Bangun, semuaaaaa... Selamat pagi cikgu!
Haaaa...Ayat nil ah yang kita guna masa sekolah dulu. Greeting kat cikgu yang mesti kita buat setiap kali cikgu masuk dalam kelas. Aku teringin sangat nak rasa sambut Hari Guru kat sekolah semula. Biasanya time hari guru ni, class tak on. So, student enjoyyyy! Kadang, ada segelintir student yang akan mengambil kesempatan untuk bercuti sempena hari guru ni. Amboiiiii...macam dia lah yang mengajar selama ni.
Cikgu yang feveret aku masa sekolah rendah dulu ialah Cikgu Ishak. Cikgu Ishak ni garang kelakar. Dia buat joke, tapi setelah beberapa tahun baru kauorang akan perasan joke dia tu. Hahaha. Aku suka style dia mengajar math. Guna rotaaaannnn!!! Siapa kata dia tak pernah kena rotan bila time class dia, memang menipu. Lepas kena rotan, math UPSR dapat A. Effect nya, sampai ke sudah math aku A. Alhamdulillah... Terima kasih, cikgu.
Next, masa secondary school pulak.. aku suka Cikgu Rozita. Kecil molek je cikgu ni. Suara pun kiut. Biasanya masa sekolah dulu aku datang rumah dia beraya, tapi sekarang dah tak lagi sebab aku selalu kesuntukan masa. (Perjalanan dari rumah ke rumah untuk beraya waktu konvoi biasanya aku yang plan). Since that, aku dah tak jumpa lagi cikgu. Tapi, aku simpan lagi hadiah jam yang cikgu bagi kat aku dengan Zaim masa dapat A untuk sejarah PMR. Thank you, teacher.
Pastu, masa matrik aku suka cara Encik Hanif mengajar. Denda dia, memang bikin malu satu kolej. Cara mengajar dia memaaaaangggg aku tak akan lupa. Promise! Tapi, Encik Hanif memang ada class tersendiri. Our college dapat 1st rank among semua kolej matrikulasi kat Malaysia dalam subject account. Cikgu hebat!Cikgu lain juga.Hahaha. Sabooorrr je la.
Bila dekat uni, lagi lah ramai lecturer yang buat aku kagum. Ramai naaa nak sebut kat sini. Whatever it is, terima kasih cikgu, guru, mu’alim/ah...
Bagi aku, orang-orang yang kat sekeliling aku ni pun ialah cikgu-cikgu aku. Mereka yang mengajar aku erti hidup, terima kasih. Walaupun mereka ni not officially teachers, aku sangat hargai apa yang mereka ajar. Either directly or indirectly. Even they were intended to teach me or accidently aku terbelajar dari anda. Benda baik, of course aku akan ikut. Kalau jahat, aku belajar jugak tapi untuk pedoman...Okay lah. Stop sini dulu... May Allah bless you. Salam. J
Setengah hari aku tolong Mira buat kad gergasi sempena hari guru. |
3 comments:
may allah bless them all :)
Ameen. :)
ehemmm
Post a Comment