Sweet escape

Assalamualaikum..

Hey, good morning!

Sabtu dah datang menjengah. Sabtu terakhir dibulan Februari 2014. Semalam kecoh sikit dengan berita br1m untuk yang bujang dah keluar. Pi pakat cek dalam akaun ye. Hehehe

Finally, semalam tertunai jugak hajat geng zaman sekolah (wani-yasmin-seha-jannah-zahirah) nak berjalan jauh sikit dari Banting. Hahahaha..kebetulan Seha mengajar kat Melaka. So, lets terjah dia kat sana. Plan dari dua minggu lepas nak pi minum coconut shake katanya..Yasmin la ni..duk kata mengidam lah bagai..Decided hari jumaat kita pi lunch dgn minum petang kat Melaka.

Pagi pagi wani dah terpacak kat depan rumah aku. Followed by Yasmin and jannah yang mujur tak sesat. Both of them kaki lupa jalan rumah aku but recently Yasmin dah improved sikit la. Hahahaha. Gerak around 1030 and arrived kat MITC Melaka around 1230 gitu.. Tunggu Seha sampai baru la kita plan nak buat apa je while waiting nak ke Pantai Klebang petang nanti.

After short discussion, kita lunch dulu kat foodcourt then gerak ke bandar untuk short tour. Mujur Seha warga Melaka, so dia dah standby kupon parking siap siap. Kalau aku tak tau, memang aku park ikut suka je. Huhu. Untuk kesekian kalinya, kitaorang berjalan kaki dari satu check point ke satu check point. Yang ni memang bukan dalam plan. Starting point dari Muzium kapal - River Cruise - Kincir Air - the red church - Coach KTMB area and back to starting point. Unplanned tour. Masing masing ikut kaki melangkah. Eceeewah!

1st check point - Muzium kapal?
     
2nd check point - river cruise
Paling kiri is adik jannah. Replace tempat zahirah.
         
3rd check point - kincir air. Not functional at all.
4th check point - the red building
Jannah on the road.
Duck faced.
5th check point - KTMB area
Kalau datang sini, tak sah kalau tak panjat coach.

Yasmin minat panjat kapal terrrbang.

Dalam pukul 4 macam tu kitaorang gerak ke Pantai Klebang and stop for a while dekat coconut shake stall yang famous sangat baqhang! Okay, aku dengan wani cheated sebab tunggu dalam kereta je while others berbaris membeli. Hehehe.. Tak lama sangat pun tunggu. Then kita sambung ke destinasi untuk menikmati kelapa kocak di tepi pantai. With no tikar, kita lepak saja di atas pasir. Kawan kawan aku ni sempoi..tak berkira nak duduk atas apa. Janji semua itu berjemaah. Yang terkinja kinja melompat jangan kata la. Tak ada nak segan pun sebab keliling semua tak kenal. Hihi..

Macam balik dari bazar je.
Coconut shake models. HAHAHA 
Lagi sedap bila orang belanja. Sampai senget kepala.
Apakah?
Bajet tunggu sunset pukul 5 petang. APAKAH?!
Ni yang aku maksudkan kinjaan.
Muka kena bajet semua orang. Hihi
Habis je minum kelapa kocak, moved to Pantai Puteri. Seha mengidam mee kari bawah pokok besar. Aku rasa macam pernah sampai kat pantai ni..tapi ingat ingat lupa. Sekali dah lalu kat masjid baru aku ingat pernah pergi dengan batch upm buat gathering kat sini. Since aku tak makan mee kuning, aku tengok je la jannah menghirup kuah kari sampai kering mangkuk dia. Betul betul sedap lah tu agaknya. Hehehe..

Model Pantai Puteri sebelum balik.
Bila tengok jam dah pukul 6, cecepat kami gerak balik nak hantar Seha ke kereta dia yang tinggal park kat MITC. Haihhh..kejapnya masa. Masing masing muka dah agak letih sebab merayap tak henti dari pagi. Its a wonderful day to have you guys accompanied me on beautiful Friday. Thank u.


Dobi machine

Assakamualaikum..

Bila la krisis air ni nak tamat..living cost meningkat sejak tak ada air ni..



Alkisah semalam pi mendobi..timer mesin tu kata 26 minutes. So, instead of tunggu je..lets pusing pusing sebentar..

Then nak pi tengok la balik baju tu kan..tetiba ada kaknam ni duk cakap sapa punya ni lagi tiga minit..sambil dia duk tunjuk machine yang aku guna. Dia kata nak guna after this. Aku cakap its mine. For me, fine la ko nak guna ke apa..ada tiga minit lagi kan..dah tak reti nak sabar ke..

Kaknam tu siap tanya bakul baju kat bawah tu aku punya ke apa..sorry sikit ye..aku tak main la bawak bakul bagai. Bajet nak tolong masuk baju aku tu ke bakul la kan..dasar tak sabar punya kaknam.

Mujur sangat la aku datang on time. Kalau tak mau nya kaknam tu pi letak laundry aku kat bakul orang lain..tlhen datang tuan bakul pi campak baju aku kat lantai. Tu memang kes shial.

Nasib la mulut aku behave sikit masa tu..kalau tak mesti aku perli perli kuat kuat. Wahai kaknam..mesin tu ada timer and aku maklum pasal tu. So, u need no worries la about that. I know bila masa nak pick up baju tu. Dont u ever dare to touch other belonging while other machine available. Apa ko rasa bila orang buat kat ko macam tu? Ada best?

Okay la..itu je luahan hati. 

NEXCARE

Assalamualaikum..

Just now baru beli trial pack Nexcare acne patch. Rm5.50 for 7 pcs at guardian..Baru nak try how it work..so i'll blog u later to see the result.

Stay tune :)


charcoal pore strips

Assalamualaikum..

Hello there :)

Second entry untuk hari ni. Alhamdulillah petang tadi hujan kat kawasan terjejas air kat tempat aku stay. News kat tv pulak pasal air bakal dicatu if kemarau berterusan. Beware people!

Sekarang..sebab dapat sabunkan kereta aku masa hujan tadi..aku happy to share pore strips yang aku guna. Rasanya macam pernah share kat entry yang lepas..tapi nak share sekali lagi sebab seronok guna. Muehehee..

Lemme introduce uols..

Guardian charcoal pore strips! Yes, brand guardian. Tapi jangan pandang sebelah mata je tau. Strips ni memang really tanggalkan white and blackheads. Made in korea tau. Ehemm..aura k-pop disitu. Hahahaha. Lame nada! -____-"

Sila guna ikut directions yang ada kat belakang packet untuk mendapatkan kesan yang memuaskan. Basahkan hidung (as for me, lepas cuci muka tak payah lap) , tampal strip sambil tekan untuk removes bubbles and let it dry. Bia dia betul kering and keras. The most exciting parts is when u peel off the strip. Oh man..satisfaction yang macam good bila tengok kat strip tu ada lekat bendasing yang duk menepek kat hidung. Hoihh..syok woahh! Jyeahh..over kat situ. Tapi pedulik lah.

Sila la try. Seminggu sekali paling malas. Kembang kempis hidung lepas ni lepas dioperasikan. Hehehehe

Sila jangan geli..

Cobaan februari air tak ada

Assalamualaikum..

Hari ni genaplah seminggu rumah aku tak ada air. Dek kerana kes pencemaran kat loji air tak selesai lagi.

Kesian sangat rasanya..musim kemarau pulak tu.

Berikutan itu..aku pulak demam..semalam pi klinik. Suhu tinggi sikit dari yg normal. Tapi tak dapat mc pun..

Hari ni datang kerja jugak sebab kalau stay kat rumah mesti aku terbaring je nanti.

Hope to get well soon. Jaga diri semua..jangan main panas. Minum cukup air..bai.

veet wax strips berkesan!

Assalamualaikum. Hello there :)

Today aku nak blog sikit pasal wax strips yang aku guna. Removes unwanted hair dengan sekali zassss! Haha..it is painfull..tapi percaya lah wahai kawan kawan..its worth it.

Previously, pernah jugak guna veet cream..tapi disebabkan leceh dengan cream yang terpalit sana sini..aku give up.

Next, aku pernah pakai hair remover yg gosok guna macam kertas pasir. Yess..memang removes hair..tapi pedih sikit sebab macam asah kulit dengan kertas pasir katakooo..boleh imagine? Lama lama boleh haus kulit kekdahnya pada pandangan mata aku. So, aku stop. (Dah buang..so tak dapat attach image)

Other than that, aku jugak guna Emjoi tweezer..it pluck out dari akar instead memutuskan bulu tersebut dari surface macam ko guna veet cream. Tweezer ni aku still pakai untuk cabut yang sikit sikit..jimat masa.

One day, a friend of mine introduce me with veet wax strip. Sangat mudah like sap sap soi memakainya..berguna bagi mereka yang mempunyai ketahanan yang kental dalam hal cabut bulu kaki. Sama je rasanya dengan cabut bulu ketiak. Hahaha.

Hanya tampal dan tarik dengan laju selaju kuasa angin kentut ko. Sekejapan je kaki ko akan bebasss bulu kaki. Wehoooo..mana yang tertinggal sikit sikit tu..ko tebas la guna tweezer.

Well, itu saja info kali ni. Happy reading! Chioww..

selamat hari wilayah 2014

Assalamualaikum

Hello there..gong xi fa cai to kawan kawan cina aku and happy wilayah day untuk diri sendiri since aku masih bekerja di the Putrajaya. Hee..masuk 3 tahun dah ni kerja situ. Alhamdulillah..masih bekerja. Even aku selalu main main..hehehe

Hari ni is hari nikah akak kazen aku kat jenderam hilir. So tak ada apa nak cakap pun..nak bagitau itu je. Hewhewhew..

Meh nak share few raw pictures yang fresh from oven..







There was an error in this gadget

up