Nenek.

Assalamualaikum young people! yang kertu pun boleh. Hahaha..

A cup of coffee in the morning

Anyways, hari ni tak ada niat pun nak ber-wordless wednesday sebab aku memang nak banyak cakap. Tak la banyak sangat pun. Hew hew hew..

Currently i'm sitting next to my grandma. Nenek admit kat ward on 14/1/13 and today aku take turn jaga nenek since my cousin mira dah jaga semalam.

Tak tau la dari malam tadi aku memang susah nak tido. Muka rasa merenyam je. Siap sapu bedak resdung, baru la aku terlelap. Haha..gedik tak tido pun nak kena bedak bagai? Weekkkk!

Dalam mimpi tengah best pun aku boleh rasa tak sedap tekak. Perit je. Haiii.. nak demam dah ke nanad? Belum jaga nenek lagi badan nak meragam. Hummmph!

0530 aku dah bangun siap-siap nak ganti dengan mama. Mama overnight jaga nenek kat hospital. Aku memang pesen minum caffein pagi-pagi. So, all the way nak ke hospital tu, aku drive-thru la sarapan pagi.

Sekarang, aku tunggu time passing by and doa nenek cepat-cepat kebah dari sakitnya. Kata doktor dalam paru-paru nenek ada bulu kucing. Eh, how can cat's fur masuk into our lung?

Nenek memang sayang binatang. Tak kira la kucing dia ke, kucing datang kat rumah ke, mesti bagi makan. Even itik and ayam belaan adik aku sendiri nenek akan bagi makan bila dia larat nak berjalan ke reban. Tak pe lah nekk.. exercise sikit. Heee...

Okay lah jumpa lagi in the next entry. Bai derr..HAHAHA..

Kelab Tasik

Assalamualaikum!

Dah lunch hour ni.. yang berpuasa, selamat meneruskan puasa anda. Setengah hari je lagi nak buka. Hihi.. Kapada yang masih kenyang and stay kat opis buat-buat busy macam aku ni..haaa..teruskan kerjaya sambilan anda dengan jadi private investigator untuk diri sendiri. Nak investigate apa, ikut suka korang lah. Janji bahagia. HAHAHA.

Second entry for today. entry sebelum ni aku ada kata to be continue kan? ni aku nak continue lah gamaknya.

Lepas-lepas dari Look Out Tower tu, aku dengan emma berkobar-kobar nak jelajah lagi bandar dalam taman ni. So, decided singgah kat Kelab Tasik at Precint 8. Tak ada apa sangat pun kat sini sebab banyak pasal ativiti air.

Kalau datang takat nak melayan perasaan tu, boleh la lepak sini. Jangan terjun tasik sudah la. Hahaha.. Emma yang tengah sibuk snap gambar sana sini, aku duk merayau ke hulu ke hilir. Tah apa aku cari pun aku tak paham. Adoilah!

Sibuk ke hulu ke hilir, jumpa pulak anak udang. Mula-mula ingatkan belalang kat tepi tasik. Tapi bila tengok balik, eh..udang lah emma! Excited terus dua ekor ni. Bhaha. Kutip sekor, lagi dua muncul. Family agaknya..Boring dah dalam tasik, saja lompat ke atas. Malang lah kalau dah jumpa aku dengan emma. Emma bawak balik rumah. Hahaha. Kesian, terus tak jumpa anak cucu kat tasik tu dah lepas tu.

Emma's best shoot after aku edit sikit

Udang kertas katanya..

Family udang kertas yang boring dengan tasik
Okay lah. Tinggal dulu ye..nanti jumpa lagi. Weeee..

Look out tower at Wetland

Assalamualaikum people!

Last week, sebab aku bosan ter-amat-lah-sangat..aku pun follow opis-mate pi tengok supplier turunkan baja.

Hekelehhh..baja turun pun nak tengok ke? hewhewhew.. tu procedure kerja ye dek non. Kena la hadir untuk terima delivery order and kena inspect item dulu.

Okay, since lokasi item turun tu dekat Taman Wetland, Putrajaya... aku dengan emma pun cekidaut la apa yang ada kat situ. Selama ni memang setakat masuk lalu je. Tak terpikir langsung nak menjengah apa yang ada sampai kan tempat tu boleh jadi taman. -____-"

Actually, yang aku tau..Taman Wetland ni terbahagi kepada dua area. Satu area memang untuk taman wetland, and satu lagi taman air wetland. Taman rekreasi air wetland tu boleh mancing kat situ. Satu joran MYR20 untuk satu hari. Haaa..nak mancing sampai lebam pun ikut suka kau la joyah.

Meanwhile, untuk yang taman betul-betul taman ni.. tak boleh memancing ye kat sini. Kat sini boleh untuk jalan-jalan je. Yang menariknya cuma flaminggo pond and menara tinjau. Tak menarik sangatlah pun kalau kau tu bukan penchenta alam. kah kah kah!

Flaminggo Pond! Ada banyakkkk flaminggo dengan bebek situ  :D

Motif nak censored mulut sendiri?

Semangat betul nak naik look out tower.

On the way turun tah naik ni..
Okay, jangan tak tau ye mak jemah sekalian..kitaorang naik sampai atas walaupun mengah-mengah masa tu. kah kah kah! Tak caya lettewww sebab aku tak tunjuk gambar kan? Nak tengok apa yang ada kat atas tu, pi tengok sendiri lah ye..surpriseee! mih mih mih..

To be continue...

Daftar Rebat Smartphone

Assalamualaikum!

Hai good day to you! Pagi Ahad yang best sebab cuaca baik tidak mendung tatkala entry ini dimuat naik. Hihi..

Anyway, just now aku saja mencuba-try-test register untuk rebat smartphone yang muda-mudi tengah sibuk kan sekarang tu..Since ahad ni kira awal lagi, aku bajet line tak busy sangat lah kan so sekadar mencuba nasib.

Unfortunately, nasib yang kurang baik aku dapat...

Loading...

Failed. Please try again...
Suddenly, baru aku teringat yang aku ada baca kat berita semasa kata nak isi online ni boleh start from 7 pagi sampai 11 malam. Hmm..kalau dah bagi period of time nak me-register, mesti la saturday and sunday pun system ni off. Alahai..spoil betul lah. Kena cuba hari esok lah macam ni..

Okay, for those yang tak tahu nak register kat mana, sila click link ni..
Daftar Rebat Smartphone 2013

Misi semak baki

Assalamualaikum!

Hee..hari khamis dah. Lagi sehari kerja and then weekend. Yabedabedoooo!

Currently aku mengantuk. Tapi gigih nak menaip entry walau dah mula nak menyengguk. Tadi masa nak tunggu bos datang, aku pun menyinggah la kat kaunter ASB untuk kemas kini.

Perghhh..ramai gila umat sampai bersidai-sidai kat tepi bangunan. Tak tau lah apa yang diaorang tunggu sebab yang queue untuk kemas kini tak panjang pun.

Selepas mengemas kini..ecewaaahhh bahasa kau. tergeliat mata menjeling dividen member yang buat ASB loan sampai 50k. Muehehe..

Misi kumpul duit untuk buat rumah macam castle ;)

Bismillah 2013

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum!
She's my sister. Do visit her blog at http://skalanysa.blogspot.com

First of all aku nak wish selamat tahun baru kat semuaaaa blogwalkers yang lalu lalang kat b|t|b ni.. semoga kita semua boleh terus maju kehadapan sambil menoleh kebelakang sejenak untuk iktibar dalam memacu kejayaan. Wahhh..kau muqadimah tak boleh blah! HAHAHA..

Supposed, aku nak buat satu entry semalam to wrap up all the things happen in 2012. Nak share lah jugak apa achivement and disappointing moment yang berlaku ke atas diri ku. Sobs.. Tapi apa kan daya. Aku tak mampu masuk rumah sendiri tatkala pulang semalam.

Ada satu rahsia aku nak kasi tau..Actually, for about 15 years rumah aku dibina..aku tak pernah simpan kunci rumah. TAK PERNAH! Haaa..boleh imagine tak macam mana aku kalau balik mesti ada orang kat rumah. Tapi bila tak ada sapa kat rumah and aku tak well informed, nahhh..melangok la aku kat depan rumah. Huhu. Mujur rumah nenek kat depan rumah tu je.

Alkisah malam tahun baru. Aku balik rumah masa tu dah gelap lah jugak. Sampai rumah pintu locked. Ah sudah..Terus kejar ke rumah nenek kot-kot ada mama tinggal kunci. Tapi harus lah tak ada. Homaiiikot. Aku stuck kat rumah nenek dengan wak aku. Yang lain (rumah wak sebelah rumah, rumah aku and nenek) semua out for celebration. New year lah katakan..masing-masing tunggu fireworks kat Putrajaya. pfft..

Nak ditambahkan perasa bagi jalan cerita malam new year aku, phone maxis out of battery and celcom aku out of credit. DEABAK!

Rasa macam loser. damn it! Tunggu ayah balik kerja, tak balik-balik. Last-last masuk dalam kereta tidur. Persetan lah new year kejadah tu semua. Aku terjaga pukul satu bila adik knock the window of my car. *sigh*

Sambung tidur kat bilik mimpi pulak dak wani. Dia invite datang rumah as she recovered from her illness. Tapi aku tak datang. Merajuk dia dengan aku. Mak ayah dia pun marah aku. Huhu. Apa lah kesiannya diriku ini. Bangun tidur, on phone received one message from Seha kata she will be moved to Melacca as she qualified in her Jqaf intake.

One of my friend is leaving me slowly. Seha kata dia start on this January ni. Aku sedih. Dia kata tak apa..tiap kali weekend nanti dia balik. :') Tapiiii..Seha nak kawin tahun ni. After that, memang aku kurang kawan rasanya. Sadis betul jalan cerita aku kali ni. Ada producer nak buat drama tak? Puahaha..mintak royalti sikit.

Aku rasa dah cukup lah pembukaan yang tak memberangsangkan untuk 2013 ni. Karangan aku pun dah berjela. Esok nak sekolah. Kena tidur awal. Ehh..tapi ada karate kid kat tibi. Kena tengok dulu. Nite peeps!

WW yang ke------entah lah.


# ikhlas dari kak long yang hanya mampu tersenyum sinis bila melihat status adik-adik yang menggelikan bulu roma. Kbai.

New year countdown

Assalamualaikum!

Happy lunch time ya people.. Hehe. Hari ni orang kerja gomen dapat gaji + bonus. Kaching kaching la pocket diaorang sekarang ni and aku bet Alamanda mesti penuh gila hari ni. Puahahaha..

Just to let my dear blog know,

Pink kaler giteww

Aku dah dapat diary baru. Wah wah wah..diari yang lama pun tak habis conteng lagi. Tak pe lah, aku guna buat urusan personal je la. Buat conteng-conteng resepi pun boleh jugak. HAHAHA.

Sabtu 15/12/12

Assalamualaikum!

Hari ni aku nak share pasal fishing. I like fishing! even tak ada hasil pun tak pe. Beli umpan, sedekah free kat ikan semua. Baling upan, duduk termenung. Amannya dunia!

Kah kah kah!

Semua tu dusta. Cehh, mana ada orang yang pergi fishing tapi tak nak fish! haissshh..anyway, last Saturday aku dengan Nobita pi mengail kat Lukut. Lukut bukan dekat Perak tu..Tu Lumut. Lukut yang aku pi ni dekat Nogori Sembilan. Jyeahhh.

Unfortunately, air tengah surut masa tu and while waiting for air pasang tetiba Nobita dapat called. Dia kena balik kerja lepas tu dia dah dilema. Baru nak mancing, pastu dah kena kerja pulak. Sedih je dia bila aku advice dia suruh pi kerja. Kesian kat aku katanya. Haha. So sweet! Tak pe dear, nanti kita datang tempat tu balik yeee..

Udang yang dah di kokak ikan
Tah apa yang di usha kat situ
Jeti yang dalam proses pembaikpulih
Okay lah, aku ada kerja ni. Babai..




Malam malu tapi gedik

Aku

.

.
.
.

MALU!!!

.
.
.
.
.

Minggu pertama bulan duabelas

Assalamualaikum!

Hai blogwalkers sekalian. Hari ni hari Keputeraan Sultan Selangor kan? So, adalah seronoknya hari bagi rakyat Selangor yang berkerja dalam jajahan ini. Dek kerana public holiday dah diberi.

Okay, sebab aku pun memang anak jati Selangor, perasaan yang hari ni aku cuti pun agak lah menebal. Aku tidur tak henggat dunia as aku tak kerja pada hari ni. Yabedabedooo!

Aku terjaga about 7.40 a.m. pagi ni.. subuh aku tah ke mana.. nak subuh gajah pun dah tak mampu lagi..Huhu.. Memang pun aku lupa nak kunci jam malam tadi. Main sebat je nak tidur laju-laju lepas isyak. Sekali bangun dengan mamai aku pun nampak mak aku tengah bahagia melayan adik aku borak. Tskkk..jelesnya!

Gara-gara badan letih la ni, aku tidur macam jakun sikit. Sabtu ahad lepas memang tak berapa nak lekat kat rumah.

Anyhow, aku nak congratz kat classmate aku masa high school dulu sebab dah selamat berumahtangga. Member aku ni sangat cute! Masing-masing tengok dia boleh tergoda sekejap including me and Seha. Muahaha..

Farhana-Seha-Nanad-Memen-Farhana
Copied from FB Fikriyah. Fik, aku cilok tau..timaseh..Hehe
Tahniah jugak kat member sorang lagi yang nama Erni sebab dapat anak yang kedua. Yeayyy! Dapat jugak jumpa dia lepas SPM last aku jumpa dia (2006-2012). Lama sangat okay! Arwah ayah dia dengan ayah aku satu tempat kerja. Dari situ la aku dengan dia boleh jadi geng sebab dulu masa zaman high school aku dengan dia naik public bus pergi sekolah nak menuntut ilmu. Now, dia dah jadi ustazah pun kat sekolah petang kat kampung aku. My old fardhu ain school tu tau! Heheh..
Anak 2nd Erni. 1st child baby girl. Lasak tapi comel. Heee..
Okay lah..itu saja alkisah yang menarik hari Ahad lepas. Nak cerita alkisah hari Sabtu kang korang muntah hijau pulak. Hahaha. Take care blogwalkers! Have a great day.

All time favorite!



Assalamualaikum! This song adalah one of aku punya feveret. Ulang la banyak kali. Tak kan aku muak. Muehehe.. Ada jugak cover lagu ni yang best jadi pilihan aku..

cekidautttt..


Lyrics dia sangat best kot. Hahaha. suka.suka.suka sangat lagu ni. :')
Aku mengantuk dah ni. Okaybai.


December, aku jatuh lagi

Assalamualaikum!

T__________T

Nak dijadikan cerita pagi tadi aku besttt je main nose strip kan? Haaa.. tak lama lepas tu aku teringat yang shower foam kat bilik air dah habisss. Okay, lets re-filling it lah.

Aku buat kerja-kerja meng-isi semula kat depan pintu bilik air. Yaaa.. sebab shower foam duduknya kat dalam bilik air, aku buat kerja kat situ je. Heh!

Then, aku pour out baki air sabun yang ada. Sapa punya kerja la campur air dalam botol ni. Haishhh.. Aku pour out kat depan pintu masuk bilik air itu. Haaa..dah dapat tangkap belum kejadian selepas itu?

Okay, aku memang ingat aku nak kena jirus balik air sabun tu. Kot-kot nanti ada yang tergelincir kat bilik air. Tapi malang memang aku yang cipta. Aku sendiri yang menggelongsor di bilik air masa aku nak letak balik botol shower foam kat tempatnya.

WALLAWEHHH!

Mula-mula kena memang tak rasa sakit lagi. Kaki je la rasa sengal sikit. Tapi right now aku dah mula rasa sakit tang pungkoq. T____T nangis lagi. Bahana sendiri punya pasal. Tskkk..sedih.

Okay lah. Nak siap-siap bekal durian nak bawak pi jumpa my brother. Kesian dia dah lama tak balik. Bai. Take care peeps. =3

Nose strip


Assalamualaikum...

Hai December! Good morning. Heee..

Pagi ni aku dah bangun awal. Semangat baru. Eceh!

Ada satu nose strip aku nak share. Murah and berkesan mencabut segala cendawan yang bertenggek kat batang hidung aku yang tak berapa nak cacak ni. Hew3.

Mempersembahkan barang best dari Watson!!!
Macam mana boleh auto rotate niii..grrr!
                                      
Ada 6 strips dalam satu box
Dengan harga RM8.42 bahagi dengan 6 akan equal to RM1.40 per strips. Agak murah bukan? Hee.. Dengan membelanjakan sehengget empat posen tu, hasilnya boleh dapat banyak ini...

Yekkkss

Segala isi keluar. Mujur tak tarik tait hidung sekali. HAHA
Tuuuuu dia! Puas hati aku dapat mencabut cendawan dengan jayanya. Hehehe. Okay lah, itu saja untuk pagi ni. Have a great day!




Character November-ians

Assalamualaikum peeps!

Entry malam ni aku cedok idea dari blog azmizam sebagai hiburan malam ini. Yaaa..aku tengah bosan currently. Hmmm..nasib lah.

Ini adalah part of rahsia peribadi seseorang mengikut bulan yang dilahirkan berdasakan kaji selidik Dr. Fazhilah Kamsah. Aku pick bulan November sebab nak experiment kat diri sendiri. Pasal orang lain? ko buatlah sendiri. Rajin bebenor aku nak baca orang lain punya rahsia.

So, ini malam aku match dengan diri aku dari perspektif aku. Hari tu mintak dila komen pasal aku. Tapi dia kata tak mau. Apakejadah dia nak komen pasal aku tetiba kan. Haha..Dila cuak lah tu.


NOVEMBER
  • banyak idea dalam sesuatu perkara - Yess. kadang-kadang banyak yang bernas tapi tak berapa nak bijak. Pulak!
  • perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah - Aku mengaku! memang aku rasa yang aku ni jenis yang unexpected. Tapi bukan split identity la weyy..
  • otak dan pemikiran yang sangat tajam - Alamak! celah mana niii..hihi..
  • cara berfikir lain dari orang lain  - Memang kena lain. baru lah nada! haha (ceh,perasantan)
  • berfikiran kehadapan, unik dan bijak  - Amin ya rabb!
  • banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra - So true! nada hanis memang cenggini :')
  • penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa  - Aku rasa masa belajar case study dalam group dulu je la idea aku banyak. Masuk exam, haram idea nan hado.
  • sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya - Haruslah. Dah kata pun unexpected person kannns
  • sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia - Dulu cita-cita nak jadi ejen perisik. Jeng.jeng.jeng..
  • amanah, jujur, setia dan pandai berahsia - Alhamdulillah..kind of dah ni
  • daya firasat sangat halus dan tinggi - Yang ni aku kurang pasti apa itu firasat yang dimaksudkan. Tapi setahu aku, instinct aku memang boleh pakai. Ayat biasa guna 'aku dah agak dah..' haha.
  • bagus sebagai doktor  - Oh, tidak!
  • cermat dan teliti  - plus clumsy *sigh*
  • personality dinamik - Aku tak percaya cintaaa..haha. apakah ini?
  • tidak hargai pujian - Ya, aku memang macam ni. Tapi sebenarnya malu nak terima pujian. Nak jadi humble.
  • bercita-cita tinggi - Cita-cita aku dari kecik memang tinggi. Tak tau la tercapai ke tak.
  • terlalu degil dan keras hati - That's me. Genetik ayah agaknya. kyahahaha..
  • apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya - Kalau dapat half jalan pun dah cukup bangga. huhu
  • sangat rajin dan berkemampuan tinggi - Amin. Insya Allah
  • kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak - Usaha dulu, result belakang kira.
  • pandai mendorong diri sendiri - Nada adalah motivator kepada Hanis. :)
  • berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran - Aku memang penyabar. Tak percaya? cuba la cari pasal. Huh!
  • mudah ambil berat terhadap orang lain - Caring kan aku? bertuah la korang kenal aku. Haha..
  • tak suka marah kecuali tergugat - Pantang betul orang sengaja buat pasal. Tak nak marah selalu. Nanti muka kedut.
  • pandai muhasabah diri - Ini je cara nak ajar diri sendiri yang tak makan saman. Tapi makan nasi. Hukhuk..
  • romantik - Wahh..tapi tak tunjuk lah kot. Hihi.
  • tidak pasti dengan imbangan kasih sayang - Apa ini? aku pun tak pasti. Haha. Obvious lah.
  • suka duduk di rumah - Yes. I am. Tak suka bersosial sangat. Cukup dengan kawan yang ada.
  • tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi - Aku memang emotional pun. Cepat terasa. Nak-nak orang yang close dengan aku buat pasal. Melenting sesaja. Merajuk sesaja. Boleh jadi cepat cool atau tak akan cool sampai bila-bila.
  • Aku jenis boleh nak forgive tapi not to forget.
Okay lah. Itu saja yang aku nak update. Nak update status kat FB macam no point sangat pun. Sekarang tengah game mesia lawan singapo. Malas nak layan. Tunggu nanti final je. Haha. Asal boleh kasi menang. Cuti peristiwa lagi lah nanti.Wakakaka.. Good night dunia!

First time!!!

Assalamualaikum!

Heyho peeps :)

Asal kamu tau ya, aku ini baru pertama kalinya jejak kaki ke MAHA 2012. AMARAN! ini adalah entry bergambar. For those yang rasa boring please come again soon. Haha.

Walau aku dah empat tahun stay kat Serdang, aku tak pernah masuk tengok-tengok apa yang berlaku kat dalam hall yang banyak tu. Nak involved, lagi lah memang tak. Aku kan species pemalas. Huh.

Awal nya memang tak plan nak pergi pun.  Tapi dek kerana bosan menghimpit diriku, aku pun ajak la si nobita ni berjalan-jalan.

Mula nak sampai kat tapak MAHA tu aku macam hurmmm.. mana nak parking ni? punya la panjang berjela kereta queue nak masuk main entrance. Si nobita ni pulak kurang kesabaran dengan benda macam ni. Sebelum dia pokpek lebih berjela, kita park ikut pintu masuk yang dekat sebelah fakulti perubatan veterinar UPM.

Yaaa..situ parking berbayar ye tuan-tuan puan-puan. Tak nak bayar boleh park diluar. Jika bergesel dengan lori ke kapal selam ke. Jangan lah marah pulak. Its your choice.

Aku rasa ada lebih 1kilometer jugak la kitaorang menapak dari parking ke hall. Punya lah jauh bhaiii.. Tak tau la orang yang park free kat luar tu jalan kaki macam mana. Mencabar gila kot. Dah macam jogging pun ada.

Hall yang mula-mula we all entered adalah hall yang banyak food supplies/sources. Ada booth tunjuk padi, ikan, sayur, buah, alumni and bagai lah. Tak pasti Hall ni category apa sebab bercampur bauq. Nak daftar undi pun ada sini jugak.

Bagi kitaorang yang menarik kat sini booth perikanan. Ada few jenis ikan yang diaorang tunjuk. Jenis hybrid pun ada. Ko ingat Honda je ke ada Hybrid? Wakakaka. Ada satu lagi yang best. Aku dapat tengok penyu secara live. Thank you nobita sebab bagi info yang kaki penyu dengan kura-kura tu tak sama. Baru aku sedar. T___T

Next hall yang kita singgah iz dewan jual makanan. Agrobazar! Turun escalator, baru jumpa tempat ni. Macam supermarket dah aku tengok. Tak jadi nak snap gambar kat sini sebab macam jakun sangat je aku ni. -___-

Then kita round pulak area terbuka yang jual banyak jenis buah tempatan. Kalau bawak Aida Maliza jalan sini confirm dia pitam-pitam sebab sana sini bau durian. HAHAHA. Kat sini jugak ada kuda padi untuk sapa-sapa yang nak berangan jadi koboi. Sekali, jumpa pulak member nobita yang dari johor dengan member kerja dia. Eh, mana member aku semua ni? huwaaaa..

Sebelum senja, kita pun mulakan jelajah berkaki ke parking kereta sebelum yang lain berpusu-pusu juga. Misi jalan-jalan berjaya kerana kami tak beli apa-apa barang kehendak selain kebab dan air (keperluan). Hehehe..
Dia boss

Aku supir

Boss tengok stock padi

Penyusss. kecik-kecik pandai berenang.

Melon bergantungan macam tarzan

Super jumbo Jackfruit. Aku la yang kerdil kat situ

Garu kepala gatal. Sila abaikan

Angle ni aku nampak macam gemuk. Tipu belaka

Ni tak tipu. Tiang lampu bergerak?

Dia pun tiang bergerak jugak. Wakaka

Membebel tak habis-habis

Mulut penuh dengan kebab. 4 kali suap, licin. Haha
Okay, itu saja aktiviti hari ini. Good night dunia.

The reason KENAPA why

Assalamualaikum!

Pernah tak ada perasaan atau terpikir ke or terdetik dalam hati kenapa or in english why with a question mark after doing something. Sesuatu yang kita buat secara sukarela dan tiada paksaan. Bila ada masa lapang nak berangan atau bermuhasabah diri akan terpikir KENAPA. Why aku beli, why aku tolong dia, why? and why and also why?

Macam aku, yes! aku kadang-kadang terpikir jugak hal tu. Aku akan selalu guna perkataan kenapa in respond to someone's statement untuk lebih kefahaman. Maklum lah, aku ni edisi student yang kurang laju tahap pick-up. Sebab tu aku akan tanya kenapa sekian, sekian dan sekian.

Eh, entry belum habis. Baru nak mula muqadimah niii.. tskkk T___T

Ada situasi bila kawan bercerita pasal dia tolong sahabat lain tentang perkara yang tak berapa nak masuk dek akal aku akan tanya

Kawan : Aku tolong si polan ni buat bla bla bla and bla..
Aku : Kenapa ko tolong dia buat bla bla bla..?
Kawan : Entah lah weyyy *diam* (mungkin dalam hati, kenapa ko tanya??)

HAHAHAHA..

Ada part bila aku ada banyakkkk sangat masa terluang untuk termenung aku akan mula gerak otak aku pikir WHY question.

Q1 : Eh, kenapa semut kencing kita tak nampak air kencingnya?

  • Tak ada sapa tolong aku jawab selama ni. Sedihnya!

Q2 : Eh, kenapa aku tolong si polan? Apa aku dapat?

  • Eh, mesti la pahala. (bongoknya aku)

Q3 : Eh, kenapa aku tak mintak kerja lain?

  • Sebab dah selesa lah kot.
Q4 : Kenapa aku kawan dengan manusia macam ni?
  • Apa la nasib..iskk..
Q5 : Kenapa aku beli ni? Buruknya lama-lama tengok!
  • Padan lah muka. (si peminat chelsea selalu cakap macam ni. Hukhuk)
Q6 : Kenapa lah aku boleh bersabar dengan sebanyak ni?
  • krukk.krukk.krukk *bunyi cengkerik*
Kenapa nak kena type caption?

MOTIFFF?

Ini adalah cara budus aku untuk menggerakkan otak yang hampir tertidur tatkala kebosanan dan tak ada idea. Teringat statement seorang geng masa practical dulu, KEBODOHAN APAKAH INI? Hahahaha..

Kalau budak kecik yang suka tanya kenapa itu, kenapa ini.. aku rasa budak ni ada potensi jadi bijak. Tapi kalau orang dewasa yang banyak tanya itu ini, ada potensi mintak sepakkk!

# Ahhh..kenapa lah tangan aku gatal sangat nak masuk entry tah jadah ni hari ni.. 

WW biru

pen merah pen biru, u marah i lebiu. I love biru. 

# chelsea ! chelsea ! si berbaju osaka tu sokong the blues.
# bukan entry blue-blue. sekian.

HB

Assalamualaikum!

Errr.. macam mana nak start ea.. Malam tadi macam banyak je idea nak type wat-men-da-jadah kat entry baru. Tapi la ni macam kena freeze la pulokk.. Apa yang aku nak pokpek hari ni bukan pasal HB - happy birthday. NO NO NO. Tapi HB - Human Behavior.

*Sigh! Tarik nafas...

Bismillah.

Okay, malam tadi agak janggal lah kiranya aku terjaga tatkala tengah tidur. Aku memang jarang nak terjaga lepas tu ambik masa yang lama untuk lelap balik. Selalunya in a blink, memang aku akan terlelap semula. Tapi entah kenapa itu jam susah payah aku nak tidur sampai aku tak tau pukul berapa aku tidur balik.

Banyak sangat pikir kot. Bila pusing golek nak tidur semula tu, mula la otak ni pikir benda-benda yang wadefak yang menyakitkan hati pun ye jugak. Boleh pulak.

HUMAN BEHAVIOR lah tu kalau ada benda yang tak menyenangkan hati, sampai membawak ke tidur pun still nak pikir. Asal boleh nak kasi solve dulu baru aman dunia.

Recently, berita kekejaman kat Gaza banyak keluar kat media kan? Ramai yang SHARE itu ini. It was good. Bangga ada manusia yang perihatin dalam friend list facebook account aku. JYEAHH! Tapi kan, aku pulak tak ngilu tengok gambar-gambar mangsa itu. Nak-nak babies and kids. Tak mampu nak tengok and baca article pasal Gaza. I'm not strong as those people. Admit that.

Bila bab boikot, semua pun nak post pasal 'wehhhh..boikot product sekian-sekian.Tapi, still post through FB.' Ni aku petik dari status update few of my friends yang ada dalam list. Ada betul la kan dia cakap. Alang-alang nak boikot, baik boikot semua. Alang-alang nak bunuh nyamuk yang dah kenyang gigit kau lalu terbang, baik spray je pakai aeresol. Biar semua pun mampusss.

Teringat pulak zaman study dulu. Boikot suam-suam kuku. Alih malam-malam lapar mekdi, ajak roomate keluar beli mekdi tengah-tengah hujan. Nak mintak delivery kang obvious lah sangat buruk perangai. Hishhh..apa nak buat, Itu lah HUMAN BEHAVIOR.

Dulu-dulu waktu sekolah menengah, aku suka duduk dengan geng bas luar tengok orang punya gelagat. Usha situ sini. Bila masuk alam kolej, aku dah jadi macam kurang minat nak buat tu semua. Persetan lah nak jadi apa pun diaorang tu. Usha sampai lebam pun tak dapat apa. Betul tak? So, aku jadi macam baik aku konsentrasi dengan geng adik beradik. After that, dapat pulak kerja kat airport. Bila tak ada kerja, memang usha behaviour orang la kerja no.2 aku. Besttt..jumpa ramai orang. Ada yang jenis cembong, ada yang jenis capah. Macam-macam lah.

Apa motif aku niiii? Alaaa..biasa lah. HUMAN BEHAVIOR jugak lah tu. kejap suka, lepas tu tak, lepas three suka balik. Kans? Eleh.. admit je la. Bukan rugi pun.

Human behaviour yang aku cerita kat sini lain gila dengan human behaviour yang lecturer management aku ajar masa dulu. Ni dalam perspektif aku. I'm not talking about human behavior in business. No. Aku cakap pasal aku. Diri aku sebagai contoh. Sample among the populations.

Aku minat belajar pasal Human behavior. Sebab memang aku agak more likely to listen rather than talk (yeeeelah tu! HAHAHA) dedulu, nak belajar psychology, tapi bila terpikir kena deal dengan mental people yang dah short, aku tak jadi lah. Kang aku pun ikut short sekali. Bhahaha.. Elok lah aku jadi pemerhati tak bertauliah sahaja. Sekian entry tah-tah-apa-kejadah but still got points (yeeelah tu!) AHAHA..

Anda Tiub

Assalamualaikum darlings!

>___<

Apa benda anda tiub ni? Hehehe.. nak cakap YouTube sebenarnya... jangan marah ea..Okay, apa nak share pasal YouTube ni ye? Errr...

Anda YouTube subscriber? if you do, dah subscribe belum channel JinnyboyTV ? Pernah tengok/layan tak videos yang diaorang upload?

Musim-musim kerja tak ada boleh la layan video diaorang ni. Sangat bagus sebab banyak bagi positive message in each vidoes yang they all produced. Ada yang terkena diri sendiri jugak kadang-kadang.

So, itu saja promosi tak berbayar a.k.a foc-promotion untuk sesi minat aku menonton YouTube. Jaga diri semua, musim hujan ni. Baiii...

JinnyboyTV 

# Angah balik esok, tak sabar nak dapatkan item yang telah dikirim. Heee...

up