Apakah yang aku cuba kes kan untuk hari ni??
Actually, baru-baru ni opis tempat aku cari makan kena fecah. Aku sebagai orang yang pertama akan masuk opis, EHEM! sangat terkejut bila pintu masuk kaca yang selalu aku bukak pagi-pagi tu tak ada cermin dah. Lohhh! Mana hilang?
Tegak berdiri tak berani nak masuk opis, aku call staff yang lain nak tanya kot-kot diaorang ni tau la pasal cermin hilang ni. Tapi semua tak hangkat. Hangin jugak lah mulanya sebab aku dah lama mencangkung depan pintu. Then, aku beranikan diri pasang lampu opis.
NAHHHHH...
Habis bersepah opis kami. Gila terkejut. Mengigil jugak la aku tunggu staff lain sampai opis sorang-sorang. Cermin kaca yang hilang, elok terletak sandar kat dinding dengan kesan pecah kat tepi. Hmmm..mengucap panjang bila tau laptop yang selalu aku guna buat update entry sudah lesap. Ada la few things yang berharga hilang.
Since aku orang pertama sampai, so aku la yang kena lodge police report. First time aku masuk balai.T____T Macam CSI rasanya bila polis ada jumpa bahan bukti yang boleh bantu siasatan. Kebetulan pulak ada kes yang sama kat kawasan yang berdekatan dengan opis kami. Hope orang jahat tu kena tangkap. Menyusahkan orang lain je. Tak pasal-pasal kerja aku jadi lebih sebab nak ke sana sini settle-kan mana yang tak ada.
So, moral of the story yang aku dapat, jangan pernah terfikir nak tinggal barang berharga kat opis. NEVER! Mujur la laptop yang aku hilang tu laptop ala-ala zaman dinosor punya. Tak la terasa sadis sangat. Sebab bos punya. Hew3..
Yang aku perasan modus operandi sang penjahat ni berlaku dekat dengan kedai mamak yang operate 24hours (berdasarkan kes yang lagi satu). So, others, be careful sebab opis aku yang depan ada balai polis komuniti pun boleh kena pecah. Benda nak jadi, redha je la..
salam b|t|b
0 comments:
Post a Comment