Sawang

Assalamualaikum

Bersawang lama dah blog aku ni. Seems like rumah tinggal. Sekarang dah December. Fuh, banyak nak share. Will do it slowly. Tapi cerita basi la. Hahaha.

Akan ku buat kronologi untuk tahun ni in the next entry. In sha Allah.

Salam maghrib.
Tata.

Beauty sponge

Assalamualaikum!

Hey there..apa macam puasa? Ada baik? Hihi.. Today aku nak share pasal beauty sponge yang duplicate beauty blender yang mahal itu.

Yeah. Finally aku dapat jugak beli setelah usha selama beberapa bulan. Ada jugak search kat google..tapi yang banyak keluar kat result, mesti la yang mahal itu. But, ada jumpa blogger tu beli dekat sasa Alamanda. So aku semangat gi Alamanda semata mata nak gi outlet sasa kat situ untuk sponge ni..unfortunately outlet dah tutup. Perghh! Buang karen.

Aku start mencari sponge ni since tengok kat youtube. Makeup tutorial by weylie.. weylie or waylie..gitu lah. Aku lupa how nak spell. Lepad lepas tu la aku semangat nak mendapatkan bendalah ni.

Akhirnya aku jumpa dengan rakuten.my..aku sign up as new member and..taraaa!!! Got free points worth RM20. Then aku purchase beauty sponge for f.o.c including postage. Hehehe..Thank u so much rakuten and supermodelshops for this opportunity.

Mesti ada yang nak cakap aku kedekut pasal guna free points to tebus barang. Eh, suka aku la. Ada ke orang yang tak suka barang free? Ada? Amboiii..kerlas kau jah. Hahaha.

Puashati dapat membeli secara percuma. Yeay! Anyshops nak offer free points lagi? Hehehe.. Chiow!

Pixy two way cake perfect fit.

Assalamualaikum.

Hola! Happy fasting. Hari ni nak share pasal compact powder yang aku repeat beli. It is good product eventhough tak berapa nak famous seperti iklan di tv.

I am using pixy two way cake. Perfect fit + squalane oil. SPF 15 and clinically tested. Semua tu stated on packaging.


Before this aku beli yg refill pack je sbb just nak try. Tengok okay ke tak dengan skin. So, dah guna sampai licin, tak kan nak cakap barang tu tak okay pulak kan..haha. Repeat beli yg siap ada case yg bercermin tu.

So far aku pakai 1 layer je pun dah okay..nak pakai 2 layer pun boleh. Terpulang la memasing nak covergae yg macam mana. Bagi aku..cara yg paling best nak pakai is bila muka tu basah. Tapi bukan la basah lencun tu..wet setakat sekali basah tangan and lap kat muka. Then apply 1 layer dengan senang. Skin akan jadi smoother.

Kalau apply liquid foundation dulu..better apply pixy dengan dabbed motion. Tak kesah la pakai brush or sponge sbb nanti takut foundie tu tersapu sekali.

Memula pakai akan rasa macam tebal..tapi bila bercampur peluh aku rasa coverage akan nampak natural. Hee..perasan. Tapi seriously..bila tanya pengguna setia yang lain diaorang akan cakap bedak ni bagus.

Harga berpatutan. Rm16+ untuk case yg ada mirror and below Rm10 untuk refill. Okay la..thats all for iklan tak berbayar kali ini. Jumpa lagi di next entry. Babaiiiii..

KIMCHI SUPER

Assalamualaikum!

Hai hai people..Ahlan wasahlan ya ramadhan. Tomorrow start puasa so hari ni sempat nak update entry pasal makanan segera. Heheh! (*_*)

Aku saja nak share pasal mee segera keluaran Super berperisa kimchi. Hiks. Saja teringin nak try apa rasa ramen kimchi. Beli kat Econsave. Harga around RM2+.



So..there u go! Ada kimchi kobis kering dalam pek. Seasoning kena insert before tuang air panas so that kobis tu boleh kembang. Rasa mee segera kimchi ni agak blend. Sedap je kat mulut aku. Tak oily macam perencah tomyam. Tak pedas sangat macam kari. Its good sebab aku boleh hirup kuah sampai licin.

Untuk si perut lapar yg perlukan snek..boleh la aku recommend benda ni. Cumanya harga dia mahal sikit dari mee cawan segera yang lain and so far..aku belum kena pape alergi lagi lepas makan mee cup ni.

Okay..maghrib sudah. Selamat menunaikan ibadah puasa semua. See u soon. :)

Karnival Belia ft Jom Heboh ft Bigbadwolf



Assalamualaikum.

Hola! Dah lama tak post entry. Last hari tu masa mid March. Kira kali ni entry sapu sawang kat blog ni. Haha..kesian sungguh.

Anyway, straight to the main point. Last weekend, me and my lovely mother were spending time together at Putrajaya since my mom requested.

At first, aku refused to go there sebab mengenangkan cuaca yang panas and kesesakan traffic to the max and also sesak poket sebab hujung bulan. Haha. Tapi, kesudahannya aku bawak jugak ma gi berjalan sebab pikir bila lagi nak bawak jenjalan kan..So, lets gerak pepagi..

Aku dapat parking yang agak jauh sebab salah pintu masuk. Ma kata tak apa jauh..jom menapak. Huhuhu..ku redahkan saja lah.

Lokasi pertama kitaorang berenti is stage karnival belia sebab starting point  kat situ. If tak silap near to kkm punya building. Then kita jalan sampai la ke Perbadanan Putrajaya. Lecak dek peluh dibuatnya. Melecet kaki aku sampaikan sebab dah lama tak jalan jauh.

Lepas tu terjumpa pulak pesta buku BigBadWolf. Aku memang tak bajet pun nak masuk bbw ni tapi alang alang dah sampai jom kita cekidaut apa ada sebab dengar cerita orang keliling boleh pitam tengok harga buku yang toi cheap! Yes, aku teruja tengok hardcover, softcover or whatever types yang dijual serendah RM3! Ahaa..masa ni ada cerita lain pasal membeli. Later kalau ingat kita buat entry lain. Heh.

Sesudah check out from bbw, we serang jom heboh. On the way nak ke tapak jom heboh..singgah tengok tanker askar. Fuyoo..style gila kalau dapat drive for once. Ma pulak ambik kesempatan masuk dalam heli. Hehe..kemain suka dia.

Kat jom heboh..dah tak tahan nak lama lama sebab matahari betul betul terpacak atas kepala. Huishh..boleh masak rasanya if kita letak telur atas jalan tu. Huhu.. Walau sekejap, jadi la buat ma merasa betapa havocnya karnival macam ni. For me, this is the place ko boleh berjimba sampai legam kulit and sampai haus poket. Haha

Ada rezeki nak bawak ma gi pesta bunga bulan jun nanti. In sha Allah. Okay, thats the end for today's entry. Thanks for reading and happy fasting untuk yang masih mengganti. Hihihi..

                 





P/s: it takes me 2hrs to complete this entry. Ni antara penyebab aku jarang update. Sekian.

Lace shawl for sale

Assalamualaikum peeps..

:)

Entry kali ni nak promo shawl kat korang.. kalau minat, boleh la drop queries kat email nadahns82@gmail.com


Product details

Panjang x lebar
1.8m x 0.6m
Heavy strechable chiffon
MYR 69.00 without postage fee.

TQ.           

Virus korean show

Assalamualaikum..

Aku tak sure macam mana nak start entry hari ni..nak update sesuatu jugak since the last entry macam dah agak lama. Tapi, aku tak nak bercerita pasal the missing airplane sebab knowledge aku rasanya belum cukup strong nak discuss matter yang heavy macam ni.

So now, aku nak share few reality korean show yang aku follow since 2008 if i'm not mistaken. Permulaan reality tv yang aku tengok is FAMILY OUTING season 1. Introduced by my ex-roomate, Kak Aima. Aku dengan Kak Maz kena demam family outing for a while. Up today, aku kekadang repeat tengok show ni bila bosan.

Sumber google
After that, aku dikenalkan pulak dengan RUNNING MAN. Virus RM ni sangat kuat sampaikan aku sanggup download each episode for my boring supplement. Nak kata obsessed sangat tu belum lagi lah kot sebab aku tak ada pun berkejaran beramai ramai bila tau ada members RM ni turun Malaysia. Idea RM ni fresh..sampaikan ada local tv show follow game show diaorang ni. Tapi so far, tak ada lagi copycat yang follow monday couple.

Credit to google
Next show yang menarik bagi aku is APPA ODIGGA? Show ni pasal si ayah travel dengan si anak for few days without their mother. Budak budak ni comel and kelakar. AO ada season 1 and season 2. Season 1 ada Junsu, Joon, Mingkok, Hoo and Jia. Season 2 ada Hoo, Minyool (adik Mingkok), Bin (adik Joon), Chanhyung, Gyuwon and Rihwan. 

Credit to google
Semalam, Nija dah introduced satu lagi series.. RETURN OF SUPERMAN from KBS. Lebih kurang jugak macam AO tapi show ni baru 15 episode up today. Tapi yang ni si emak akan leave the house for two days so that si ayah boleh spent time dengan anak diaorang. Menariknya dalam ni salah sorang dari cast ialah fighter yang pernah muncul dalam featuring episode dengan FO and RM. The other things yang best sebab ada kembar yang baru tumbuh gigi dalam show ni. Hehehe :B

Credit to google
Not to forget satu show yang ala ala military. REALMAN. Sapa jumpa episode yang siap ada english subs sila lah tinggalkan link kat aku ye. Aku still mencari. so far aku cuma pernah tengok satu episode je dekat Kshownow.net

Sumber google
Link : Family Outing

Okay, that's all for now. Wish you to have a great day ahead. Chiao!

Sweet escape

Assalamualaikum..

Hey, good morning!

Sabtu dah datang menjengah. Sabtu terakhir dibulan Februari 2014. Semalam kecoh sikit dengan berita br1m untuk yang bujang dah keluar. Pi pakat cek dalam akaun ye. Hehehe

Finally, semalam tertunai jugak hajat geng zaman sekolah (wani-yasmin-seha-jannah-zahirah) nak berjalan jauh sikit dari Banting. Hahahaha..kebetulan Seha mengajar kat Melaka. So, lets terjah dia kat sana. Plan dari dua minggu lepas nak pi minum coconut shake katanya..Yasmin la ni..duk kata mengidam lah bagai..Decided hari jumaat kita pi lunch dgn minum petang kat Melaka.

Pagi pagi wani dah terpacak kat depan rumah aku. Followed by Yasmin and jannah yang mujur tak sesat. Both of them kaki lupa jalan rumah aku but recently Yasmin dah improved sikit la. Hahahaha. Gerak around 1030 and arrived kat MITC Melaka around 1230 gitu.. Tunggu Seha sampai baru la kita plan nak buat apa je while waiting nak ke Pantai Klebang petang nanti.

After short discussion, kita lunch dulu kat foodcourt then gerak ke bandar untuk short tour. Mujur Seha warga Melaka, so dia dah standby kupon parking siap siap. Kalau aku tak tau, memang aku park ikut suka je. Huhu. Untuk kesekian kalinya, kitaorang berjalan kaki dari satu check point ke satu check point. Yang ni memang bukan dalam plan. Starting point dari Muzium kapal - River Cruise - Kincir Air - the red church - Coach KTMB area and back to starting point. Unplanned tour. Masing masing ikut kaki melangkah. Eceeewah!

1st check point - Muzium kapal?
     
2nd check point - river cruise
Paling kiri is adik jannah. Replace tempat zahirah.
         
3rd check point - kincir air. Not functional at all.
4th check point - the red building
Jannah on the road.
Duck faced.
5th check point - KTMB area
Kalau datang sini, tak sah kalau tak panjat coach.

Yasmin minat panjat kapal terrrbang.

Dalam pukul 4 macam tu kitaorang gerak ke Pantai Klebang and stop for a while dekat coconut shake stall yang famous sangat baqhang! Okay, aku dengan wani cheated sebab tunggu dalam kereta je while others berbaris membeli. Hehehe.. Tak lama sangat pun tunggu. Then kita sambung ke destinasi untuk menikmati kelapa kocak di tepi pantai. With no tikar, kita lepak saja di atas pasir. Kawan kawan aku ni sempoi..tak berkira nak duduk atas apa. Janji semua itu berjemaah. Yang terkinja kinja melompat jangan kata la. Tak ada nak segan pun sebab keliling semua tak kenal. Hihi..

Macam balik dari bazar je.
Coconut shake models. HAHAHA 
Lagi sedap bila orang belanja. Sampai senget kepala.
Apakah?
Bajet tunggu sunset pukul 5 petang. APAKAH?!
Ni yang aku maksudkan kinjaan.
Muka kena bajet semua orang. Hihi
Habis je minum kelapa kocak, moved to Pantai Puteri. Seha mengidam mee kari bawah pokok besar. Aku rasa macam pernah sampai kat pantai ni..tapi ingat ingat lupa. Sekali dah lalu kat masjid baru aku ingat pernah pergi dengan batch upm buat gathering kat sini. Since aku tak makan mee kuning, aku tengok je la jannah menghirup kuah kari sampai kering mangkuk dia. Betul betul sedap lah tu agaknya. Hehehe..

Model Pantai Puteri sebelum balik.
Bila tengok jam dah pukul 6, cecepat kami gerak balik nak hantar Seha ke kereta dia yang tinggal park kat MITC. Haihhh..kejapnya masa. Masing masing muka dah agak letih sebab merayap tak henti dari pagi. Its a wonderful day to have you guys accompanied me on beautiful Friday. Thank u.



up