Hantu mat saleh vs Hantu mesia, siapa lagi power!

Assalamualaikum!

Pagi ni nak naik satu entry sebab dengar satu topic menarik kat fly.fm pagi rock crew. Topiknya iz. . .

" hantu mat saleh vs hantu mesia, siapa lagi power"

Hahaha..tersengih-sengih aku gelak dalam kereta on the way pergi kerja tadi. Haha.. Kelakar gilak! Some of callers cakap hantu mat salih tak power compared to japenese and chinese one. Boleh pulak bagi alasan chinese ghost boleh kung fu! Hahaha.. Kalau yang hantu mesia, PRC asik sebut hantu susu dengan hantu tet%# je. Cam hareeeemmm sungguh. Huhu.

Anyway, korang suka tak tengok cerita atau drama seram? macam aku tak. Scary sangat kot. Lain la movie hantu kak limah tu. Cisss.. guling-guling gelak dalam wayang masa first time tengok. Kalau tengok slot seram kat TV pun aku jarang. Drama melayu punya cerita seram memang betul seram. Tak tipu weh..sebabnya kan, environment tu ada je kat keliling kita. T_____T

Tapi kan... ada satu slot kat TV pasal paranomal yang aku minat nak tengok. Sebab tu bukan drama and overseas punya show. Pernah tengok GHOST ADVENTURE? Haaa... aku dengan adik aku memang minat sangat tengok Zak, Nick and Aaron. Malam ni ada show diaorang kat TV.

From left, Nick-Zak-Aaron. The ghost Adventure crew. Source; Google.

Kenapa aku suka tengok cerita ni ye? Mama cakap aku kena tipu buta-buta je dengan mat saleh bertiga tu. Yeke ma?? Ahhh..tak kira. Nak tengok jugak. Tak dapat tengok kat rumah sendiri, aku lari tengok tv kat rumah nenek. Hihihi.. Diaorang ni pakai gajet yang rata-ratanya kat mesia ni tak ada show paranomal yang guna. Canggih. Hahaha..

Serious best show ni.. jom la join tengok malam ni. Jam 8.30 malam kat NTV7. Benda ni pada aku tak ada apa lah sangat. Nak percaya atau tak tu atas individu tu sendiri lah. Kadang orang susah nak percaya sebab tak pernah nampak depan mata. Macam aku, dah pernah terkena. . . so memang aku tau benda tu memang ada. Lets chill depan tv malam ni sambil peluk bantal. Ehehehe..

CHALLO!

Genap sebulan

Assalamualaikum people!

*sigh*

Dengan ini, aku istihar kan bahawa berat aku dah berkurang lagi. Genap sebulan aku dah aku macam ni. Selera makan mati. Fast food, junk food or raw food (lagi lah tak) pun tak dapat tarik minat aku nak makan. Yang aku tau, aku macam malas nak makan. Tak selera. Itu saja.

Makan nasi memang boleh dikira dengan jari seminggu tu berapa pinggan. Kadang, sehari dua tak jamah nasi.   No wonder berat aku turun sangat-sangat. Memang tak dinafikan, aku memang boleh tahan minum air and makan cekedis yang tah pape je untuk survive (elak badan dari gigil lapar).

Selama sebulan ni, regime makan aku macam ni..


  • Pagi - nescafe segelas (memang tak boleh skip minum)


  • Lunch - nasi (makan selalu tak habis) mee/ soup ke pape ke


  • Petang - coffee plus pape yang mama goreng petang-petang


  • Dinner - jarang makan sebab petang dah kenyang


Lately, yang aku sedar, aku banyak makan buah. Tapi tak la banyak sangat. Macam diet pun dah ye jugak. Tapi, i don't think i need that right now. I need to gain weight. So, aku kena follow schedule time makan dengan betul. Tak boleh nak skip makan lagi.

Gila stress pikirkan hal ni semalam. So, aku beli vitamin c yag larut dalam air tu (sebab kadang malas nak kemam yang bentuk tablet). I force my self to eat during dinner last night even aku dah terlelap kat bilik dalam setengah jam. Aku sumbat jugak kentang goreng kegemaran aku tengahari ni walau tekak rasa macam nak stop.

Duhh...Apa la nak jadi dengan aku. Mintak dijauhkan la dari penyakit yang bukan-bukan. Amin.

So, ni la rupa vitamin C aku beli semalam...bagi sesiapa yang malas macam aku, boleh la guna yang ni jugak. Masuk dalam air, tunggu larut then boleh minum. Sekali gulp! pun tak apa. Haha. Letak air tu jangan banyak sangat. Agak-agak half dari mineral water 500ml tu dah sedang elok. Baru la ada rasa. Tak la tawar sangat, mans pun tidak sebab dia less sugar.
Sumber dari google.

Anyway, i wish you all stay healthy and young. Hope aku boleh gain balik kilograms aku yang tercicir tah mana balik by eating accordingly. InsyaAllah.

Confess

Assalamualaikum.

Wednesday lagi people! Last week aku post WW kononnya sebab macam. . . eh, cantik lah no tu semua. Haha.. But today lain sikit. It is about confession.

This is about me. Yes, me. The person who cannot tolerate when she don't want to.

Kebiasaanya, aku akan straight forward dengan feelings aku. Mana yang dah kenal aku bertahun-tahun, mesti dah masak dengan perangai aku.

Kalau aku kata, aku tak suka. That's it. Aku serious and i really means it. Kalau yang baru berjinak-jinak kenal dengan aku, mesti akan kata aku ni serious sangat dalam tone gelak dia. Then, i would say  'yes, i do.'

I will not bias bila mana aku rasa tak berkenan. Tak kesah la pasal apa orang fikir or how people will treat me after that. I really don't care especially when those people don't have a brain to think about others  or me.

Tak kira la... dengan kawan lama ke, kawan baru even adik beradik pun.. aku memang macam ni. Kalau tak ada mood nak layan orang untuk hari tu, aku memang tak bercakap pun dengan sesapa. Baru rasa adil.

Kalau ada yang rasa dah cukup masak dengan perangai aku, congratulations to you. Perempuan kadang-kadang mood fluctuates macam saham. So am i. Unpredictable jugak kadang-kadang.

Treat me well, i'll appreciate you in better way. So, itu saja confession aku untuk hari ni. TQ.

Double U

123!
Wordless Wednesday 17/10/12

# Motif sangat. 123 entries and age is 1+2+3! And this was published on 10/17/12 3:02 PM.

DAEBAK!


                                     

Penangan Banjir Kilat Dalam Opis

Assalamualaikum. . .

Heyy korang! Hari ni aku ada satu story nak share. Ini kisah benar. Panas lagi ni. . .Hee ^^,

Actually, hari ni aku stay back kejap kat opis. Tak seperti selalu, asal jam pukul lima je terus aku out you go. Haaa. . . disebabkan petang tadi hujan yang amatlah lebat, sampai gelap langit semua aku pun decided la nak stay dulu sambil settle-kan kerja-kerja yang ada. Itu pun sebab ada geng, kalau tak. . . hareeemmm.

Lepas tu, aku pergi la ke depan opis nak fax something. Sambil tunggu-tunggu fax yang tengah queue tu, mata aku pun melilau lah. Usha-usha apa yang menarik. TIBA-TIBA!!!

Aku nampak macam bayang air mengalir masuk dari sliding door. Mula-mula aku ingat it just a shadow. Tapi bila aku dekatkan muka dengan cermin pembahagi opis, it was true yang air mula membanjiri front office. Aku pun cakap la dengan cool-nya to the person yang tengah fax tu. . .

'Eh, i rasa office ni masuk air lah.'

Terus mem tu ambush office yang tak ada orang tu. Bila tengok dia keluar ke balkoni dengan hujan yang tengah lebat, aku pun jadi panic. Imagine dengan lagu panic at the disco sebagai lagu background, aku lari ke belakang opis mintak SOS dari geng lain.

Sepantas kilat air masuk ke second area opis tu. Serious, aku dengan yang lain berhempas pulas cedok air lempar ke bawah. Sambil mencedok tu, sempat lagi kitaorang bergelak senda. Yela, macam mana office yang duk kat tingkat paling atas boleh banjir kan? Ada kelakor tak kalau di pikirkan? HAHA. . .

Air melimpah ke ladang gandum

Fuh, penat betul la petang tadi. Macam exercise pun ada jugak. Habis sakit pinggang aku. Kaki pun sakit sebab position kekuda yang salah. Haha.. Penangan banjir kilat dalam opis lah katakan. . .

Bila hujan dah reda sikit, kitaorang pun check la apa punca air boleh naik. After investigation, rupa-rupanya saliran air hujan yang kat luar tu tersumbat dengan MOP! Haaaa. . . mop tu, i tell you. Ganas tak ganas mop tu duduk lemas kat situ? HAHA. . .

Air yang mula berkurang.

Lokasi jumpa mop buruk!

So, morale of the story ialah lubang salur air bukan tempat pelupusan sampah. Bila hujan lebat datang, haaa. . . tu makan dia! opis yang paling atas pun boleh banjir. Ingat kau duduk paling atas sudah selamat dari banjir??? Pikir balik lah ye. . .

Mujur sangat lah benda ni berlaku masa kitaorang ada kat opis and aku sedar awal. Thanks kepada aku atas sifat mata yang suka melilau. Hihi. Cuba imagine kalau nobody ada or benda ni jadi masa sabtu ahad. Tak ke jadi akuarium opis aku tu. Eh, jadi wetworld best jugak. Eheheh..

Okay lah, itu je coretan untuk hari ni. Thanks for spending your precious time here. Bai!
Tarikh cantik 12|10|12

Sepetang di Kuala Selangor

Assalamualaikum dunia!

Entry kali ni aku kasi naik waktu malam. Haaa..jarang nak nampak aku online waktu malam macam ni. Almaklumlah . . . aku ni asik ngantuk je kerjanya. HAHAHA. . .

Malam ni aku nak share gambar je sebenarnya. . . tapi nak describe jugak lah sikit pasal aku ke mana dan mengapa aku ke sana.

Baru-baru ni. . . tak baru sangat la pun. Telah diminta pertolongan dari aku (wahh. . . ayat melayu klasik) untuk mengambil sang adinda kazen yang menetap di Kuala Selangor. This is the first time aku pergi ke sana. I drove by my self, accompanied with my brother and another cousin.

Kalau drive dari bandar Klang ah senang sangat lah. Cuma masuk ke roundabout yang kat Klang tu, cari susur ke Kapar. From there, kau setereeeeetttt lah aje sampai lah kau ke Bukit Melawati. Perjalanan nak ke sana dari bandar Klang about 30-40 km je. Tapi disebabkan aku ni baru balik kerja, aku mengambil masa dalam 2 jam lebih sebab ada 2 pit stop aku kena tempuh. (Putrajaya-Olak Lempit-Pandamaran-Kuala Selangor)

Before aku sampai ke rumah tumpangan kazen aku stay, aku pun menyinggah ke bukit yang femes dengan sejarah zaman silam. Walau dah nak maghrib, aku gagahkan kereta kuda aku naik bukit tu. Yela, sekali ni baru nak sampai Kuala Selangor kan. . . nak sampai lagi tah bila. :)

Sebab jakun tengok beruk yang sangat mesra rakyat, sempat lah jugak aku snap gambar barang sekeping duabelas. . .Hew.hew.hew. . .

Monkey and the human. Band terbaru. Haha :D

Model tiang terbaru tahun 2013.

Nina and LJ tiruan! Haha

Ketua askar.

Bajet artistik lah sangat! HAHA

Sesat jalan, tengok peta.

Askar yang sopan. Hihi
Okay lah. . . tu je la yang aku nak share. Be prepare for the upcoming entry. Challo!

Momotifs

Assalamualaikum..

Jawaabbb..jangan tak jawab. Haaa.. bila jawab salam siap w.b.t. jangan lah kita pelik pulak. Kan memang se-eloknya kita jawab lebih panjang dari salam yang di beri. Ye dokk?

MOTIF 1

Apa yang aku nak entry-kan hari ni? actually tak ada apa sangat pun. cuma nak release kan a few stress yang bersarang kat otak aku yg macam mula nak lembab.

Semalam bila member sebilik aku called tanya pasal international business yang pernah dipelajari duluaku jadi . . . Hah? kau nak aku response on the spot ke beb? method to acquire technology? alamakaihhh... sumpah tak boleh jawab. Memang merapu lah aku jawab. Then, aku cakap. . . let me text you the answer after i do some google-ing.

See? aku sangat exam oriented. Padahal, tiap kali masuk kelas dulu aku selalu niat belajar untuk learning bukan untuk exam. Niat tu selalu aku ulang-ulang even tengah dengar lecturer explain things kat depan. Haaa..nampak tak yang aku kurang concentrate kat situ? Tak guna la niat yang kau ulang-ulang tu cik nada oiii..

Bila ma tanya tak nak belajar lagi ke.. i do nak sangat ma! tapi, let my brothers and sister finish all the things dulu. Bagi laluan kat diaorang ni rasa belajar tinggi-tinggi.

MOTIF 2

Bila jadi kakak, aku tak boleh pentingkan diri sendiri. Susah tau jadi kakak...tanggungjawab besar. Ada dua je benda bila ujungnya nanti..terpikul atau tak tanggungjawab tu.

Bila tengok orang ada adik angkat lah bagai.. aku pikir apa fungsi ambik adik angkat tu..even kakak angkat ke hapa.. apa relevennya ber-angkat-angkat? Seingat aku adalah jugak sekali kakak senior buat aku adik angkat dia. Masa tu aku darjah satu. Masa tu aku comel kot..tu yang orang nak amik jadi adik angkat. HAHA.. Lepas-lepas tu.. ahhh..mana ada dah. Sebab?aku agresif kot. Maybe.. aku tak hadap pun nak ada kakak angkat or abang angkat.

At the end, the first one yang kita nak mintak tolong iz adik beradik sendiri. Gaduh macam nak runtuh rumah sekali pun, tu tetap adik beradik kita. Bukan orang luar yang claim jadi adik/kakak/abang kita. Nak buat baik dengan orang pun biar la berpada. Moga Allah rapatkan kami adik beradik. Minta Allah bagi lah kejayaan kat adik aku semua. Aminn..

UNexpected.

Random post. Dedicated to nobody but to my self.

Its so unexpected. Things don't usually goes like we've planned. 

Intruders! That's i hate the most. Please go away. 

You are not welcome.

Basically,

We don't do things we don't like to be happen to our self.

When it does happen,

We'll be mad. Upset. Too add up, STRESS!

Even looking at the good side, still

We can't sleep. can't breath properly. can't think like normally.

Mouth keep on zikir but head think other thing.

In the end,

Seeking for forgiveness .

Like the weight above the head becomes lighter.


There was an error in this gadget

up