Resepi Do it yourself

Assalamualaikum..

Selamat memulakan tugas untuk korang yang kerja hari isnin. Mana yang tak kerja, happy rest day lah ye.. Semalam aku tak ada kemana-mana. So sebabkan boring kat rumah tak ada benda nak buat, aku pun start la mengeluarkan bahan untuk ber DIY.

Resepi DIY

  • 1 1/2m    Border lace
  • 1             Pasang baju kurung
  • 1             Roll benang
  • 1             Jarum menjahit
  • 3++        Jarum peniti
  • 1             Gunting secukup rasa
Okay, bila dah ada bahan bahan ni.. boleh la korang start menjahit lace tersebut. By the way, kalau korang nak cari border lace dengan harga yang berpatutan korang boleh la try beli kat Butik Edast. Aku beli 2 sided 1 meter border lace for only RM20 + RM7 untuk postage. Murah kan? Heeee.. suka sangat.

Ukur tak payah guna pembaris pun boleh..

First thing first, ukur la dulu lace tu kat baju korang. Bukan ukur lace di badan sendiri tau. Salah tu! Bila dah dapat length yang sesuai, potong la border lace tu ikut kerawang dia bagai..

Kemudian, korang pin kan jarum peniti kat kain yang nak dijahit tu. So that, bila nak dijahitkan tak ada lah bergerak gerak. Kang jenuh nak membetulkan pulak kan. Untuk kali ni aku jahit simple je. Jelujurkan je bendalah tu. Tapi buat la jelujur yang kecik comel ea.. baru tak nampak sangat kalau ditenung dari jauh.

Bila dah sampai tang hujung tu.. buat lah pilihan sendiri macam mana nak kemaskan jahitan korang tu. Nak kelim balik pun boleh. terpulang kepada tahap kemalasan masing masing. HAHAHA.

Sebelah tangan siap dah malam tadi.
Haaa.. itu je la projek hujung minggu aku. Bendanya semua dah done. Tapi malas nak snap gambar dulu. Biar nanti raya baru up gambar. HAHAHA. over tau! Weeekkk.. =P

Gerabak baru

Assalamualaikum!

Happy saturday morning people.

Apa kes dengan gerabak baru??

Ohh..ni nak cerita aku ni dah lama tak naik komuter. Baru-baru ni dapat la naik komuter from bandar tasik selatan ke sg. Buluh..

Teruja sangat nak naik coach baru ni..sebelum ni dapat tengok je dari jauh. Tak tahu condition kat dalam train tu macam mana. Hebat ke idok..

Haaa..gitu lah.

From putrajaya sentral aku naik erl ke bts. Dalam 10 minit gitu sampai la. Then tukar naik komuter. First impression masa naik komuter..eh, bersih jugak. Heee..

Untuk girls..pilih la gerabak ladies coach ye..selesa. semua kaum kita je. Tak ada nak takut takut dah.. Perjalanan semua okay. Just sampai KL tu train jadi slow. Due to hujan kot. Huhu..

Okay..tu je nak cerita. HAHA. Hampeh kan? Tumbuk dinding. Danggg!

Nadha dan udang

Assalamualaikum.

Hallo readers yang budiman lagi baik hati *sebab sudi datang singgah sini* Eheee..

Hari ni..aktiviti memang pack dari pagi sampai petang. Haih..sekala sekali. Tak mengapa lah kan. :)

From le morning aku amik nawi..de brader to beli some barang sikit. At first nak breakfast mekdi. Unfortunately mekdi kat Aeon Bukit Tinggi tu tak bukak lagi..so aku kecewa. Pergi la kami dua beradik ke Giant Banting. Bajet nak minum kat mamak situ je la.. last last situ pun tak bukak lagi. Cibss betul la. Aku nak gastrik ni. T____T

Sudahnya ke Banting la kami untuk mengisi perut sambil beli kek untuk mama's day. Yihuuu~

Back to topic *sabar je la mukadimah panjang*

Tengahari pulak pick up si nobitatata ajak pi mancing udang kat Banting. Adik and Nawi pun harus lah join. Lepak situ lama weyy..tapi best. Sebab kali ni mancing tak kena panas. Yeayyy!

Owner kedai mancing udang tu baik. Siap ajar lagi cara nak dapatkan lesen. Lesen apa? Hehe..kena la tanya tokey kalau nak tau.

Banyak jugak aksi yang kita berempat ni buat. Macam adik membanting udang ke syiling kedai. Haha. Yang best sekali iz bila aku tangkap udang bare hand. Yezza! Tak percaya kan? Hehehe..tak pe. Janji Si Nobita nampak kehandalan aku.HAHAHA. *humphh. Belagak. Flip hair*

Finally bila dikumpul hasil dapat la merasa sorang sikit. Owner tu bagi jugak extra udangsss kat kitaorang. Heee.. thank you bos!

Itu je la kisah kami berempat yang baru first time mancing udang. Dapat jugak skill and ilmu baru. Tokey and brothers yang sporting kat situ ajar. Ngeh ngeh..

SF Beauty Skin :)

Assalamualaikum!

Hari ni mood tak berapa nak ada. Kepala sakit. So hari ni gunakan EL sebaiknya kat rumah.

Tapi aku happy sekejap lepas dengar van airpak stop kat depan rumah. Yahooo! Pencuci muka dah sampai *lompat bintang*

Mesti ada yang kata..'eh, mengada. Pencuci muka je pun.' Yeee..aku tau tu. Barang biasa je. Tapi aku beli barang ni setahun hanya sekali je okay. Itu pasal aku excited. Heh.

Aku double happy sebab purchase kali ni aku hanya bayar half price je. Wanna know why? Sebab aku redeem points babeh. Hihi. Seronok kan kalau macam ni selalu? :)

With that, aku dapat la free sample cleanser tu. Kegembiraan tak stop situ je tau sebab aku dapat jugak free walnut peeling gel and intensive repairing mask. WOW! Hows that happen?

Simple je. Aku cuma follow step yang beauty consultant bagitau. Apa itu? Like page FB sfskinbeauty and share gambar home spa. Only during their promotion je tau baru dapat ni.

Tiap bulan ada special promotion. Best. Untuk lebih info sila lah like their page.

Okay lah. Nak share tu je sebagai keterujaan hari ni. Musim panas ni banyak kan minum air putih. Bai.

Sedar tak sedar?

TULISAN TUN MAHATHIR
MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?
Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya, perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.
Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.
Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.
Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

# aku copy paste dari facebook untuk kesedaran diri

Prebet sapu

Assalamualaikum

pagi sabtu. Esok GE13. Around the corner dah..about 24hours left untuk pikir pikir lagi sapa yang harus dipangkah.

Prebet sapu.

Tetiba masa whatsapp dengan aida 'kak long kajang' tadi terkeluar pasal prebet sapu a.k.a teksi tak berlesen.

Aku mula kenal and guna khidmat prebet sapu ni sejak study kat Kuala Pilah dulu.

Matrik tempat aku study tu..jauh ke dalam sikit dari main road. So, kalau guna perkhidmatan bas henti henti untuk ke kolej sangat la grenyah (payah) sebab kana jalan kaki at the end of the journey.

Even ada khidmat teksi pun masa tu..the real licensed taxi adalah mahal tambangnya..walau selesa. Kami tak mampu. *tak mampu,tak mampu pun..tiap minggu nak keluar outing* HAHA!

Disebabkan kekangan kewangan dan pengangkutan..maka wujud la satu lagi option pengangkutan iaitu prebet sapuuuu..

Kenapa panggil prebet sapu?? Sebab..tak kira apa yang penumpang lain rasa, asal boleh sumbat orang lain,mesti dia sapuuuuu..

Sebagai contoh. Ada sorang uncle cina ni. Dia bawak van. So kalau naik van, kapasiti muatan lebih sikit dari kereta kan? Tapi uncle tu boleh lagi letak kerusi plastik sebagai tambahan kat dalam van dia. So that, yang dah padat tu..boleh jadi mampat.

Jadinya..mana mana geng yang ada ramai ahli tak akan being left behind. Haaa..nampak tak semangat setia kawan kat situ?? Hahahaha..

Prebet sapu ni manusia juga yang bawak. So banyak la perangai yang wangi and haprak. Kena pandai pilih and hati hati. Kepada student yang bakal masuk matrik few days lagi. Sila lah tau situasi ni. ;)

#rindu kmns

Buku pertama

Assalamualaikum

This is my first 'buku resepi' that i ever bought.

Selama ni tau save and print je. Gambar tak menarik kan..so sekarang kita guna buku pulak.

Yyeehaaa..hopefully lepas ni rajin ber experiment kat dapur. Hee..

PRU13 dah dekat. Buang lah undi yg tepat. Okay?

Esok kalau rajin..up lagi entry barang satu dua.

# entry pertama bulan mei 2013
There was an error in this gadget

up