Chapter : Quitter? am i?

Haiii..
Suppose waktu ni aku tengah tunggu masa untuk di-interview (maybe). Tapi aku cabut dari tempat interview itu. Hehehe.. Teruk kan aku ni? Hmmm..at first memang aku nak gi interview ni. Tapi bila semakin dekat hari yang sepatutnya (30/12/2011) aku jadi makin tak sure. Entah. Malas dan tak berminat. Huuuu..


Ceritanya macam ni.. aku dah ready dah nak di-temuduga-kan. Borang dah isi, attire dah okay and dah sampai pun kat depan tempat yang sepatutnya. Hati aku kata dengan kuatnya tak payah pergi. Tapi sebab Emma dengan Kak Nat yang teman kata 'cuba-lah dulu' aku pun masuk.


Melangkah masuk ke dalam lobi aku macam 'haaaah! ramainya candidates'. Bila nak habis kalau macam ni?? Tapi tak apa lah. Aku dengan members aku ni pun tunggu jap la 5 minit. Lepas 5 minit members aku ni kata nak balik opis jap ada kerja nak kena buat. Okaylah, aku nak go on je. Aku pun borak-borak la dengan one of candidate kat situ (nak buat kawan, tak ada la borings sangat).


Suddenly, emma called aku. Katanya tiket parking ada kat aku. Aku kena hantar kat dia yang dah kat luar pagar tempat tu. Emmm..okay. bagi aku that's the sign yang bagitau aku tak payah tunggu no longer. Lepas mintak number phone (budak yang aku sembang tadi tu) aku pun blah.


Aikk? belum 15 minit duduk situ dah blah? mesti ada orang tanya aku macam tu karang ni..huhu..Emm..there are few reasons yang buat aku rasa malaaasss je nak attend session ni. And sebab-sebab tu aku dah explain kat Kak Nat kenapa aku quit from the session. So far, aku belum rasa menyesal lagi dengan apa yang aku dah decided. Hopefully i'll be never regret about it.


Since one of new year resolution aku adalah untuk dapat kerja baru. Kerja yang better dari yang present ni. So, aku rasa aku kena keep going apply kat mana-mana yang sesuai (as mention by encik someonewholovesme). Tak apa Nadha, u've got plenty of time to ensure your dreams come true (encourage diri sendiri.hehe) Thank you for people around me yang support aku. I love u all lah! Haha.


Okay-lah. Till then, babai.

Chapter : Pesan nenek.

Pagi tadi, masa nak pergi kerja.. aku nampak nenek tengah bagi itik minum kat reban. So, aku stop by sebab nak tegur nenek. Mula-mula nenek tak perasan aku duk perhati dia, bila dah dekat baru dia nampak aku duk senyum-senyum kat dia. Pagi ni nenek tak pakai spect dengan gigi palsu. Heee.. Conversation between nenek dengan granddaughter adalah seperti berikut...

Aku:            Nenek buat apa tu?
Nenek:         Bagi itik minum. Nak pergi kerja ke?
Aku:            Ha'a. (diam kejap) Along bosan la nekkk..
Nenek:         Pergi la shopping. (amboi, speaking nenek aku ni. gelak dalam hati)
                   Jalan-jalan ke...
Aku:            Ni tak ada.. (sambil buat isyarat $$$ guna tangan)
Nenek:         Apa yang tak ada.. Kau kerja. Tiap bulan gaji. Tak kan tak ada langsung.
                   Apa guna cari duit kalau tak guna.
Aku:            ...(diam).

Nenek:         Kita kalau dapat sikit (rezeki) syukur..Kalau dapat banyak,
                   Alhamdulillah.
Aku:            ...(betul gak, duit bukan boleh bawak mati).
Nenek:         Nenek ni pun bertahan je. Tunggu nak cium cicit. (err..terubah topic
                   pulak nenek ni)
Aku:            J Anak abg Alil kan ada.
Nenek:         Nak bernafas pun payah. Rasa macam cucuk dengan benda tajam je bila
                   bernafas.
Aku:            Nek, dah la..gi masuk sana. Tu kat tangan tu nyamuk dah kenyang gigit
                   nenek.(aku pulak ubah topic.huuhu)

pappp!nenek pukul mati nyamuk tu.

Nenek:         Alaa..kat dalam rumah pun sama. Ada nyamuk jugak. Pasang kipas pun
                   Ada jugak nyamuk tu.
Aku:            Nanti gi beli kelambu ea. Boleh tidur tak ada nyamuk. Hee.. okay la
                   nek, along gi dulu ye..

Jarang borak dengan nenek one-to-one macam ni. Rasa sedih bila dengar nenek cakap macam tu. Sayang sangat kat nenek. Nenek la yang jaga aku masa zaman aku sekolah tadika. Nenek, i love u!

There was an error in this gadget

up