu tinggi sikit dari yg normal. Tapi tak dapat mc pun..

Hari ni datang kerja jugak sebab kalau stay kat rumah mesti aku terbaring je nanti.

Hope to get well soon. Jaga diri semua..jangan main panas. Minum cukup air..bai.

veet wax strips berkesan!

Assalamualaikum. Hello there :)

Today aku nak blog sikit pasal wax strips yang aku guna. Removes unwanted hair dengan sekali zassss! Haha..it is painfull..tapi percaya lah wahai kawan kawan..its worth it.

Previously, pernah jugak guna veet cream..tapi disebabkan leceh dengan cream yang terpalit sana sini..aku give up.

Next, aku pernah pakai hair remover yg gosok guna macam kertas pasir. Yess..memang removes hair..tapi pedih sikit sebab macam asah kulit dengan kertas pasir katakooo..boleh imagine? Lama lama boleh haus kulit kekdahnya pada pandangan mata aku. So, aku stop. (Dah buang..so tak dapat attach image)

Other than that, aku jugak guna Emjoi tweezer..it pluck out dari akar instead memutuskan bulu tersebut dari surface macam ko guna veet cream. Tweezer ni aku still pakai untuk cabut yang sikit sikit..jimat masa.

One day, a friend of mine introduce me with veet wax strip. Sangat mudah like sap sap soi memakainya..berguna bagi mereka yang mempunyai ketahanan yang kental dalam hal cabut bulu kaki. Sama je rasanya dengan cabut bulu ketiak. Hahaha.

Hanya tampal dan tarik dengan laju selaju kuasa angin kentut ko. Sekejapan je kaki ko akan bebasss bulu kaki. Wehoooo..mana yang tertinggal sikit sikit tu..ko tebas la guna tweezer.

Well, itu saja info kali ni. Happy reading! Chioww..

selamat hari wilayah 2014

Assalamualaikum

Hello there..gong xi fa cai to kawan kawan cina aku and happy wilayah day untuk diri sendiri since aku masih bekerja di the Putrajaya. Hee..masuk 3 tahun dah ni kerja situ. Alhamdulillah..masih bekerja. Even aku selalu main main..hehehe

Hari ni is hari nikah akak kazen aku kat jenderam hilir. So tak ada apa nak cakap pun..nak bagitau itu je. Hewhewhew..

Meh nak share few raw pictures yang fresh from oven..







WW #1

Perut tak selesa hari ni.

Lah Ahmad - Adinda (HD)



Terrr suka lah pulak lagu ni. :)

Hujung minggu and hujung bulan 2013

Assalamualaikum!

Hey hello semua! Its December already.. musim hujan sekarang ni memang kerja aku stay kat rumah je la hybernate. Hahaha. Anyways, dalam tak pergi ke mana mana pun..aku still buat aktiviti yang sihat. SIHAT okayyyy? which is mencairkan coklat bar supaya menjadi satu form yang molek dipandang.

Ni aku tak tau nak klasifikasi kan sebagai baking kah..atau cooking kah? sebab coklat is ready made dalam form of bar and then apa yang kita buat cuma cairkan dan sejuk kan semula je ikut mold yang kita ada . How's that sound? senangkan? Hehehehe..

Actually before memang aku raaaaajin jugak lah buat kerja coklat macam ni. Tapi yelah kan..kekangan kemalasan yang melampau dan habit aku yang suka buat tapi tak suka nak makan sangat tu yang buat macam terbantut.

Ko jangan tak tau aku pernah buat 600 keping oreo choc untuk doorgift sepupu and 200+ choc untuk anak buah. Hahahaha. Poyo kan? Alaaa..buat saja suka suka. Masa tu memang tak banyak equipment and knowledge. Bodoh bodoh je choc aku tu. Janji boleh makan dah la..

So, after a while aku pikir macam nak buat kerja cairkan choc sebagai hobi baru since aku memang suka buat kerja macam ni. Jadinyaaaa..aku belajar through Google. Cara nak cairkan choc dengan betul. Cara warnakan choc dengan betul and banyak lah tips how to make coklat yang cantik menarik and the bomb. Seharusnya credit to cikgu cekgi yang tak kedekut ilmu share kat semua orang. Thumbs up!

Jumaat lepas aku beli toy baru which is mold untuk choc oreo. So, weekend memang aku terus duduk dapur after lunch. Bila dah jadi..mama orang pertama rasa. Hehehehe.. Barang semua dah sedap..choc dah sedap, oreo tu dah memang sedap aku cuma mixed it together je. So, no need to worry yang makanan aku buat tak sedap. Safe. HAHAHAHA.

Next aku nak cari piping bag yang boleh buat decor yang semenggah sikit. Right now aku just guna plastic bag je T___T

Outcome yang pertama

Decor sikit untuk kawan mama

Random decor si amatur.

First ever family day

Assalamualaikum peeps..

Cerita ni dah lepas dekat seminggu jugak la. Alkesah family sebelah ayah aku buat family gathering. Ini adalah gathering pertama yang pernah ada kat rumah aku. Sebelum ni tak ada pun buat kenduri ke open house ke kat rumah aku sebab mamayah jenis anak bongsu yang low profile. Hehehe.

Idea nak buat gathering ni tercetus masa raya rumah maktam kat melaka hari tu. So decided la nak buat kat rumah aku since depan rumah ada laman nak tampung families yang ramai bersidai.

Few times buat meeting dengan pak&mak andak untuk devide task and bila sampai masa yang ditunggu..alhamdulillah. Everything went well. Sepupu sepapat yang jarang jumpa and yang selalu jumpa pun datang. Masa ni la aku tau yang anak buah sudah sama tinggi dengan aku. Miahahaha.

Insha Allah, this kind of thing akan di rancang lagi pada masa depan and hopefully yang mana tak dapat join gathering 2013 will join the next event.


Mama & ayah bersama jiran
Siap ada set karoke! Jangan jeless..hahaha
#mujur ayah cuti while mama kerja balik lambat and adik sangat helpfull all the time. Thanks semua.

Watching is cool

Hello there!

Assalamualaikum.

Saja nak share one channel yang aku subscribe kat youtube untuk tontonan masa boring. Kadang aku menonton, kadang aku just mendengar she membebel. She banyak share tips untuk ladies. Rasa cam seronok pulak dia speaking selaju lajunya.

So, kalau saja nak tengok tips nak make up ke..apa ke.. just check out her channel.

ilikeweylie
More Weylie

Have a good day! :)

Simple shawl Labuh

Assalamualaikum,

Anyone yang minat dengan shawl as pictures boleh la place order via email nadahns82@gmail.com or via FB  :)

Click for larger image!
Click for larger image

MATERIAL : Chiffon
TRANSPARENCY : Low
LENGTH x WIDTH : 1.8m x 0.54m
PRICE : RM28
POSTAGE : RM6


Happy October. Bertabah lah wey!

Assalamualaikum!

Pejam pejam celik.. baaa cak! dah sampai bulan sepuluh. Sekejap je lagi nak end of year. Berdebar pulak nak tunggu pengumuman bajet 2014. Bhahaha..sejak bila ko ni minat nak dengar bajet ni? mih mih..

Anyways, tak tahu nak share apa sebenarnya pun. Bahan tak ada. Nak update lagi lah malas. So, yeah.. semalam birthday si cinta. Happy birthday ! whoot whoot! Semalam birthday boy wish nak kek coklat as usual. Since dia order kek tu masa wake up call, non hado lah aku nak bake ke apa kan. HAHA. Memang membeli je lah jawabnya.

Lepas tu ke rumah mak angkat baru. Waaaa..laju kau dapat mak angkat ye nada. Hihihi..nasib badan jadi orang comel. Bluekkkk! muntah sendiri. =..=" Kat rumah mak angkat tu bungkus bungkus la pulut kuning untuk bawak kat tempat kerja si birthday boy. Wahhh..gitu!

Pastu si birthday boy cakap tunggu dia siap kerja dulu sebab nak sembang sembang jap. Aku tang tunggu dia ni memang dah master lah. Tak tau la mana datang tahap kesabaran yang macam tu punya tinggi. Good job nada! puji diri sendiri lagi. Haihh..

Sembang sembang sampai la dia nak masuk kerja balik. Padahal tunggu dia siap download game guna data plan aku. =..= Sila la sayangg..birthday boy katanya. Huhuhu. Right now volume data dah exceed. Tak pe lah, berbekalkan saki baki data yang ada tu, kita online sampai la provider reset balik volume tu 13hb ni.

Oleh itu, mari lah bertabah. HAHAHAHA.

Sushi queen

Assalamualaikum!

Happy saturday people. Selamat hari raya ke 10 ye korang semua.

Last night kan..kitaorang adik beradik buat sushi tau. HAHA. This is serious.

Ni idea adik aku si angah tu la..aku kata nak pi beli sushi..tapi dek kerana kang yg aku makan sejenis je, dia suggest untuk buat je.

So angah masak nasi untuk sushi tu guna beras bukit yg dia bawak balik dari sabah. Nasi tu memang sticky sikit.

Bahan pun tak banyak kitaorang guna. Aku just potongkan carrot, timun jepun, telur dadar dengan crab stick. Adik lelaki aku pulak buatkan salad kobis.

Pastu gulung gulung la benda tu semua. Compared to angah buat dengan aku buat..dah tentu lah yang aku buat lagi cantik finishing nya. HAHA.

Rupa tu no dua sebenarnya..apa yang penting is rasa. Boleh makan tu kira pass lah kat aku. Hihihi.
Okay la guys. Stop sini dulu la. Later jumpa lagi ye! Adios..

Annoying tau!

Assalamualaikum people!

Sesubuh ni teringat pulak teringat perangai aku yang rojak semalam. Okay, aku nak warn siap siap yang entry kali ni berbaur errmmmm..tak puas hati? HAHA

Yes. Yes. Yes.. lets recap apa dah jadi dengan aku semalam. Actually nothing happen pun. Cumanya..aku jadi tak ada mood. Aku diam je all the time kat opis eventho ada staff lain kat opis. Like i said before..tak ada mood. Bila aku rasa aku tak kuasa nak bercakap that day memangggggg aku akan diam je. So seharian aku macam mute je. Tapi bila jumpa my boo tu jadi talk-active! Ohmaii..apa masalah kau ni nadha..ishh
See? Bila rasa nak cakap, aku akan cakaaaaaaappppp. Haaa..tapi bila aku tak cakap mesti orang ingat kenapa lah budak ni kan. Itu macam maknanya aku mengalami turunaik emosi.

Bila aku beremosi, ko gesel kerusi dengan kaki seluar kau repeat banyak kali pun boleh caused me nak marah tau. Padahal aku tau tu kerusi kau and kau punya pasal lah. Tapi...tetap aku annoyed. T__T

Besides, aku boleh meleleh air mata masa bersembang dengan boo semalam. Gila sensitif. Hormon tak stabil. Itu alasannya selain stress sebab failed interview government. HAHA.. Siap cakap kat dia, jangan tanya lagi aku kenapa sebab nanti aku nangis. HAHA. Tapi nangis jugak sebab touching bab yang lain. Tah pape lah aku ni.

Aigoo..mari salahkan hormon. Hormon! Hormon! Hermes..eh, nak purse hermes yang hensem tuuu..waaaaa..

Okay, itu saja nak share. Macam harooom jad je entry kali ni ye? Nasib lah. HAHA. Tips? Lain tahun aku bagi. Okay tu je, bai.


#stress lah jerawat naik. Ketumbit pun menjengah. STRESS!

Nestum cheese cake

Assalamualaikum...

Hello there :)

Hari ni aku nak share something yang boleh korang jadikan pemanis mulut. Awww! Sweet nya..haha

Bahan nak bikin :

  • 3 1/2 paket nestum (3 in 1)
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 6 keping cheese ( yang letak kat burger tu)
  • Biskut marie selayaknya
How to do it ?
  1. First thing first, cincang kan cheese tu sehancurnya..
  2. Then, campurkan susu pekat manis dalam bekas and mix dengan cheese tu. Lenyek lanyak sikit cheese tu.
  3. After that, tambah 3 paket nestum kat bancuhan tadi. Godak and kacau sampai sebati.
  4. Sesudah itu.. sila lapiskan biskut marie dengan bancuhan secara bertingkat tingkat kat bekas yan lain sambil nyanyi 'duet den bertingkek tingkek' HAHA..
  5. On top of it mesti la diakhiri dengan bancuhan tau..sebab nak sprinkle nestum kering kat atas tu so that nampak senonoh sikit.
  6. Okay..finally simpan dalam fridge semalaman.

Macam aku hari tu buat before buka hari ke 20 puasa maka aku dapat makan hari ke 21 puasa. Gituuu..kau sampai 24jam.

Result memang daebakkk sangat. Benda ni memang cepat mengenyangkan. Boleh buat kudapan tatkala masa senggang kalau tak puasa pun. Haaaa..sedap tau. Sila la cuba benda yang senang ni. Boleh la berkembang hidung dipagi syawal IF ada orang puji sedap. Hehehehe..

Okay la..tu saja untuk hari ni. Babai..


Bila susu campur cheese mula melting memang tempting!

Schwarzkopf anti-dandruff shampoo

Assalamualaikum readers. Hello there :)

Pagi ni aku blogwalking sikit pasal shampoo and related product. Tetiba tertarik pulak nak share pasal shampoo anti kelemomo/mumur *pilih yg mana ko nak* yang recently aku guna ni.

Actually aku dalam tempoh percubaan lah kot sebab masih belum beli complete set even dah masuk botol kedua pun. Botol ketiga dah beli dan dalam keadaan bersiap sedia. Kah kah kah..cuba lah sangat kan..

So far pakai kulit kepala tak gatal pun. Heeee..tak ada la asik nak keruk keruk kepala je. Fights dandruff tu memang betul. Salji kat kepala memang reduced. Beeeetuull weyyy..tak caya try cuba.

Further more, bau shampoo ni mild je. Tak memeningkan kepala and the most important part is..the price. Sangat ressonable. It cost u around RM12-13 per bottle for 175ml. Kan?? Okay la tu. Heeee.. sila cari kat watson tau.

Okay lah. Nak share tu saja pagi ni. Hihi. Happy fasting :)



Ramadhan 2013

Assalamualaikum wahai walkers and stalkers sekalian alam.

Esok is 1st ramdhan dah. Alhamdulillah..permulaan minggu ni start dengan best. Minggu ni tak ada monday bluessss sebab pagi semalam ada interview yang di- conduct oleh MIA on behalf UPM. Sangat pagi okay..kerlasss gitu interview buat kat opis ku yang sekangkang kera tu. HAHA.

Kebetulan pulak bos mari pepagi mintak isikan form. Phone call pulak bertalu talu masuk. Nampak sangat aku busy tau. Seriously, macam tetau je aku ada orang nak observe. Nah kauuu..dan dan busy mak enon. Selalu tak la macam tu.

Hari ni..masuk meeting, ada la pulak berita baik. Aku pun berdebar la nak tunggu result berita baik tu next month. Balik opis bila check status application lesen company..tup tup..lulus lah pulak. Alhamdulillah sangat.

Esok puasa..syukur la dapat jumpa ramadhan lagi tahun ni. Start esok..balik kerja awal. Hahaha.. i like sangat.

Eh, ini kali entry nampak macam personal diary pulak. Thank you sebab singgah sini. Selamat berpuasa people! Babai.

Selamat datang separuh masa kedua tahun 2013!

Assalamualaikum sahabat!


Currently, tengah kena demam candy crush. Sangat busy tunggu nyawa and tunggu friends bagi ticket. Hahaha. Jerebu dah tamat. Pagi ni nampak mendung. Rasa aman. Ada je bahan nak cerita..tapi macam tak reti nak start. Later lah bila mood dah on, aku sambung cerita kedai kopi ye. Till then, Challo!



up