Windscreen crack!


Hello warga blogger yang kipas-susah-mati(hardcore)
Assalamualaikum!

Well entry kali ni aku nak share pasal windscreen. Yuuupps! Cermin depan kereta, kata melayunya. Alright, ini adalah kes benar. Tiada yang benar melainkan yang benar belaka.  Ceritanya begini...
Yesterday (Friday) ketika aku sedang syok layan speed-test kat atas jalan yang kosong.. tetiba ada bunyi KELENTUNGGG! Yesss... perfect hit dekat windscreen aku. Sipi je kat corner sebelah kiri. NICE one!

Photo: http://www.dr-windscreen.com/main.htm
Emma Ageera, pi repair sini ah..dekat sikit. Huhu
Kaca yang ter-sompek
Depan aku, kiri aku, kanan aku...there’s no lorry yang bawak batu batan as i said before, jalan agak lenggang sampai aku boleh try speed-test. Hurmmm..bila aku kerling tang kiri, rasa macam tak pe lah. But, yang mengilukan hati aku bilamana telinga aku boleh tangkap bunyi CRACKKKK and i saw a cut line becomes longer. Dalam laju yang malar, retak makin panjang. Aku turunkan speed untuk elak jadi lebih worst.

What to do?

Aku just boleh tengok je sebab masa tu dah petang sangat. Most of kedai baiki cermin dah tutup and aku rushing nak buka puasa. So, aku biarkan semalaman retak yang agak-agak dah jadi 5 inch dari lekuk asal. About noon hari ini, aku intai-intai retak tu menjalar lagi dengan sihatnya. Apalah nasib aku nak-nak raya ni...

Luckily, aku jumpa satu solution,

After aku review kat forum pasal cermin retak, aku jumpa la kedai yang aku rasa boleh bantu aku selesaikan masalah retak tu dari terus menjalar.  Pernah tak kauorang dengar pasal Dr. Cermin? Aku called dulu kedai tu untuk tanya harga. Amoi tu kata, kalau boleh ditampal it may cost me about 100++ based on panjang luka pada windscreen tu. Kalau tak bias ditampal, maka jawapannya iz tukarrr yang memakan belanja 450 untuk cermin baru.

Okay...

Bagi yang ada beli polisi insurance yang boleh cover untuk damage on windscreen, kauorang boleh claim insurance. Untunglah..sebab aku tak ada beli polisi tu. Grrrr... Dr. Cermin ada panel dengan kebanyakkan syarikat insurance kenderaan. Bawak je document datang, diaorang boleh uruskan. Nanti cuma kena tambah sikit je la bila ada insuran dah cover. If, not..sila sediakan wang secukupnya. HAHA..

Next..

Untuk yang nak bawak motokar yang dah retak cermin tu jumpa doctor cermin ni..tak payah la selotip-selotip luka yang ada..benda selotip tu akan make it worst sebab ia akan jadi susah nak repair. Atas ke-kreatif-an bf aku, dia tampal selotip masa mula-mula kena. Wakakaka.. Sekarang dah tahu yang sebetulnya.

Lepas tu, kalau dah kena sikit tu..cepat-cepat la bawak ke doctor sebelum menjalar/merebak ke kawasan lain. Sebabnya, makin panjang luka/retak makin masyuk harga yang akan dikenakan. Harga baik pulih depends on panjang retak tu. Macam kes aku, retak dah 11 inch. Half price dari beli cermin baru. Aku jadi dilemma nak pilih cermin baru atau tampal saja. Akhirnya, aku pilih tampal. Muktamad.

Why?

Sebab aku pikir, risiko batu atau objek keras melantun ke cermin adalah tinggi. Sebab kawasan yang selalu aku lalu tu kadar jalan berpasir dan lorry keluar masuk adalah sangat tinggi. Ini akan memungkinkan aku untuk melabur lagi ke cermin itu. So, as long cermin tu tak leaking, aku tak kesah.

Suggestion.

Sila beli additional policy yang cover damage yang sebegini rupa. Supaya apabila ter-kena pada waktu-waktu yang tak diduga (raya ke, kawin ke, etc.), kauorang dah dilindungi.

Sekian, pesanan penaja tak berbayar dari aku iklas untuk semua. ZZZZ..goodnight. Salam B|T|B.

1 comments:

Wind Auto Windscreen Sdn Bhd said...

Wind Autoglass Supplies

Semua syarikat insurans diterima.
Percuma Tint film Berjenama

untuk maklumat lanjut sila layari

blog
www.cerminkereta.my
Website Rasmi
www.autoglass.com.my
facebook
https://www.facebook.com/CerminKeretaWindscreenz


up