Chapter : Week one.

Hai blog kesayangan.. Dah lama aku tak coret-conteng kat muka kau kan.. Hari ini, since aku ada masa lebih meh sini aku semakkan muka kau yang tak berapa nak best ni.

Kau tahu tak minggu ni aku dah start kerja? Mesti kau tak tahu kannn.. Kesian kau blog, terabai sekejap sebab aku rasa tak best nak update kau through handphone je.

Blog oh blog, kau tahu tak bahawasenya aku mengalami kejang kaki minggu ni.. sapu dengan minyak panas pun dah tak terasa panas. Sakit kaki sebab penat berjalan. =____='' berjalan waktu window@shopping pun tak macam ni tau!

Aku dah give up nak pakai heels masa kerja. 2 hari pakai kasut cantik buat aku rasa terseksa. Sebelum kaki aku jadi buruk, aku pilih sneakers untuk cover kaki aku. Ingat, pervention is better then cure.

Setakat ni aku happy kerja dengan kerja baru ni. Dapat jumpa ramai orang, kenal ramai kawan lagi - lagi bila dapat kat front-liners yang memang mencabar. Mana nak handle kerenah customer, nak update dengan info dengan keadaan yang bising lagi, nak jaga diri sendiri lagi... memang tak senang. Tapi aku rasa so far, so good laaaahh.. Apa yang berlaku tu semuanya pengalaman. Kan bagus bila kita ada banyak pengalaman...

Okay, minggu ni result pun dah keluar. Alhamdulillah.. even tak dapat 4 flat, aku tetap bersyukur sebab result aku tak lah mengecewakan.. Boleh la konvo kalau tak ada apa-apa. Errr.. rasanya sampai sini je la dulu. Nanti aku update kau lagi ye blog ku sayanggg.. Bye!

2 comments:

Ili Nadhrah @ Kinder Bueno said...

congratez! cepat2 konvo! konvo nanti pakai la heels. hehehe :D

Nadha said...

Tq.tq.hehe.betul2.tunggu konvo nanti baru pakai heels =p

There was an error in this gadget

up