Caffeine lover.

Assalamualaikum.


Haiii..entry last untuk Januari 2013. Esok cuti. Yaribbaaaaa!

Semalam, cukup seminggu aku berpantang minum nescafe dan kopi. Kenapa? sebab aku tengah bereksperimen kat diri sendiri.

Aku memang minat kopi. Dari zaman kolej lagi aku start ADDICTED minum 3 in 1 coffee TIAP-TIAP pagi.  Stock nescafe memang jarang missed. Pagi nescafe, petang pulak kopi o. mihmihmih.. Pernah sekali aku marah adik aku sebab lupa belikan nescafe. T____T apa daaaa...

Aku tau yang 3 in 1 ni ada drawback bila kita consume kerap sangat. Kat aku dah bukan kerap, aku dah kira wajib minum tiap hari. Sebab aku counter balik dengan alasan kopi ni katanya boleh protect kita dari kena kanser kulit. Bhaha. Sila betulkan aku kiranya fakta salah.

As i concern, pada diri aku la kan..aku kalau minum nescafe memang lawas. Kata orang, kalau nak elak mengantuk minum nescafe kan? aku tak. Tonggang la nescafe tu, kalau dah kata nak tido, mesti aku tido punyaaa..

Bila start aku rasa nak slow kan habit ni?

Bila mana aku tengok stock pure marine collegen kat rumah ada banyak. Aku aware pasal PMC ni masa mula-mula untuk kulit. Tapi, lepas aku buat peng-google-lan and pembacaan..aku dapat tau yang PMC pun boleh cure resdung! Besides, benda ni boleh membantu menstabilkan berat badan. Dua ni adalah main concern aku selain aku berharap pores and skin jadi lagi better.

Since yesterday badan aku mula rasa tak sedap and macam nak demam sebab dah sakit tekak and flu lah bagai. Pagi tadi dah start batuk-batuk. Dalaman rasa bahang. Memang rasa tak best tapi tak teruk la. Aku tak tau la ni effect aku bai-bai kat nescafe or sebab aku hai-hai dengan PMC ni.

So, lepas breakfast tadi, aku bikin nescafe sikit. Hew hew hew.. alaaaa..nipis je. Aku buat half packet with full mug of water. Haaa..tak pe kan? Hehehe..sukahati ko lah bedah. Janji tak kacau orang. Take care, baiii..

Nenek.

Assalamualaikum young people! yang kertu pun boleh. Hahaha..

A cup of coffee in the morning

Anyways, hari ni tak ada niat pun nak ber-wordless wednesday sebab aku memang nak banyak cakap. Tak la banyak sangat pun. Hew hew hew..

Currently i'm sitting next to my grandma. Nenek admit kat ward on 14/1/13 and today aku take turn jaga nenek since my cousin mira dah jaga semalam.

Tak tau la dari malam tadi aku memang susah nak tido. Muka rasa merenyam je. Siap sapu bedak resdung, baru la aku terlelap. Haha..gedik tak tido pun nak kena bedak bagai? Weekkkk!

Dalam mimpi tengah best pun aku boleh rasa tak sedap tekak. Perit je. Haiii.. nak demam dah ke nanad? Belum jaga nenek lagi badan nak meragam. Hummmph!

0530 aku dah bangun siap-siap nak ganti dengan mama. Mama overnight jaga nenek kat hospital. Aku memang pesen minum caffein pagi-pagi. So, all the way nak ke hospital tu, aku drive-thru la sarapan pagi.

Sekarang, aku tunggu time passing by and doa nenek cepat-cepat kebah dari sakitnya. Kata doktor dalam paru-paru nenek ada bulu kucing. Eh, how can cat's fur masuk into our lung?

Nenek memang sayang binatang. Tak kira la kucing dia ke, kucing datang kat rumah ke, mesti bagi makan. Even itik and ayam belaan adik aku sendiri nenek akan bagi makan bila dia larat nak berjalan ke reban. Tak pe lah nekk.. exercise sikit. Heee...

Okay lah jumpa lagi in the next entry. Bai derr..HAHAHA..

Kelab Tasik

Assalamualaikum!

Dah lunch hour ni.. yang berpuasa, selamat meneruskan puasa anda. Setengah hari je lagi nak buka. Hihi.. Kapada yang masih kenyang and stay kat opis buat-buat busy macam aku ni..haaa..teruskan kerjaya sambilan anda dengan jadi private investigator untuk diri sendiri. Nak investigate apa, ikut suka korang lah. Janji bahagia. HAHAHA.

Second entry for today. entry sebelum ni aku ada kata to be continue kan? ni aku nak continue lah gamaknya.

Lepas-lepas dari Look Out Tower tu, aku dengan emma berkobar-kobar nak jelajah lagi bandar dalam taman ni. So, decided singgah kat Kelab Tasik at Precint 8. Tak ada apa sangat pun kat sini sebab banyak pasal ativiti air.

Kalau datang takat nak melayan perasaan tu, boleh la lepak sini. Jangan terjun tasik sudah la. Hahaha.. Emma yang tengah sibuk snap gambar sana sini, aku duk merayau ke hulu ke hilir. Tah apa aku cari pun aku tak paham. Adoilah!

Sibuk ke hulu ke hilir, jumpa pulak anak udang. Mula-mula ingatkan belalang kat tepi tasik. Tapi bila tengok balik, eh..udang lah emma! Excited terus dua ekor ni. Bhaha. Kutip sekor, lagi dua muncul. Family agaknya..Boring dah dalam tasik, saja lompat ke atas. Malang lah kalau dah jumpa aku dengan emma. Emma bawak balik rumah. Hahaha. Kesian, terus tak jumpa anak cucu kat tasik tu dah lepas tu.

Emma's best shoot after aku edit sikit

Udang kertas katanya..

Family udang kertas yang boring dengan tasik
Okay lah. Tinggal dulu ye..nanti jumpa lagi. Weeee..

Look out tower at Wetland

Assalamualaikum people!

Last week, sebab aku bosan ter-amat-lah-sangat..aku pun follow opis-mate pi tengok supplier turunkan baja.

Hekelehhh..baja turun pun nak tengok ke? hewhewhew.. tu procedure kerja ye dek non. Kena la hadir untuk terima delivery order and kena inspect item dulu.

Okay, since lokasi item turun tu dekat Taman Wetland, Putrajaya... aku dengan emma pun cekidaut la apa yang ada kat situ. Selama ni memang setakat masuk lalu je. Tak terpikir langsung nak menjengah apa yang ada sampai kan tempat tu boleh jadi taman. -____-"

Actually, yang aku tau..Taman Wetland ni terbahagi kepada dua area. Satu area memang untuk taman wetland, and satu lagi taman air wetland. Taman rekreasi air wetland tu boleh mancing kat situ. Satu joran MYR20 untuk satu hari. Haaa..nak mancing sampai lebam pun ikut suka kau la joyah.

Meanwhile, untuk yang taman betul-betul taman ni.. tak boleh memancing ye kat sini. Kat sini boleh untuk jalan-jalan je. Yang menariknya cuma flaminggo pond and menara tinjau. Tak menarik sangatlah pun kalau kau tu bukan penchenta alam. kah kah kah!

Flaminggo Pond! Ada banyakkkk flaminggo dengan bebek situ  :D

Motif nak censored mulut sendiri?

Semangat betul nak naik look out tower.

On the way turun tah naik ni..
Okay, jangan tak tau ye mak jemah sekalian..kitaorang naik sampai atas walaupun mengah-mengah masa tu. kah kah kah! Tak caya lettewww sebab aku tak tunjuk gambar kan? Nak tengok apa yang ada kat atas tu, pi tengok sendiri lah ye..surpriseee! mih mih mih..

To be continue...

Daftar Rebat Smartphone

Assalamualaikum!

Hai good day to you! Pagi Ahad yang best sebab cuaca baik tidak mendung tatkala entry ini dimuat naik. Hihi..

Anyway, just now aku saja mencuba-try-test register untuk rebat smartphone yang muda-mudi tengah sibuk kan sekarang tu..Since ahad ni kira awal lagi, aku bajet line tak busy sangat lah kan so sekadar mencuba nasib.

Unfortunately, nasib yang kurang baik aku dapat...

Loading...

Failed. Please try again...
Suddenly, baru aku teringat yang aku ada baca kat berita semasa kata nak isi online ni boleh start from 7 pagi sampai 11 malam. Hmm..kalau dah bagi period of time nak me-register, mesti la saturday and sunday pun system ni off. Alahai..spoil betul lah. Kena cuba hari esok lah macam ni..

Okay, for those yang tak tahu nak register kat mana, sila click link ni..
Daftar Rebat Smartphone 2013

Misi semak baki

Assalamualaikum!

Hee..hari khamis dah. Lagi sehari kerja and then weekend. Yabedabedoooo!

Currently aku mengantuk. Tapi gigih nak menaip entry walau dah mula nak menyengguk. Tadi masa nak tunggu bos datang, aku pun menyinggah la kat kaunter ASB untuk kemas kini.

Perghhh..ramai gila umat sampai bersidai-sidai kat tepi bangunan. Tak tau lah apa yang diaorang tunggu sebab yang queue untuk kemas kini tak panjang pun.

Selepas mengemas kini..ecewaaahhh bahasa kau. tergeliat mata menjeling dividen member yang buat ASB loan sampai 50k. Muehehe..

Misi kumpul duit untuk buat rumah macam castle ;)

Bismillah 2013

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum!
She's my sister. Do visit her blog at http://skalanysa.blogspot.com

First of all aku nak wish selamat tahun baru kat semuaaaa blogwalkers yang lalu lalang kat b|t|b ni.. semoga kita semua boleh terus maju kehadapan sambil menoleh kebelakang sejenak untuk iktibar dalam memacu kejayaan. Wahhh..kau muqadimah tak boleh blah! HAHAHA..

Supposed, aku nak buat satu entry semalam to wrap up all the things happen in 2012. Nak share lah jugak apa achivement and disappointing moment yang berlaku ke atas diri ku. Sobs.. Tapi apa kan daya. Aku tak mampu masuk rumah sendiri tatkala pulang semalam.

Ada satu rahsia aku nak kasi tau..Actually, for about 15 years rumah aku dibina..aku tak pernah simpan kunci rumah. TAK PERNAH! Haaa..boleh imagine tak macam mana aku kalau balik mesti ada orang kat rumah. Tapi bila tak ada sapa kat rumah and aku tak well informed, nahhh..melangok la aku kat depan rumah. Huhu. Mujur rumah nenek kat depan rumah tu je.

Alkisah malam tahun baru. Aku balik rumah masa tu dah gelap lah jugak. Sampai rumah pintu locked. Ah sudah..Terus kejar ke rumah nenek kot-kot ada mama tinggal kunci. Tapi harus lah tak ada. Homaiiikot. Aku stuck kat rumah nenek dengan wak aku. Yang lain (rumah wak sebelah rumah, rumah aku and nenek) semua out for celebration. New year lah katakan..masing-masing tunggu fireworks kat Putrajaya. pfft..

Nak ditambahkan perasa bagi jalan cerita malam new year aku, phone maxis out of battery and celcom aku out of credit. DEABAK!

Rasa macam loser. damn it! Tunggu ayah balik kerja, tak balik-balik. Last-last masuk dalam kereta tidur. Persetan lah new year kejadah tu semua. Aku terjaga pukul satu bila adik knock the window of my car. *sigh*

Sambung tidur kat bilik mimpi pulak dak wani. Dia invite datang rumah as she recovered from her illness. Tapi aku tak datang. Merajuk dia dengan aku. Mak ayah dia pun marah aku. Huhu. Apa lah kesiannya diriku ini. Bangun tidur, on phone received one message from Seha kata she will be moved to Melacca as she qualified in her Jqaf intake.

One of my friend is leaving me slowly. Seha kata dia start on this January ni. Aku sedih. Dia kata tak apa..tiap kali weekend nanti dia balik. :') Tapiiii..Seha nak kawin tahun ni. After that, memang aku kurang kawan rasanya. Sadis betul jalan cerita aku kali ni. Ada producer nak buat drama tak? Puahaha..mintak royalti sikit.

Aku rasa dah cukup lah pembukaan yang tak memberangsangkan untuk 2013 ni. Karangan aku pun dah berjela. Esok nak sekolah. Kena tidur awal. Ehh..tapi ada karate kid kat tibi. Kena tengok dulu. Nite peeps!
There was an error in this gadget

up