Chapter : Quitter? am i?

Haiii..
Suppose waktu ni aku tengah tunggu masa untuk di-interview (maybe). Tapi aku cabut dari tempat interview itu. Hehehe.. Teruk kan aku ni? Hmmm..at first memang aku nak gi interview ni. Tapi bila semakin dekat hari yang sepatutnya (30/12/2011) aku jadi makin tak sure. Entah. Malas dan tak berminat. Huuuu..


Ceritanya macam ni.. aku dah ready dah nak di-temuduga-kan. Borang dah isi, attire dah okay and dah sampai pun kat depan tempat yang sepatutnya. Hati aku kata dengan kuatnya tak payah pergi. Tapi sebab Emma dengan Kak Nat yang teman kata 'cuba-lah dulu' aku pun masuk.


Melangkah masuk ke dalam lobi aku macam 'haaaah! ramainya candidates'. Bila nak habis kalau macam ni?? Tapi tak apa lah. Aku dengan members aku ni pun tunggu jap la 5 minit. Lepas 5 minit members aku ni kata nak balik opis jap ada kerja nak kena buat. Okaylah, aku nak go on je. Aku pun borak-borak la dengan one of candidate kat situ (nak buat kawan, tak ada la borings sangat).


Suddenly, emma called aku. Katanya tiket parking ada kat aku. Aku kena hantar kat dia yang dah kat luar pagar tempat tu. Emmm..okay. bagi aku that's the sign yang bagitau aku tak payah tunggu no longer. Lepas mintak number phone (budak yang aku sembang tadi tu) aku pun blah.


Aikk? belum 15 minit duduk situ dah blah? mesti ada orang tanya aku macam tu karang ni..huhu..Emm..there are few reasons yang buat aku rasa malaaasss je nak attend session ni. And sebab-sebab tu aku dah explain kat Kak Nat kenapa aku quit from the session. So far, aku belum rasa menyesal lagi dengan apa yang aku dah decided. Hopefully i'll be never regret about it.


Since one of new year resolution aku adalah untuk dapat kerja baru. Kerja yang better dari yang present ni. So, aku rasa aku kena keep going apply kat mana-mana yang sesuai (as mention by encik someonewholovesme). Tak apa Nadha, u've got plenty of time to ensure your dreams come true (encourage diri sendiri.hehe) Thank you for people around me yang support aku. I love u all lah! Haha.


Okay-lah. Till then, babai.

Chapter : Pesan nenek.

Pagi tadi, masa nak pergi kerja.. aku nampak nenek tengah bagi itik minum kat reban. So, aku stop by sebab nak tegur nenek. Mula-mula nenek tak perasan aku duk perhati dia, bila dah dekat baru dia nampak aku duk senyum-senyum kat dia. Pagi ni nenek tak pakai spect dengan gigi palsu. Heee.. Conversation between nenek dengan granddaughter adalah seperti berikut...

Aku:            Nenek buat apa tu?
Nenek:         Bagi itik minum. Nak pergi kerja ke?
Aku:            Ha'a. (diam kejap) Along bosan la nekkk..
Nenek:         Pergi la shopping. (amboi, speaking nenek aku ni. gelak dalam hati)
                   Jalan-jalan ke...
Aku:            Ni tak ada.. (sambil buat isyarat $$$ guna tangan)
Nenek:         Apa yang tak ada.. Kau kerja. Tiap bulan gaji. Tak kan tak ada langsung.
                   Apa guna cari duit kalau tak guna.
Aku:            ...(diam).

Nenek:         Kita kalau dapat sikit (rezeki) syukur..Kalau dapat banyak,
                   Alhamdulillah.
Aku:            ...(betul gak, duit bukan boleh bawak mati).
Nenek:         Nenek ni pun bertahan je. Tunggu nak cium cicit. (err..terubah topic
                   pulak nenek ni)
Aku:            J Anak abg Alil kan ada.
Nenek:         Nak bernafas pun payah. Rasa macam cucuk dengan benda tajam je bila
                   bernafas.
Aku:            Nek, dah la..gi masuk sana. Tu kat tangan tu nyamuk dah kenyang gigit
                   nenek.(aku pulak ubah topic.huuhu)

pappp!nenek pukul mati nyamuk tu.

Nenek:         Alaa..kat dalam rumah pun sama. Ada nyamuk jugak. Pasang kipas pun
                   Ada jugak nyamuk tu.
Aku:            Nanti gi beli kelambu ea. Boleh tidur tak ada nyamuk. Hee.. okay la
                   nek, along gi dulu ye..

Jarang borak dengan nenek one-to-one macam ni. Rasa sedih bila dengar nenek cakap macam tu. Sayang sangat kat nenek. Nenek la yang jaga aku masa zaman aku sekolah tadika. Nenek, i love u!

Chapter : Karangan musim cuti sekolah

Salam Maal Hijrah semua J

Semalam, hari Sabtu kitaorang berkumpul pagi-pagi dekat depan rumah Seha. Plan asal nak gerak dari rumah Seha start pukul 9. Tapiiii.. almaklum lah, kami ni agak kurang nak menepati masa sikit. So, kitaorang gerak lebih kurang pukul 9 setengah. We’re heading to Silk Highway (guna google map) sebab kononnya nak gi ke Sungai Congkak. However, kami TERsesat hingga ke Sungai Long.

After that, kitaorang try pulak guna GPS. Patah balik ke jalan asal masa masuk Sungai Long tadi. Atas sebab percaya kepada GPS jugak la kami redah pasar sabtu kat tengah alam. Hahaha. Ikut punya ikut GPS ni, kitaorang pun sampai la ke Pandan area. Aikk.. tak kan la nak ke Sungai Congkak kena lalu MRR2 pulak kan?Hmm.. Tak boleh jadi. Tak boleh jadi.  So, kitaorang pun buat U-turn. Kat hujung kawasan U-turn tadi tu ada polis pulak buat block. Baaa..chak! Kereta yang aku tumpang kena tahan kat tepi jalan. Haihh..apa salah kitaorang? Seatbelt pakai dah 5 saat yang lalu. Apahal pulak ni.. After polis tu pusing-pusing kat kereta, dia lepaskan kitaorang. Alhamdulillah tak kena saman!

Disebabkan tak berpuas hati dengan hasil GPS tadi, kitaorang reset balik destination. This time, konvoi di-lead oleh Memen. Drive punya drive..sampai la kitaorang ke Sunway. Makkk aih! Mana nak datang sungai kat area sini. Sunway Lagoon ada la kot. Haha. After calling calling Memen, we (kereta Farhana) decided nak lead the way balik. Keluar balik ke LDP and pergi putrajaya balik dengan harapan untuk mencuba nasib ikut jalan lama.

Actually, ikut jalan lama ni pun main agak-agak je. Tak salah kan kalau kita try and error? Hahaha. Syabas buat Farhana sebab terror dalam ilmu jalan – jalan cari tempat. Hihi. Tahniah jugak kat diri aku sendiri sebab rajin bertanya sesat jugak. Bhahaha. Sudah hampir jam 2 tengahari, akhirnya kitaorang sampai la kat Sungai Tekala. Aikkk? Sungai Tekala? Tadi kata nak pergi Sungai Congkak? Bukan apaa..sengaja cari air sungai yang dekat sebab masing masing dah tak larat nak teruskan journey ke Sungai Congkak. 4 jam setengah kot duduk dalam kereta nak ke sini. Pungkoq pun naik keras!

Alhamdulillah..sampai – sampai je, hujan turun sambut kami. Hehehe. Lepas bayar and amik tiket, kitaorang bergerak ke dalam huuuuutannn. Ececehh..nipu je! Mak datoookkk..tak larat dah masing- masing nak naik tangga. Penat woooi! Sampai je kat wakaf, terus masing-masing sambar sandwich yang Seha buat. Nomnomnom..blurp! lupa baca Bismillah..ish,ish,ish..anak sapa la ni =__=”

Then, start la proses membakar ayam. Nak hidup kan bara api, MasyaAllah..punya la payah. Dok terkipas-kipas, sampai kipas pun koyak. Aiyaakk! On the other side, mereka terkial-kial nak pasang khemah. Haha...nampak sangat all of us lack of skill dalam ilmu pengakap. Ngam-ngam api mula nak besar, hujan pun turun dengan lebatnya. So, we all pun main la hujan. Wuwuwu.. Belum mandi sungai, kami dah lencun. Habis makan, kami terus kemas – kemas sebab nak turun ke sungai merendam badan. Brrrr.. sejuk siot. Dah la baru lepas hujan, air sungai pun nyaman je macam air sejuk keluar peti ais.

Before pukul 6 kitaorang dah gerak keluar dari sungai nak salin baju. Hari dah makin gelap. Hati dah mula kecut sebab takut gelap. Cepat cepat kemas khemah and the other stuff and caboot. Sampai je kat pintu masuk, pagar besar dah tutup. Ohhh..no wonder la dah tak ada orang lain. Lepas solat, start kereta terus balik. Balik malam- malam macam ni memang kena waspada. Jalan gelap, berbelok-belok pulak tu. Drive punya drive, Farhana cakap ‘aku rasa, kita salah jalan’ Hadoiii..nak balik pun sesat. ‘tak pe, kita terus je sampai hujung jalan’ aku decided. Finally, jumpa jalan keluar, tempat kitaorang sesat masa nak datang. Huhuhu..selamat! Betul lah kata ayah, tak pe kalau sesat. Itu satu proses pembelajaran :D


Catatan memory,
nadha-seha-farhana-memen-jannah-pah-not to forget wani J

Chapter : Random Friday

Today is Friday.

Yess! esok cuti. Tak sabar nak tunggu hari besok sebab nak chill dengan geng zaman sekolah yang sangat sangat besttt. Hope semuanya berjalan dengan cun-nya as pelan asal aku. Everybody dah dapat apa yang patut diaorang bawak. I'm really really excited with this. Sebab sangat susah nak gather orang penting macam they'll ni. Saat ni, discussion yang kami buat only through phone calls and texts. So, for this moment both celcom and maxis aku sangat sangat penting. Pesanan untuk diri sendiri 'jangan lupa bawa phone ke mana saja' because lately aku telah menjadi seorang pelupa. Tapi dah janji dengan mister yang sorang tu untuk tidak careless lagi. InsyaAllah.

Till then, take care!

Chapter : Tudung Tweet

Hai hai hai...

TweetJER.  FaceBACK. What the heck? Haha.

Malam tadi tengok cerita melayu kat TV9. Tajuk dia SI TUDUNG TWEET. Best woo cerita tu. Kelakar & comel. Memang lain dari drama yang selalu aku tengok. So, kesimpulanya, The simple Zubaidah - Trendy Zubaidah - The simple Zubaidah again. Drama ni ada bagi mesej yang straight to the point. I like! Hehehe... 

*Transformation tu memang bagus kalau kita pandai handle and manage it.

Chapter : Umpama dot dot dot


Internet lembab.
Siput vavi bergerak lagi laju.
Sekian   =..="

Credit to google.com

Chapter : M i S S. Ehem! baca dulu

M - Mesti

i - Ingat

S - Si dia

S - Selalu

Ahaha.. apa aku mengarut ni. Finally, dapat jugak aku update satu entry kali ni. Lately kalau aku nak update, dapat buat kat office je. Itu jam, idea pun tak ada dah. Kat rumah ni sekarang line selow-melow sangat. grrr.. Macam la dah duabelas bulan tak bayar bil. Muahaha.. rindu nak taip - taip yang tah pape kat blog syok sendiri aku ni. Harap feminatfeminat (puihh..mana kau ada fans!) tak lupa singgah jenguk sini ea. Haha.. fans tu apa? kipas ke? Okay lah. Till then, babai.

*hidupkan kipas bila panas. jangan asik nak kipas orang je*

Chapter : Monolog #1

Masa kecik-kecik
Buat tu tak boleh, buat ni tak boleh
Bila dah besar
Benda yang sama akan didengari

Tapi
Bila dah boleh pikir mana buruk, mana baik
Bukan ke boleh di anggap 'besar'?

Tak
Tak ada kepercayaan kat situ
Maka
Kau akan di anggap kecik sampai bila - bila
Fullstop

*Tak suka bila kena ugut & tak suka bila kena buat sesuatu dengan tak ikhlas

Love sangat fool



Dear, I fear we're facing a problem
you love me no longer, I know
and maybe there is nothing
that I can do to make you do
Mama tells me I shouldn't bother
that I ought just stick to another man
a man that surely deserves me
but I think you do!

So I cry, and I pray and I beg

Love me love me
say that you love me
fool me fool me
go on and fool me
love me love me
pretend that you love me
lead me lead me
just say that you need me

So I cried, and I begged for you to
Love me love me
say that you love me
lead me lead me
just say that you need me
I can't care about anything but you

Lately I have desperately pondered,
spent my nights awake and I wonder
what I could have done in another way
to make you stay
Reason will not reach a solution
I will end up lost in confusion
I don't care if you really care
as long as you don't go

So I cry, I pray and I beg

Love me love me
say that you love me
fool me fool me
go on and fool me
love me love me
pretend that you love me
lead me lead me
just say that you need me

So I cried, and I begged for you to
Love me love me
say that you love me
lead me lead me
just say that you need me
I can't care about anything but you

(anything but you)

Love me love me
say that you love me
fool me fool me
go on and fool me
Love me love me
I know that you need me
I can't care about anything but you

Chapter : Tahniah untuk diri sendiri.

The 35th UPM Convocation
Tahniah NADHA !

Me and the couple

Up.Up. here we go!

Again


Chapter : Pika datang opis :D

Hello! meet PIKA. The  female sugar glider own by Cik Kirana a.k.a Kak Nat.


Kawaiii bukan?

Memula mak Pika keluar kan dia dari kantung tidur dia, Pika melolololong~ *makkk..pika takuttt*
Pastu mak Pika bagi makan yogurt. Laju-laju Pika makan pastu nyorok balik dalam beg kantung dia. Hihihi. Comel la Pika ni. Bila nak ajak main, dia kasi yayak and wiwi kat semua yang pegang dia. Huhu. Aku pun tak terkecuali jugak! Kesian Amanda =..=" tapi Amanda cool je. Hiahaha.

Okay la. Nak cerita tu je. Babai.

Chapter : Story part 1

Imagination story...

Satu hari, aku lalu kat depan kedai gadjet ni. Lepas dok usha-usha, apek kedai tu tanya kat aku...

Apek : u orang sini ke?
Haku : what do u mean?
Apek : means that, are u local people?
Haku : yeahh.. i am. whats the matter?
Apek : ohh..nothin' i just asking
Haku : =__=" (nak cakap haku hindon ler tu)

Haku tarik muka dan blah after that. Hoii ada apa? nak cakap tu, cakap je la. i don't mind laaa. Huhu. Kau rasa apa apek tu pikir pasal haku ea? Hmm.. keep wondering.

Chapter : Birthday wishes!

Some like Sunday some like Monday however today is Friday and its your birthday... Happy birthday my sweetheart.


no matter what, i'll be standing right next to u :)


Chapter : Preparation towards convocation day.

Hey ya! kawan kawan seperjuangan. wassup wassup? Apa cerita nak konvo ni? Mesti eksaited kan...
Tapi before tu, kau dah isi kajian yang diaorang mintak isi tu? semua ada 2 kajian yang kita kena isi. benda ni WAJIB tau! Isi, pastu print slip dia. Simpan. Nanti time nak amik jubah, bawak tau. Jangan lupa slip bank sekali. Kang depa kata kita tak bayar lak. Huhuhu.

Link yang berkenaan ;
1. http://graduat.mohe.gov.my (ni aku tak reti. Ada sapa tau?)
2http://www.alumni.upm.edu.my/tracer2011/index.php


Okayyy lepas isi tu kita akan nampak benda alah ni


Only if kita click TAMAT baru dia keluar ni.

Okayyy?? dah siappp.. Yeayy! In three weeks kita jumpa lagi ye kawan kawan. Jangan lupa tau 19/10/11 (Rabu). Okay la, nak sambung kerja la. Ba-bai.

Chapter : Hari tanpa kereta sedunia. Boleh ke kita?

Assalamualaikum wahai planet bumi. Hari ini hari tanpa kereta sedunia. Kau tau tak? Kalau tau, kau memang peka. Kalau tak, pekak kot. =___=". Okay, okay... apa akan jadi kalau tak guna kereta sehari. yess, untuk sehari je. Boleh ke? Haaa.. bagi yang dah biasa guna public transport mesti kata 'alaaa..benda kecik je tu. Tak ada hal lah!' TAPI... bagi yang memang tak biasa and tak reti. They all akan kata 'alamakk...susah la hidup aku nanti' or 'hok aloh, punoh'. Betul tak? Betul tak?

Masa aku on the way to office pagi ni by CAR, ramai yang blame public transport ni tak effecient lah, lambat lah, tak masuk area tempat tinggal lah and banyak lagi alasan alasan yang aku rasa memang boleh diterima pakai untuk menjadikan rakyat Malaysia ni khususnya tak nak sahut hari tanpa kereta sedunia. However, aku rasa warga kota patut join hari tak ada kereta ni sebenarnya. Nak tau kenapa?? sebab kat town-city ni facilities cukup, aku rasa complete dah. Apa nak? Bus? LRT? Monorail? Komuter? semua ada. nak compare dengan orang yang duduk kat rural area. Ada ke diaorang dapat naik ulat gonggok besi tu? Diaorang ada kapal terbang je weh. Hohoho..Ni beza orang yang stay kat city dengan orang yang stay kat village.

Dah tu, macam mana gamaknya kalau tak ada kereta ea? Nak tak nak memang kena gerak naik kereta. Tak kan nak gi beli barang kat econsave pakai beskal fixie lak kan? Haaa.. apa kata econsave tu sediakan perkhidmatan hantar barang ke rumah dengan charge yang sangat murah. Boleh tak kau agak agak? Hmmm..bernas gak idea aku kan? Haha.

Okay, kita move kat faktor seterusnya. Aku rasa musim musim hujan ni elok la sangat kalau kita drive je. Hujan pun tak kena. Sebab apa aku cakap macam tu? Biasanya kalau kena hujan (nak nak hujan panas) biasanya kita akan demam. Ini akan meningkatkan kadar pesakit luar and simultaneously income clinic klinik akan naik. So, mana lagi baik? prevention or cure? Hmm..pikir la sendiri. Besides, kalau dah kena naik motor dan hari hujan, kita akan datang kerja lambat sebab tunggu hujan teduh. Dengan itu, productivity akan terjejas. (Kalau takut jammed, off je untuk sehari. Hahaha)

Cuba kalau kita sahut hari tanpa kereta sedunia ni ramai ramai. Apa yang akan berlaku? Paling kuat pun percemaran udara kurang untuk sehari dua. Tapi kemalangan? tu aku tak sure. Sebab yang naik motor ni pun antara penyumbang kemalangan kat negara ni. Emm.. apa lagi ea? hah! time ni la taxi akan untung besar. Mana taknya, orang ramai berebut rebut nk naik cab. Time ni la rezeki diaorang akan mencurah curah. Alhamdulillah bagi pihak diaorang.

Eh, nampak macam aku tak nak sokong hari tanpa kereta pulak kan? Aku bukan apa, selalu sangat kita bagi opinion kebaikan kempen macam ni. Memang la untuk mother nature. Ini cuma point of view aku. Nampak macam tak significant, tapi aku rasa ada betulnya. Okay la fellas, aku dah tak tau nak type apa. Tadi before makan macam banyak idea. Tapi, bila dahn ngantuk ni, otak aku agak ter-sleep so idea dah melayang layang tah ke mana tah. Take care ye! Hati hati drive tu. Babai.

Rihanna Ft NeYo - I Hate How Much I Love You (With Lyrics)


Song of the day. Enjoy!
:)

Chapter : Birthday girl.

Ehem! music please.

Happy birthday to u... (2x)
Happy birthday to Aidaaaa...
Happy birthday to u :))

Yang gojess tu Aida.
Yang macam sotong tu Amanda sengal.

Aida is my ex- roomate. my beloved buddy. my future sista-in-law. Hahaha.. tipu je. Aida kawan kesayangan aku. Aku kenal dia sejak dari kecik lagi (ni memang tipu) sebetulnya start dari 15/5/2006. First aku jumpa dia dalam bilik 1.1.12 (bilik kebanggaan kami). Aku ingat lagi mummy Aida bawak kek datang kolej masa tu sebab nak celebrate birthday kak long yang sorang ni. Sekarang dah tak dapat celebrate bersama lagi. Kita jauh ber-kilometrico. Tapi our friendship still remains. Betul tak Eid?? Hehe.

Anyway, apa yang aku harapkan kau happy dengan life kau. Stay cun and humble like always. Berjaya dunia akhirat, insyaAllah.

Chapter :Public holiday.

Hey! Hey! Hey!

Satu Malaysia hari ni la wehhh.. hari cuti untuk rakyat tanah malaya ni. Aku sukaaaa!!! three days dapat rehat dengan senang hati. Lalalala... So, untuk hari yang indah permai ni.. aku bangkit tidur dengan eksaited sekali. Kenapa perlu eksaited pulak? Ini sebab aku mahu ber-jogging and berjalan also bersenam. yeay yeahhh!

Huishhh.. nak di jadikan cerita, memang dah lama aku tak menggerakkan otot otot yang lembik lagi lemau ni. Haha. Last aku ber-jogging masa dekat kolej dulu. Dengan Nija. Hehe. Berkarat dah semua sendi aku ni rupanya. Hahaha. Baru satu round jog, dah sakit abdomen aku. Adehh penat la, tak biasa la katakan. Tapi not bad la untuk hari ni. Benchmark untuk hari ini ialah 7 kali pusingan, 80 times star-jump and 9 sit-up. Time sit up ni memang aku dah tak larat. Al-maklum lahh.. tak biasa. T____T  HUHU. 

Tapi, part yang tak bestnya bila ada yang duduk duduk tu duk usha orang ber-jogging. Kalau takat usha je tak apa la. Ni siap kasi kutukan yang tak berapa nak memberangsangkan. Memberengset ke gue adalah! Hello cik kak, kau ingat, orang yang kat belakang aku tu siapa?? ingat mereka yang kat belakang aku tu tak dengar ke apa yang kau bebel kan? Diaorang tu adik adik aku laaa.. and opkos dia akan cerita kat aku yang kau tu kutuk aku. chelaka sungguh mulut mu itu. puihh. Buat rugi je kau datang jogging. Aku notice la yang kau tu baru se-round dah surrender (aku lagi terer la wehhhh!!!hiahahahaha)

Next week, InsyaAllah aku dengan officemates aku nak ber-eksesais bersama sama after office hour. Jom join kami. Yok laaaa... best tau kalau ramai ramai ber-jogging. Baru ada semangat berlumba lumba. 

Aku tak tau la semangat aku ni sampai bila. Hehehe. Hopefully consistent la ea. Jangan hangat hangat tait minyak je. Soooo... okay lah. Sampai sini bulu dulu. Aku nak berehat rehat sebab petang ni nak mencuci kereta. Babaisssss. =)

Chapter : Quoted #1


NINE WORDS WOMEN USE
1. Fine: This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

2. Five Minutes: If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the football before helping around the house.

3. Go Ahead: This is a dare, not permission. Don't Do It!

4. A Loud Sigh: This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer quickly to No 9 for the meaning of nothing.)

5. That's Okay: This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

6. Thanks: A woman is thanking you, do not question, or faint. Just say you're welcome. (I want to add a clause here - This is true, unless she says 'Thanks a lot', which is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say 'you're welcome' - that will bring on No. 7).

7. Whatever: Is a woman's way of saying, "F-- YOU!"

8. Don't worry about it, I got it: Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking 'What's wrong?' For the woman's response refer to No. 4.

9. Nothing: This is the calm before the storm. This means something, and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in "Fine".

source: http://www.fun-with-english.co.uk/2009/03/nine-words-women-use.html

Okay, secara am nya memang aku selalu guna words yang sembilan ni. Hiahaha... aku tak tau la ni fact ke auta. Apa pun, lelaki-boy or what so ever sila amik perhatian dengan benda-alah ni ea. Sharing is caring. Okay, bai.


Chapter : Oh... baru aku tau!

‎"Aku terima nikahnya dgn si dia BT si ayah dia dengan mas kahwinnya RM.." bunyi mcm senang? nah ni erti sebenarnye:
“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku" quoted from my friend's FB wall.


It's not just a simple phrase man. Seriously. Think back. Are you ready enough?

Chapter : Kasih Alia.


Salam satu syawal buat kamu, kamu, kamu dan kamu.
Raya kali ni aku sekeluarga dikejutkan dengan berita anak buah aku yang baru je eksiden pada malam raya.
Memang dah bertahun aku tak jumpa Alia si kecik comel ni.
Ada la dalam 3 tahun macam tu.
Sekarang umur Alia dah 4 tahun 7 bulan.
Badan kurus, tapi tinggi.
Sebijik macam ibu dia.
J

Kasihan Alia...
Tulang kaki dia retak.
Dahi dia bengkak.
Tiap kali nak belai dia, dia nak menangis.
Sakit sangat, mungkin.
L

Alia teringin makan KFC.
So, atok Alia pun belikan dia ayam goreng.
Masa tu, baru nampak ceria sikit si Alia ni.
Bila kami nak balik, Alia lagi seronok sebab dapat angpao.
Akhirnya, nak jugak Alia ni salam dan lambai kami.

Alia...
Jangan lupa cik Hawa ea.
Cepat sembuh tau.
Jadi budak baik besar nanti.
Jumpa lagi Alia, babai.

Be strong, Alia!

Chapter : Yeay! thank u encik postman.

Good day people!
Meriah betul malam ni.
Bedentam dentum bunyi merecuuunnn.
Entry laju ni ditujukan khas buat encik postman,
yang saban hari tak jemu hantar surat.

Thank you ye encik postman!
sebab hantar barang pesanan saya dengan pantas.
Anda sangat efficient.
Order barang and made the payment hari selasa,
Rabu dah sampai pun pesanan tu.

Finally, dapat juga beli baru.

Encik postman, terima kasih ye sebab hantar
the only one card raya untuk tahun ni.
Terharu pada si penghantar. Thank U Ziema!
Berguna jugak alamat yang kau mintak banyakbanyak hari tu ea.
Lepas ni hantar la pulak walimatul urus ea. Hehe.


Kad comel. Tulis pakai warna luna. XD

Okay, cukup dulu kat sini.
Ada banyak lagi bahan nak share.
Tapi tak tau la sempat ke tidak. Haha.
Orait, jumpa lagi.

Selamat hari raya!
Maaf Zahir Batin.
Ikhlas,
Nada.

Chapter : Attire for raya?

Hello! and salam malam raya.
Quick entry untuk raya besok..
How are u? Preparation siap dah?
Kalau dah, bagus. If belum macam aku tak apa.
Chillax dulu, malam masih muda. HAHA.


Apa theme untuk baju raya kauorang tahun ni?
Family aku pilih warna silver vs. kelabu.
Tahun ni aku tak ada baju baru warna kelabu.
I just recycle baju dinner bulan March hari tu je.
Simple kan? Jimat. Hmm.. yela tu nadha.  =___="


Baju kedua untuk raya 2011 ni warna apa ea?
Aku pun tak reti nak sebut. Huhu.
Ni je la baju baru yang aku ada.
Mujur ada yang sponsor. Hehe.
Mama ada beli kain ela, tapi tak sempat nak jahit.
Tak pe la, Along tak kesah pun ma.


Okay, aku nak main mercun pop pop dulu.
Nak tolong Nawi pasang damar=pelita.
Nanti aku nak update lagi.
Babai dulu. Daaaa~


Please select one.
Kalau betul, aku bagi duit raya. Hehe.

Chapter : Yeay! thank u encik postman.

Good day people!
Meriah betul malam ni.
Bedentam dentum bunyi merecuuunnn.
Entry laju ni ditujukan khas buat encik postman,
yang saban hari tak jemu hantar surat.

Thank you ye encik postman!
sebab hantar barang pesanan saya dengan pantas.
Anda sangat efficient.
Order barang and made the payment hari selasa,
Rabu dah sampai pun pesanan tu.

Finally, dapat juga beli baru.

Encik postman, terima kasih ye sebab hantar
the only one card raya untuk tahun ni.
Terharu pada si penghantar. Thank U Ziema!
Berguna jugak alamat yang kau mintak banyakbanyak hari tu ea.
Lepas ni hantar la pulak walimatul urus ea. Hehe.


Kad comel. Tulis pakai warna luna. XD

Okay, cukup dulu kat sini.
Ada banyak lagi bahan nak share.
Tapi tak tau la sempat ke tidak. Haha.
Orait, jumpa lagi.

Selamat hari raya!
Maaf Zahir Batin.
Ikhlas,
Nada.

Chapter : Iftar Ramadhan Perantau Hill Restaurant

 Salam!

Semalam, Rabu (24/8/2011) aku with my office-mates bebuka puasa kat Perantau Hill Restaurant. Lokasi kat Bangi, Selangor. Sooo, tak nak cerita banyak.. Aku just nak upload few pictures je kat sini. Hahaha. Puasa dah nak habis.. Yang lain, bila lagi nak buka sama dengan aku??? Hehe (badget macam best je) Hooo..wtv. :D

Ageera and Amanda Sengal

Encik busy-man


Foooooodddd!

Amik side sisi. Nampak slim sikit. Haha

Hoh! Bezikirrr

Driver mak datin mak datin

Amanda sengal tak sengih pun kali ni

watdehek?

Baby Abit dengan Aunty Ageera

Abit, SENYUM!!! mata booolat

Chapter : Ohhh.. tak ada cerita, nak cerita.

Heyya darlings!

How are you guys? me my self? Very very fine of course. Hari ini (Sabtu, 20082011) aku rasa nak makan nasi kerabu. Teringat zaman beratur nak beli nasi kerabu cikgu Zaini kat bazaar ramadhan located at Sri Serdang. Sedaaapnya! So, me ask my partner to find some dekat bazar yang berdekatan. Since tak banyak choice, aku pun belasah je beli kat stall yang ada jual nasi kerabu. So-so je la kalau u guys tanya pasal taste dia. Cikgu Zaini punya still the best lah kat tekak aku. Hihi. Then, here comes to our beverage. We choose air kedondong plus asam boi. Erkkk.. kelat! Again, aku nak cakap, yang aku rasa kat Serdang masih terbaikkk. Haha. Tiada tandingan lah lebih kurang cakap.

The best part for today is our break-fast style. Kita break-fast kat dataran with spotlight yang jadi our candle (romantik tak?hahaha). I cook ayam masak merah for my partner earlier before we met. Hehe. Rajin tak? (perasan sungguh!ptuihh) wtv =..=" Makan makan sampai hujan turun (saja lepak lama sikit nak tengok siapa mengalah awal bila kena hujan.hihi) dan terus melepak sampai balik time. Anyway, it was fun. We talk talk and laugh laugh also lepak lepak. Lama tak buat begitu. Next time kita lepak lagi okay partner? 

Okay lah! Teruskan beribadah mengejar malam malam terakhir di bulan ramadhan ni kawan kawan. Semoga amalan kita diterima yang Maha Esa. Aminnn..

Chapter : Entry dua bulan lapan.


Holaaa!

Its Friday night people! Whooohaaa! say it loud because tomorrow is saturday and yes of course it means h.o.l.i.d.a.y!!! Haha. Sorry macam jakun sikit. Ohhh..whatever.0___o 


What a relief bila team aku dapat submit tender ON THE TIME. Gila babeng la isi tender tu. Hand writting aku pun macam cakar ayam sebab badan gigil. Sebab gigil? first, lapar. second, panas. Aircond yg agak tak guna hari ni sebab tempreture 16 celsius pun tak dapat sejuk kan badan aku. Panas jugak sebab aku agak kabut time tu. But, nevermind lah. Pleaseeee la wehh! Hope sangat tender berangka e.m.p.a.t EM dapat la ke tangan kami. (bos, bonus tau kalau dapat kali ni. Hiahaha)

Dah settle kerja aku, cepat cepat angkat kaki ke UPM dengan my colleague. Emma Agira nama glemer dia (nama glamour aku Amanda J. Apa gelak? Ada aku kesah? Hahaha). Actually kita pergi sana sebab nak jumpa adik dia yang sedang menghadiri kursus induksi. Budget nak bawak adik dia jalan jalan tapi tak berapa nak sempat lah. Apa yang sempat, kita bawak Ika (if i'm not mistaken) Emma's sista pergi Bukit Expo. Aduhhh, rindu pulak la kat tanah tumpah ilmu ni. So, aku share lah few photos yang sempat kami snap.
Katak Puru style.
Makcik cepet.
Emma and Ika.

Frame 1.
Frame 2.
Frame 3. Saja nak ukur. Panjang berapa kaki.
Frame 4. pokok ke manusia?
Dia sangat suka pokok.
itu sebab dia horticulturist.
Apa yg cuba beliau lakukan???
Glow at the back.
Abaikan perempuan ini. Skip!
Aku pun tak paham apa yg cuba dibuat. =__='
Masa tu emas beb!
Mak datin.
Kakak yang sporting!
Emma Agira & Amanda sengal.
Oh, yeah! not to forget. Semalam my precious feet dah membengkak kerana insiden yang memang ditempah oleh aku sendirian berhat. Bengkak sudah kaki kanan aku. tskk.. T____T sakit beb, gua cakap sama lue. Tapi, biasa lah. Nadha take it easy and she went to the office that morning like nothing happen. Cool gila budak ni (perasan! =___=") padahal tahan sakit, tuhan saja lah yang tahu. Okay, kaki ku syg. Cepat cepat baik. Ingat pesan Incik doktor tak bertauliah. Jangan banyak bergerak. Stay steady bebeh! Haha.
Kaki yang tak berapa chantek. Benjol.

Okay, lah geng. Banyak pulak rasanya aku present cerita kali ni. Thanks for those yang melakukan blog-walking kat sini even aku tau dah tak ada apa yang menarik pun. Haihhh.. Stalkers, meh la leave comment kalau berani. Ada bran? Heh! Babai.

There was an error in this gadget

up