Mari mulakan...
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Enam ekor kucing kami,
Penyeri rumah malam dan siang.
Berbulu kelabu bermata merah,
Lagaknya samseng masam mencuka,
Kucing kertua di dalam rumah,
Shiro namanya kesayangan semua.
Berbulu lebat bertompok pula,
Perasan cantik dan bersih sahaja,
Kucing pemalas Tupai lah namanya,
Menyakitkan hati itu lah kerjanya.
Berbulu putih mata terjengil ,
Badan panjang tapi tak kuat makan,
Si Kecik Besar nama di panggil,
Badan kecik bermata buta,
Kuat bermain tapi bijak la juga,
Kucing ini generasi ketiga,
Si Kecik Junior kawan ayah saya.
Berekor pendek berwarna jingga,
Seekor pula sebijik emaknya,
Baru lahir malam tadi sahaja,
Okay, tu je lah pantun yang berkerat- kerat untuk kucing-kucing aku yang tak berapa menawan hati. Hohoho... (o_0)
Kucing-kucing ni penghibur hati tau. Setiap satu berperangai pelik. Shiro, sangat jarang stay kat rumah. Hanya akan pulang kalau bau ikan goreng and Tuannya ' Cik Nisa' balik dari perantauan. Tupai pulak sangat suka memonggah barang dalam almari. Tak suka kena air, tapi pembersih. Kecik Besar?? apa yang special tentang kucing ni? Nothing special sebab kucing ni jarang ada kat rumah dan suka buat hal sendiri. (HAHA.. macam manusia la pulak). Kecik Junior pulak sangat suka main. Tak kira la, bola ke, langsir ke, wayar ke, even kaki orang pun boleh jadi bahan. Paling suka ialah kaki ayah. Hahaha. Aku tak nak kucing banyak-banyak kat rumahhhhhhh!!!!Sebab bila time nak bagi makan nanti, tuan2 nya pulak yang bergaduh.
Selalu dahhh benda ni terjadi. (T_T)
Okay lah ye wahai kucing-kucing sekalian. Hehehe. c(:
Sampai sini je lah entry kali ni. Selamat berjalan ke Kuching.
Adios!
0 comments:
Post a Comment