Hujung minggu and hujung bulan 2013

Assalamualaikum!

Hey hello semua! Its December already.. musim hujan sekarang ni memang kerja aku stay kat rumah je la hybernate. Hahaha. Anyways, dalam tak pergi ke mana mana pun..aku still buat aktiviti yang sihat. SIHAT okayyyy? which is mencairkan coklat bar supaya menjadi satu form yang molek dipandang.

Ni aku tak tau nak klasifikasi kan sebagai baking kah..atau cooking kah? sebab coklat is ready made dalam form of bar and then apa yang kita buat cuma cairkan dan sejuk kan semula je ikut mold yang kita ada . How's that sound? senangkan? Hehehehe..

Actually before memang aku raaaaajin jugak lah buat kerja coklat macam ni. Tapi yelah kan..kekangan kemalasan yang melampau dan habit aku yang suka buat tapi tak suka nak makan sangat tu yang buat macam terbantut.

Ko jangan tak tau aku pernah buat 600 keping oreo choc untuk doorgift sepupu and 200+ choc untuk anak buah. Hahahaha. Poyo kan? Alaaa..buat saja suka suka. Masa tu memang tak banyak equipment and knowledge. Bodoh bodoh je choc aku tu. Janji boleh makan dah la..

So, after a while aku pikir macam nak buat kerja cairkan choc sebagai hobi baru since aku memang suka buat kerja macam ni. Jadinyaaaa..aku belajar through Google. Cara nak cairkan choc dengan betul. Cara warnakan choc dengan betul and banyak lah tips how to make coklat yang cantik menarik and the bomb. Seharusnya credit to cikgu cekgi yang tak kedekut ilmu share kat semua orang. Thumbs up!

Jumaat lepas aku beli toy baru which is mold untuk choc oreo. So, weekend memang aku terus duduk dapur after lunch. Bila dah jadi..mama orang pertama rasa. Hehehehe.. Barang semua dah sedap..choc dah sedap, oreo tu dah memang sedap aku cuma mixed it together je. So, no need to worry yang makanan aku buat tak sedap. Safe. HAHAHAHA.

Next aku nak cari piping bag yang boleh buat decor yang semenggah sikit. Right now aku just guna plastic bag je T___T

Outcome yang pertama

Decor sikit untuk kawan mama

Random decor si amatur.

0 comments:


up