Skin Formulation lagi!

Assalamualaikum.

Pejam celik, celik pejam..dah sampai friday yang last untuk bulan september ni.  Entry kali ni khas aku dedicate-kan untuk skin formulation yang best-best-sangat. Haha.. teruja aku nak bagitau yang aku dapat free sample product ni. Banyak wehh.. bukan setakat 2 or 3 sachet, tapiiii..lebih dari sepuluh! Haaa..yang penting everything iz f.o.c. Sapa yang tak suka barang f.o.c u tell me???

Sebelum aku dapat sample free tu, aku kena register jadi member kat website dia. Dulu dah register kat goallife.com tapi since they all dah rebranding, dah moved to new website to sfbeautyskin.com aku kena register lagi sekali. Yang bestnya once kita register, automatic dapat 50 points. Kalau kauorang nak tau, 50 points tu equal to RM50!!! Haaa..dah boleh redeem kalau kita buat purchase lah nanti tu.. Seronok kan?

Tu baru seronok sikit. Ni nak share lagi.. Sebagai penerima sample, which anda semua belum pernah beli apa-apa dengan diaorang.. diaorang akan bagi 50% less untuk product yang korang minat nak beli. Tapi dengan terms & condition lah..TAPI, bagi aku itu sangat berbaloi-baloi kerana barang akan jadi murah dan murah! Hihi.

Ada lagi yang best. If korang interested sangat nak continue dengan skin formulation, korang boleh jadi vip member. Fees cuma RM30 setahun. Kadang-kadang ada promotion, fees tak payah bayar pun. Ada jugak yang bernasib baik beli product 2 or more, automatic korang jadi vip member. Untungnya jadi vip member ni..bila birthday korang akan dapat less untuk barang yang korang beli. Wahhh..bagus sungguh they all punya marketing. Hehe..

Anyway, aku nak share jugak gambar sample yang aku dapat. Bagi sesiapa yang tak nak tengok, sila terus tutup tab sebab takut korang bosan. Hiahaha.. Pssttt.. Aku kasi office-mate aku 4 sample yang lain sebab aku dah ada in bottles. :)

water based. pakai waktu pagi

Ni pun untuk waktu pagi. Memang moist lah kalau guna :D

Gosok kat muka after cuci muka at night

Ubat jerawat. Jerawat betul-betul surut lah pakai ni..hee

Berguna untuk hilangkan pigment. This called serum.

Gandingan hebat pearl liposome. 

Guna waktu tido. Sticky sikit. Bangun pagi, muka jadi  gebus.

Rawatan mata. Terasa perbezaan pakai dengan tak.

Daily use. Macam foundation.

i love SF! muahaha..

Dapat pakai mask ni memang lah sangat best.

Pearl liposome essence in bottle.  Dapat less! Hihi

Rose water ni act as toner and moisturizer. Sangat bagus sebab  it kills bacteria.

 Aku guna product ni memang lama dah. Dari mula study degree. Sesuai la dengan kulit muka aku. Memang la mahal sikit, tapi kalau pakai boleh tahan setahun tu beb. Biasa aku pakai sebotol cleanser SF ni boleh cecah more than a year. Sangat jimat. Berkesan! dengan syarat jaga makan. Haha.

Hah! dah banyak sangat aku promo barang ni nampaknya. Okay la ye..sampai sini dulu lah celoteh pasal SF ni. Sampai ketemu lagi ye! Babai..

Webcam. No make-up.  Gambar passport yang ter-latest. Haha

Apa kes?

Assalamualaikum ya habibi, ya maulana..

Apakah yang aku cuba kes kan untuk hari ni??

Actually, baru-baru ni opis tempat aku cari makan kena fecah. Aku sebagai orang yang pertama akan masuk opis, EHEM! sangat terkejut bila pintu masuk kaca yang selalu aku bukak pagi-pagi tu tak ada cermin dah. Lohhh! Mana hilang?

Tegak berdiri tak berani nak masuk opis, aku call staff yang lain nak tanya kot-kot diaorang ni tau la pasal cermin hilang ni. Tapi semua tak hangkat. Hangin jugak lah mulanya sebab aku dah lama mencangkung depan pintu. Then, aku beranikan diri pasang lampu opis.

NAHHHHH...

Habis bersepah opis kami. Gila terkejut. Mengigil jugak la aku tunggu staff lain sampai opis sorang-sorang. Cermin kaca yang hilang, elok terletak sandar kat dinding dengan kesan pecah kat tepi. Hmmm..mengucap panjang bila tau laptop yang selalu aku guna buat update entry sudah lesap. Ada la few things yang berharga hilang.

Since aku orang pertama sampai, so aku la yang kena lodge police report. First time aku masuk balai.T____T Macam CSI rasanya bila polis ada jumpa bahan bukti yang boleh bantu siasatan. Kebetulan pulak ada kes yang sama kat kawasan yang berdekatan dengan opis kami. Hope orang jahat tu kena tangkap. Menyusahkan orang lain je. Tak pasal-pasal kerja aku jadi lebih sebab nak ke sana sini settle-kan mana yang tak ada.

So, moral of the story yang aku dapat, jangan pernah terfikir nak tinggal barang berharga kat opis. NEVER! Mujur la laptop yang aku hilang tu laptop ala-ala zaman dinosor punya. Tak la terasa sadis sangat. Sebab bos punya. Hew3..

Yang aku perasan modus operandi sang penjahat ni berlaku dekat dengan kedai mamak yang operate 24hours (berdasarkan kes yang lagi satu). So, others, be careful sebab opis aku yang depan ada balai polis komuniti pun boleh kena pecah. Benda nak jadi, redha je la..


salam b|t|b

Warkah untuk angah.

Hanis Haron (FB username)
Tawau, Sabah.

11.09.12

Dear sister,

Kehadapan angah.. Kau sihat kah? Dengar-dengar kau gi camping. Betul kah bha? Syok tak?? Jaga diri kau. Eh, ni aku nak cerita kat kau ni.. Semalam aku ada kerja kat KL. So, since handphone chap ComelSokmoLa ada dalam beg kerja aku, aku bawak la gi kedai CSL kat sinun.

Nak di mulakan cerita, aku cakap la kat salesman tu kata nak tukar battery. Si tukang jual tu memang tengok battery kau dah kembung. So, dia gi la amik stock battery kat mana tah. Lepas dia insert battery baru tu, aku suruh la dia insert sim sebab aku nak check phone tu okay ke tak kan..

After that, ada pop-up tulis image too large ke hapa benda tah. Si penjual tu kata la ni problem memory card lah.. Then dia take off memory card and the same thing goes on. Nak masuk menu pun ndak boleh bha.. Lepas tu si penjual tu bilang sama aku phone sudah rosak.

Aku pun kata OKAY, tak jadi beli battery. Si penjual tu beliak mata kat aku. Then aku continue kata, kata phone rosak, so no need la beli battery baru kan? what for beli battery kalau phone rosak. Sorry. Suddenly dia kata...

Aku dah angkat battery jauh-jauh!!! (dengan muka tak puashati)

Bhahahaha..dah jalan jauh sikit baru aku gelak dengan si emma. Emma sibuk mengajuk si penjual melayu yang perasan cina punya ayat. HAHA..

Sorry bro i don't care. Aku customer, ada hak nak choose to buy from you or not and please mind your words towards customers. Jangan marah bila ada penjual lain yang do exactly macam yang kau buat kat aku towards your family members or bini kau. Tu je aku nak ingatkan. Hihi.

Okay la ngah, pen aku nak habis dakwat ni. Setem pun sekarang dah mahal. Nanti tahun depan kalau senang aku tulis surat kat kau lagi ye. Take care sista! Bai.

p/s: aku dah usha kat centre lowyat, orang tu kata original battery only cost me around 40 je. Tapi bila aku tanya si penjual yang tak ada adab tu, dia jual 60. Agak-agak aku nak beli tak? Memang tak lah! Haha..




Yang taktipu,

   Along.
.....................


Langkawi island

Assalamualaikum..

Yaaa!! selamat petang semua. Jumpa lagi kita hari ni. Hihi.. entry kedua untuk hari ni. Tamaknyaaaa!

Kali ni aku nak share pasal semalam punya cerita. Panas lagi cerita ni sepanas pisang goreng kak jah kat simpang tu..

Alkisahnya..

Office-mate aku jemput gi kenduri kawin dia on 31st Aug and 1st Sept kat Kg. Kubang Badak, Langkawi nuuu.. Mula-mula aku dengan si Emma macam tak gi sebab jauh and cost sara hidup yang terumbang ambing di kala raya dah habis. After that, bos pulak cakap.. kalau boleh bagi datang naik bas pun tak apa. Yang lain, dia sponser.

SPONSER?

Free lah ye?? waow! pikir duaa kali nak pergi ke tidak.. Pikir..pikir.. and lepas dapat green light dari pihak berwajib, maka setuju lah kami nak gi sana. Hehehe..

Dari jeti Kuala Perlis, kitaorang naik 1st ferry. Tapi, bos and his son jadi orang paling last naik ferry sebab anak dia lambat sampai. Fuhhh..nasib tak kena tinggal.

Lepas check-in, dapat rehat sekejap je. Berat je badan ni nak bangun gi kenduri. Almaklumlah, letih jalan jauh. Semua terbongkang tido.

Gi kenduri member nya pun sekejap je.. Haha. Berjalan yang lebih. Yelaaa.. kalau tak berjalan, rugi la sewa kereta. Ye dok? Petangnya gi Pekan Kuah cari nasi. Eh, cari coklat sebenarnya.. Hehe.. Kaki penat tuhan je yang tau. Lutut aku mula membengkak kan dirinya sebagai warning 'cukup untuk hari ni, tuan' tapi takkk.. aku layan kan jugak mengekor ke sana sini. Haha. Sabar je lah.

Sebelah malam pulak lepak kat rumah kawan anak bos aku. Makan pun free. Free lagi. Alhamdulillah, murah rezeki kami kat sana. Dah masing-masing tak larat nak bukak mata, apa lagi..balik bilik rehat.

Pagi-pagi dah bangun nak ready untuk check out. Sebelum tu singgah jap kat kedai pengusaha gamat area telaga tujuh. Dapat beli murah-murah sebab bos kata dengan budak tu dia selalu datang sini. Dah tu apa lagi..pecut laju-laju sebab masa untuk pulang kereta dah dekat.

Apa saja lah yang dibebelkan ni..

Berenti hilangkan ngantuk sebentar..

I'm ready nak balik..

Team B

Rumah kenduri

Super pack car!

Super duper pack loads. Dua ekor ni pun kena load kat bonet. =,="

Amik feri pukul 1130 pagi sampai tanah besar pukul 1330. Memang aku tak duduk lama la on the way balik ke tanah besar sebab dapat seat kat bawah. Gila pening. Bising dah satu hal. Tingkap tak ada. Sumpeqq kata orang jawa. So, nak tak nak, berdiri je lah kat atas tengok scenery kat luar. Gerak balik pukul 2..sampai Putrajaya pukul 10. Fuhhh, what a long journey. Apa pun still nice experience. Alhamdulillah. :)

Cheritera Seminggu Raya

Assalamualaikum w.b.t.

Wahai mahluk sekalian yang sudi menerjah blog picisan aku, sempat lagi kan aku nak mintak maaf dan ampun kalau ada yang terguris hati dengan post-post aku yang tak senonoh ke hapa tu.Maaf lah ye! Jemput la makan kuih raya kat rumah kalau sudi datang. Hihi.

Apa aku nak story ea...lama dah raya nya. Ni baru reti nak update. Huhu. Basically, tahun ni raya biasa-biasa je. Assebabnya tahun ni pagi raya ayah kerja. So tak sempat nak amik gambar family berbaju raya di pagi raya. Petang raya nya pulak aku dah bergerak ke rumah mak ayah si Nobita kat Johor. Dapat jugak la bergambar dengan family dia. Ada la jugak gambar raya dari tak ada. Sobss..

Bodyguard sampai duaorang. hehe

Lepas balik semula rumah aku, berita tak sedap pulak pasal nenek sedara aku. Masuk wad hospital klang.. nazak. 7 hari lepas tu nenek di panggil Allah. Innalillah. Hari ni aku baru dapat tau yang nenek sedara lagi sorang dipanggil illahi. Malam tadi, berita dari si Nobita, kata sahabat dia meninggal jugak sebab excident. Ya Allah, Semoga roh mereka di tempatkan bersama golongan yang beriman. amin.

# mama kata raya tahun ni tak meriah sebab ayah dengan mama tak gaji lagi. Tapi tak apa lah..sekurang-kurangnya lepas raya diaorang tak kering poket macam aku. Huhu..

Esok nak raya

RAYA

IS

AROUND

THE

CORNER!!!

Assalamualaikum to my beloved viewer.. ehh..macam ramai je viewer je. cehhh..

Preparation raya aku semakin rancak berjalan hari ni. Aktiviti aku macam dah pack je. Aku dah prepare mixture untuk buat biskut coklat (ala-ala pemes amos la giteww) tengah malam tadi. Lepas sahur je, terus nak bake. Sebab biskut lain idea mama dah tunggu queue untuk di buat. 

Alhamdulillah ada adik bongsu yang excited nak tolong aku pagi ni. Tak tau la semangat dia tu sampai pukul berapa. Heheh.. Go go bam bam! :P

Lepas ni nak mengemas pulak. Bilik belum di-service lagi. Baju raya tak cuci lagi. Oh mak aih! banyak kerja tak siap lagi. Fadan muka aku, kan?

Eh, okay la..biskut aku hangit kang.. bare with me for the next entry. Challo!

salam b|t|b

Mooncake :D

Assalamualaikum...

Diam tak diam sangat, sekejap je kita dah dekat minggu terakhir puasa. Apa yang aku nak share hari ni iz pasal mooncake.
Init kacang with mochi

Different taste got different price

Korang pernah tak buat mooncake? Mesti tak pernah kan..kalau buat pun mesti bantat je kek tu. Muahaha.. Actually, kuih yang kepakaran dalam pembuatannya yang hanya dikuasai oleh kaum cina ni kita yang muslim pun boleh makan tau. Tapi tengok jugak la yang ada label HALAL sahaja okayyy.. jangan mengada pi beli kat pasar malam yang belum tentu halal ke harooomm. Selidik dulu, baru beli. :)

Disebabkan aku ni tak pernah tau rasa kuih bulan ni, teringin jugak nak merasa apakah rasa sebenar kuih bulan yang unik ni. So, masa aku ber-facebook-ing, aku jumpa senior lama ni post pasal mooncake. After tanya-tanya kat dia..aku pun terasa nak membeli. Nak try punya pasal, aku beli satu je dulu and office-mate aku order dua ketul?biji? entah la..

Bekas free

Kuih bulan inside :D

Harga sebijik/seketul adalah agak hmmmm...mahal sikit je. Bagi aku la..tak tau la orang lain.. Yang bestnya..kalau kita beli dua pieces, kita akan dapat kotak tisu bulat secara PERCUMA! Yeayyy..it's free bebeh..Kalau beli 4 pieces, dapat kotal tisu yang empat segi tu.. Best kan? best kan? Heee...

Bab rasa nya pulak..as long aku boleh telan, kira sedap la..hehe.. Aku beli red bean with mochi. Ni recommended by akak senior aku tu. Ada rasa makan kuih potong yang panjang-panjang tu.. Kan inti kacang merah jugak kan. HAHAHA.. Mochi yang kat tengah tu sedap. Kenyal. Jangan tanya aku apa itu mochi. Sebab aku pun tak tau T____T

Anyway, kalau ada yang hulur mooncake next time, aku akan terima dengan senyum meleret. Assabab, tekak aku boleh terima. Hihi. Okay la babes, see u in the next entry. Challo.

Windscreen crack!


Hello warga blogger yang kipas-susah-mati(hardcore)
Assalamualaikum!

Well entry kali ni aku nak share pasal windscreen. Yuuupps! Cermin depan kereta, kata melayunya. Alright, ini adalah kes benar. Tiada yang benar melainkan yang benar belaka.  Ceritanya begini...
Yesterday (Friday) ketika aku sedang syok layan speed-test kat atas jalan yang kosong.. tetiba ada bunyi KELENTUNGGG! Yesss... perfect hit dekat windscreen aku. Sipi je kat corner sebelah kiri. NICE one!

Photo: http://www.dr-windscreen.com/main.htm
Emma Ageera, pi repair sini ah..dekat sikit. Huhu
Kaca yang ter-sompek
Depan aku, kiri aku, kanan aku...there’s no lorry yang bawak batu batan as i said before, jalan agak lenggang sampai aku boleh try speed-test. Hurmmm..bila aku kerling tang kiri, rasa macam tak pe lah. But, yang mengilukan hati aku bilamana telinga aku boleh tangkap bunyi CRACKKKK and i saw a cut line becomes longer. Dalam laju yang malar, retak makin panjang. Aku turunkan speed untuk elak jadi lebih worst.

What to do?

Aku just boleh tengok je sebab masa tu dah petang sangat. Most of kedai baiki cermin dah tutup and aku rushing nak buka puasa. So, aku biarkan semalaman retak yang agak-agak dah jadi 5 inch dari lekuk asal. About noon hari ini, aku intai-intai retak tu menjalar lagi dengan sihatnya. Apalah nasib aku nak-nak raya ni...

Luckily, aku jumpa satu solution,

After aku review kat forum pasal cermin retak, aku jumpa la kedai yang aku rasa boleh bantu aku selesaikan masalah retak tu dari terus menjalar.  Pernah tak kauorang dengar pasal Dr. Cermin? Aku called dulu kedai tu untuk tanya harga. Amoi tu kata, kalau boleh ditampal it may cost me about 100++ based on panjang luka pada windscreen tu. Kalau tak bias ditampal, maka jawapannya iz tukarrr yang memakan belanja 450 untuk cermin baru.

Okay...

Bagi yang ada beli polisi insurance yang boleh cover untuk damage on windscreen, kauorang boleh claim insurance. Untunglah..sebab aku tak ada beli polisi tu. Grrrr... Dr. Cermin ada panel dengan kebanyakkan syarikat insurance kenderaan. Bawak je document datang, diaorang boleh uruskan. Nanti cuma kena tambah sikit je la bila ada insuran dah cover. If, not..sila sediakan wang secukupnya. HAHA..

Next..

Untuk yang nak bawak motokar yang dah retak cermin tu jumpa doctor cermin ni..tak payah la selotip-selotip luka yang ada..benda selotip tu akan make it worst sebab ia akan jadi susah nak repair. Atas ke-kreatif-an bf aku, dia tampal selotip masa mula-mula kena. Wakakaka.. Sekarang dah tahu yang sebetulnya.

Lepas tu, kalau dah kena sikit tu..cepat-cepat la bawak ke doctor sebelum menjalar/merebak ke kawasan lain. Sebabnya, makin panjang luka/retak makin masyuk harga yang akan dikenakan. Harga baik pulih depends on panjang retak tu. Macam kes aku, retak dah 11 inch. Half price dari beli cermin baru. Aku jadi dilemma nak pilih cermin baru atau tampal saja. Akhirnya, aku pilih tampal. Muktamad.

Why?

Sebab aku pikir, risiko batu atau objek keras melantun ke cermin adalah tinggi. Sebab kawasan yang selalu aku lalu tu kadar jalan berpasir dan lorry keluar masuk adalah sangat tinggi. Ini akan memungkinkan aku untuk melabur lagi ke cermin itu. So, as long cermin tu tak leaking, aku tak kesah.

Suggestion.

Sila beli additional policy yang cover damage yang sebegini rupa. Supaya apabila ter-kena pada waktu-waktu yang tak diduga (raya ke, kawin ke, etc.), kauorang dah dilindungi.

Sekian, pesanan penaja tak berbayar dari aku iklas untuk semua. ZZZZ..goodnight. Salam B|T|B.

Jumaat.Ramadhan.Kedua.

Assalamualaikum wahai blog-gerian-s!

Belogerians? sukahati aku je nak panggil apa. Heh!

Update untuk hari ini. Alhamdulillah dah sampai ke ramadhan yang ke-14. Syukur, masih mampu berpuasa even cuaca agak terik di kala tengahari menginjak ke sore (petang). Lagi 15 hari nak raya. count-down sendiri untuk diri sendiri. Hikkks..

Hari ni aku di datangi flue yang dengan riang dan happy nya bermain kat hidung aku sejak jam tujuh pagi until sekarang. Sengsaranya! Berat mata memandang, berat lagi hidung aku tanggung. Sok sek sok sek.. Masa driving pun keep sneezing! Sabar..

Hattchhhooooo!

Keep focus nada. cakap dengan diri sendiri. Yelaaa..dalam tengah syok bersin/bersim (which one ha?) mata mesti nak pejam effect pada sneeze tu. Bahaya untuk diri sendiri. Sabar lagi..

Kat opis pun dah macam masuk dalam kilang habuk. Sneezing lagi dan lagi. Air mata pun nak ikut turun jugak sebab kesian dengan jirannya, hidung. Datang lah tangan untuk membantu...

Legend


Haaaa..amik kau hidung. Aku calit sikit je. Macam nak menggelupur aku dibuatnya. Pedih gila. Arghhh...jerit-jerit and crying..Kunci mulut dan tunduk terus untuk seminit dua sambil menikmati kepedihan pada hidung.

After that, okay.. kurang sikit sneezing tu. Alhamdulillah. Leaking pada hidung pun dah berkurang. Hehehe.. Fuhhh..lega. dapat nikmat bernafas kembali. Syukur!

LCCT Airport Premier Taxi

Good day to you!

Looking for an airport taxi to go to LCCT or KLIA? or anywhere around Penisular Malaysia?

credit to google.com


Here's the solution..


017 - 309 4403  (premier taxi)

you can call a day earlier for reservation or email at

nadahns82@gmail.com

Pembekal hasil & peralatan pertanian

Assalamualaikum..

Anda mencari syarikat yang boleh membekal peralatan pertanian? Atau hasil pertanian? mungkin di sini boleh membantu menyelesaikan masalah anda.

1)Sayur-sayur hydroponik segar.


2)Cili merah dan hijau yang berkualiti. 


3)Herba-herba dan buah rock melon yang manis. 


4)Khusus-khusus fertigasi dan pelbagai khusus berkenaan dengan pertanian. 


5)Baja foliar.


6)Peralatan pertanian.



Cili kulai hijau

Cili merah

Anak pokok cili

Cili hiasan.1

Cili hiasan.2

Cili hiasan.2

Anak - anak pokok

Sayuran hydroponik

untuk sebarang pertanyaan boleh terus hubungi

Eddy 013 - 751 9335

atau email

nadahns82@gmail.com

Short entry for friday after-ning

Haluuuu..Assalamualaikum semua.

Entry kali ni nak share pasal makan. Ehem! sebelum puasa esok, saja la nak upload gambar makanan kat sini. HAHAHA. Motiff sangat.

Tadi aku gi makan kat Penang Village @ Alamanda Putrajaya.

Yaaa..nama pun dah kampung penang kan..elok lah kiranya kalau kita makan Asam Laksa Penang. Slurppp! masam tapi ada sikit manis. This is first time aku rasa laksa penang. Kuah okay, mee laksa kenyal. Sedap sebab isi ikan besar-besar. Wakakaka..

Pekena laksa sampai licin

Untuk hilangkan dahaga, kita oder pulak bandung cincau. Okay la sedap and tak muak. Aku jarang minum bandung kat luar sebab selalu kalau tengok orang order macam manis sangat je. Euww..bia potong kuku, jangan potong kaki.

Macam susu seteroberi pun ada

Orait lah. Sila lap air liur anda di bulan puasa yang mulia ni. Hehe.. Selamat berpuasa semua!

Tickets and coupons

Haiii.. Assalamualaikum!

Sobss..gusi sakit, kepala sakit minggu ni. Kurang keamanan aku dapat minggu ni. Haihhh..cepat lah pergi rasa yang tak best ni.

Semalam atas arahan bos kecik, aku pergi site visit dari pagi sampai lah ke petang. Mula 9.30 - 10.30 pagi aku beratur register nama kat LAPAN kaunter. Lapan tuu..banyak woahh.. Mujur la masa site visit tu aku ada geng. Tak la bosan bebenor..

Peta lawatan tapak

Lepas tu balik kerja petang aku terrrrus tengok wayang. Hihihi..last tengok wayang before puasa kat TGV The Mines. Cerita 8 Jam. Hmm..layan je la ceritanya. Tapi tak la sampai lapan jam duduk tengok ceritanya. Kalau lapan jam movie tu punya duration, mau kebas punggung duduk dalam wayang tu. Haha..

The ticket
And the coupon


Masa beli tiket 8Jam, kami dapat voucher coupon. 1st time aku beli tiket dapat voucher. Hehe.. Yang bestnya..boleh dapat discount kalau nak shopping kat zalora.com.my. Ada off RM10, RM30, RM50 and RM80 with t&c laaa.. Kalau ada yang nak kupon ni boleh la mintak kat aku sebab aku macam tak guna je. Better bagi kat sesapa yang nak kan? :)

Okay la..setakat tu je la entry sebelum ramadhan datang. Thanks for reading and see you again! Bai.

Unknown cousin

Haii..Assalamualaikum.

Monday dah datang lagi. Cepat lah Jumaat datang!

Semalam aku gi wedding sedara aku kat dewan seri melati kat perbadanan putrajaya. Sedara sebelah mak aku. Kira sepupu mak aku punya anak ni buat resepsi semalam la. Tak kesah la sapa pun dia, aku memang tak pernah tau pasal family ni sebab tak pernah jumpa. Yang biasa jumpa tu aku kenal lah. Heee..

The best part is bila kita dapat berkumpul ramai-ramai kenal dengan family yang tak ter-kenal dulu. Macam sesi tunjuk muka la jugak. Nanti orang tak kenal lah pulak. Yelaaa..awok ni bukan nya retis yg asik keluar paper je. Kang kalau tak kenal-kenal kang, berselisih kat jalan tak tau pulak.

Ada jugak part yang tak best sebab si fengantin macam lari je bila kitaorang cuba nak capture gambar dia. Dia tak tau ke yang kita ni sedara mara dia? well at least lambai la sikit macam princess pun tak pe. We don't mind la.. You see? ni la masalahnya kalau tak kenal sedara. Huhu.. Aku tak nak jadi macam ni. Tak nak dikata sombong even though aku memang malas kalau diajak berjalan ke rumah sedara mara. thehehe...

Familia

Brother and sisters

Twins

Handsome boy - Farish

Haziq - momeyyy

Haikal - good boy

Tak kenal. T___T


Tapi tak apa..aku nak change attitude! Aku akan try kenal sedara mara mana yang tak ter-kenal tu. Alaaa..setakat nak kenal tu, piece of cake je. kachang! nak ingat tu yang masalahnya. hehe..

# rasa bertuah sebab sedara mara duduk keliling rumah and sekampung. :)

Skin Formulation cleanser

Assalamualaikum w.b.t.

Heyyy..jumaat dah hari ni. Kejap je dah weekend balik kan? Masa bergerak laju sangat. Bagus! bak kata office-mate aku. Dia bilang tak lama lagi gaji. Horeyyy! HAHAHA..padahal, ada lagi 3 mminggu kot!

Okay, hari ni aku nak share pasal cleanser yang aku baru beli. Hewhewhew..bukan nak berlagak ke hapa..tapi cuma nak share. :)

Let me introduce you with my old friend, cik SF cleanser. Clap.clap.clap.

Sorry Lawak Kampus, I'm too excited meeting my cik SF
 

Hello my old friend. You look young with your new look. Mula-mula unwrapped SF cleanser ni macam terkejut jugak. Eh.. salah hantar product ke? Aku order barang Skin Formulation. Mana sama dengan yang dulu tu..ni botol dah lain ni. Hmmm...belek punya belek, jumpa jugak label SF ni.

It's Skin Formulation babeh!


Phewww..lega. Tak salah barang. :)

Masa mula-mula terjebak pakai SF ni, time tu aku first year kat kolej. Sebab bersekongkol dengan Zafira and Dhila, kitaorang try product ni. This product memang best. Berkesan kat muka jerawat aku. Without complete set pun boleh jadi. Janji jaga makan and bersabar.

At that time aku guna 3 item. Cleanser, rose water and active cream (untuk kill the jerawats!). The results memang aku puas hati lah jugak. Tu pun after jadi vegetarian for a month and sekali treatment dengan Seo Ling.

Lepas puas hati pakai ni..aku pun suggest kat sorang senior ni. After few months aku rasa dia pun puas hati guna barang ni. Agaknya lah..aku pun tak tanya dia puashati ke tidak. Tapi aku nampak dia berbeza dengan sebelum dia guna SF.

The best part :  1) Makeup Remover. 2) Normal cleanser

The ingredients inside this bottle


I requested for latest stock from them :)


Tu je lah dulu pendapat aku pasal cik SF. Nanti aku story lagi kalau ada yang minat nak tau ye. Babai.


# Barang yang elok, baiklah kita share.

Satu buku penuh games!

Assalamualaikum...

Entry hari ni aku nak buat flash back untuk zaman sekolah dulu. Orang sekarang buat flash mob, bia aku pulak yang buat flash back!

Tengok tajuk entry, satu buku penuh games. Boleh imagine tak buku apa yang aku maksudkan? Tak pe..boleh take 5 kalau nak pikir dulu.. i don't mind.

Tau dah buku apa? yesss.. buku tulis atau lebih dikenali dengan buku latihan. Yang warna coklat tu selalunya.. ingat lagi tak apa korang buat dengan buku tu kalau ada masa senggang? tak pun masa cikgu tak masuk kelas sebab ada meeting ke apa..

Berdasarkan pengalaman aku.. masa sekolah dulu mesti ada satu buku at least untuk mengisi masa lapang dengan bendalah yang tak berfaedah. Yaaa.. mari revealed apa je aku buat dengan buku tulis aku

1. B I N G O
Yepp.. asal boring je mesti ajak member main bingo. Tak kira la waktu cikgu mengajar ke tidak. Belasah je main. Kalau main ramai-ramai lagi best. Berebut-rebut nak sebut BINGO! dulu. Syokk weh. Kalau rajin sikit, buat kotak 10 x 10. Haaa...lama nak habis. Dari BINGO akan jadi OLAKLEMPIT. hahaha..


BINGO!

2. Bulat Pangkah
Kalau main ni memang sekejap je mati permainan. Sebabnya? kotak sikit sangat. Kalau perasan, kat playground pun ada bendalah bulat pangkah ni. Tapi canggih sikit la.. and besar.

Bulat Pangkah


3. Kapal terbang/ sampan/ origami
Haaa..yang ni memang fenomena bila satu sekolah cikgu meeting. Yang jaga pulak pengawas sebaya. Memang tak makan saman la.. Buat kapal terbang kertas. Macam-macam fesyen and design. Ada yang terbang cantik dan ada jugak yang terbang tapi berpusing-pusing lalu karam. Selalunya buatan tangan aku memang tak dapat pergi jauh sejauh buatan budak lelaki.

Kejuruteraan kertas
 

4. Huruf
Aku main bantai je letak nama game ni sebab aku dah tak ingat dulu panggil apa. HAHA. Kalau main ni nampak la sikit ilmiahnya sebab buat otak kita pikir apa nama negara, jenis buah ke, binatang ke..mencabar la jugak.

Teka perkataan?
 

5. Bulat pangkah free-style
Haaa..beza bulat pangkah yang ni dari yang atas tu iz bilangan kotaknya. Yang ni biasanya kita guna buku math. Lagi besar kita dapat kepong lawan kita, maknanya kita lagi power. Heheheh..

Bulat pangkah dan kepong
 

6. Paper Doll
Ni biasanya buat pakai kulit buku sebab materialnya keras sikit. Dulu aku mintak budak lelaki yang buatkan paper doll. Dia lukis cantik. Bentuk sailormoon sangat famous masa tu. Bila part baju, design sendiri. Hihi..

Anak patung kertas
 

Anyway, aku rasa banyak lagi kegunaan buku tulis ni. Seribu satu fungsi la lebih kurang kata. Haaa..apa lagi yang kita boleh main dengan buku tulis ni ea? Ada siapa ingat?

Almost 2 years!

Hoiii Angie! Lambat betul kau nak release buku ni. Penat tau aku tunggu. Nak suruh aku ulang baca berapa kali daaaa.. Aku ingat tahun lepas dalam bulan enam ke tujuh macam tu aku beli Darke: Book 6 . Lama gila tau. Kasi la cepat sikittt.. kata dah buku last. Sobs..lepas ni no more septimus. tskk.. T___T

Credit to Angie's wordpress
Kepada sesiapa yang berminat dengan cerita magis-tragis ni..boleh la mula membelinya di toko buku terkemuka. Memang best. Full of imagination. Aku dah, korang bila lagi? MUAHahaha..

# Check this out if you guys interested! :) Official Septimus Heap blog


up