Errr.. macam mana nak start ea.. Malam tadi macam banyak je idea nak type wat-men-da-jadah kat entry baru. Tapi la ni macam kena freeze la pulokk.. Apa yang aku nak pokpek hari ni bukan pasal HB - happy birthday. NO NO NO. Tapi HB - Human Behavior.
*Sigh! Tarik nafas...
Bismillah.
Okay, malam tadi agak janggal lah kiranya aku terjaga tatkala tengah tidur. Aku memang jarang nak terjaga lepas tu ambik masa yang lama untuk lelap balik. Selalunya in a blink, memang aku akan terlelap semula. Tapi entah kenapa itu jam susah payah aku nak tidur sampai aku tak tau pukul berapa aku tidur balik.
Banyak sangat pikir kot. Bila pusing golek nak tidur semula tu, mula la otak ni pikir benda-benda yang wadefak yang menyakitkan hati pun ye jugak. Boleh pulak.
HUMAN BEHAVIOR lah tu kalau ada benda yang tak menyenangkan hati, sampai membawak ke tidur pun still nak pikir. Asal boleh nak kasi solve dulu baru aman dunia.
Recently, berita kekejaman kat Gaza banyak keluar kat media kan? Ramai yang SHARE itu ini. It was good. Bangga ada manusia yang perihatin dalam friend list facebook account aku. JYEAHH! Tapi kan, aku pulak
Bila bab boikot, semua pun nak post pasal 'wehhhh..boikot product sekian-sekian.Tapi, still post through FB.' Ni aku petik dari status update few of my friends yang ada dalam list. Ada betul la kan dia cakap. Alang-alang nak boikot, baik boikot semua. Alang-alang nak bunuh nyamuk yang dah kenyang gigit kau lalu terbang, baik spray je pakai aeresol. Biar semua pun mampusss.
Teringat pulak zaman study dulu. Boikot suam-suam kuku. Alih malam-malam lapar mekdi, ajak roomate keluar beli mekdi tengah-tengah hujan. Nak mintak delivery kang obvious lah sangat buruk perangai. Hishhh..apa nak buat, Itu lah HUMAN BEHAVIOR.
Dulu-dulu waktu sekolah menengah, aku suka duduk dengan geng bas luar tengok orang punya gelagat. Usha situ sini. Bila masuk alam kolej, aku dah jadi macam kurang minat nak buat tu semua. Persetan lah nak jadi apa pun diaorang tu. Usha sampai lebam pun tak dapat apa. Betul tak? So, aku jadi macam baik aku konsentrasi dengan geng adik beradik. After that, dapat pulak kerja kat airport. Bila tak ada kerja, memang usha behaviour orang la kerja no.2 aku. Besttt..jumpa ramai orang. Ada yang jenis cembong, ada yang jenis capah. Macam-macam lah.
Apa motif aku niiii? Alaaa..biasa lah. HUMAN BEHAVIOR jugak lah tu. kejap suka, lepas tu tak, lepas three suka balik. Kans? Eleh.. admit je la. Bukan rugi pun.
Human behaviour yang aku cerita kat sini lain gila dengan human behaviour yang lecturer management aku ajar masa dulu. Ni dalam perspektif aku. I'm not talking about human behavior in business. No. Aku cakap pasal aku. Diri aku sebagai contoh. Sample among the populations.
Aku minat belajar pasal Human behavior. Sebab memang aku agak more likely to listen rather than talk (yeeeelah tu! HAHAHA) dedulu, nak belajar psychology, tapi bila terpikir kena deal dengan mental people yang dah short, aku tak jadi lah. Kang aku pun ikut short sekali. Bhahaha.. Elok lah aku jadi pemerhati tak bertauliah sahaja. Sekian entry tah-tah-apa-kejadah but still got points (yeeelah tu!) AHAHA..
0 comments:
Post a Comment