Assalamualaikum wahai planet bumi. Hari ini hari tanpa kereta sedunia. Kau tau tak? Kalau tau, kau memang peka. Kalau tak, pekak kot. =___=". Okay, okay... apa akan jadi kalau tak guna kereta sehari. yess, untuk sehari je. Boleh ke? Haaa.. bagi yang dah biasa guna public transport mesti kata 'alaaa..benda kecik je tu. Tak ada hal lah!' TAPI... bagi yang memang tak biasa and tak reti. They all akan kata 'alamakk...susah la hidup aku nanti' or 'hok aloh, punoh'. Betul tak? Betul tak?
Masa aku on the way to office pagi ni by CAR, ramai yang blame public transport ni tak effecient lah, lambat lah, tak masuk area tempat tinggal lah and banyak lagi alasan alasan yang aku rasa memang boleh diterima pakai untuk menjadikan rakyat Malaysia ni khususnya tak nak sahut hari tanpa kereta sedunia. However, aku rasa warga kota patut join hari tak ada kereta ni sebenarnya. Nak tau kenapa?? sebab kat town-city ni facilities cukup, aku rasa complete dah. Apa nak? Bus? LRT? Monorail? Komuter? semua ada. nak compare dengan orang yang duduk kat rural area. Ada ke diaorang dapat naik ulat gonggok besi tu? Diaorang ada kapal terbang je weh. Hohoho..Ni beza orang yang stay kat city dengan orang yang stay kat village.
Dah tu, macam mana gamaknya kalau tak ada kereta ea? Nak tak nak memang kena gerak naik kereta. Tak kan nak gi beli barang kat econsave pakai beskal fixie lak kan? Haaa.. apa kata econsave tu sediakan perkhidmatan hantar barang ke rumah dengan charge yang sangat murah. Boleh tak kau agak agak? Hmmm..bernas gak idea aku kan? Haha.
Okay, kita move kat faktor seterusnya. Aku rasa musim musim hujan ni elok la sangat kalau kita drive je. Hujan pun tak kena. Sebab apa aku cakap macam tu? Biasanya kalau kena hujan (nak nak hujan panas) biasanya kita akan demam. Ini akan meningkatkan kadar pesakit luar and simultaneously income clinic klinik akan naik. So, mana lagi baik? prevention or cure? Hmm..pikir la sendiri. Besides, kalau dah kena naik motor dan hari hujan, kita akan datang kerja lambat sebab tunggu hujan teduh. Dengan itu, productivity akan terjejas. (Kalau takut jammed, off je untuk sehari. Hahaha)
Cuba kalau kita sahut hari tanpa kereta sedunia ni ramai ramai. Apa yang akan berlaku? Paling kuat pun percemaran udara kurang untuk sehari dua. Tapi kemalangan? tu aku tak sure. Sebab yang naik motor ni pun antara penyumbang kemalangan kat negara ni. Emm.. apa lagi ea? hah! time ni la taxi akan untung besar. Mana taknya, orang ramai berebut rebut nk naik cab. Time ni la rezeki diaorang akan mencurah curah. Alhamdulillah bagi pihak diaorang.
Eh, nampak macam aku tak nak sokong hari tanpa kereta pulak kan? Aku bukan apa, selalu sangat kita bagi opinion kebaikan kempen macam ni. Memang la untuk mother nature. Ini cuma point of view aku. Nampak macam tak significant, tapi aku rasa ada betulnya. Okay la fellas, aku dah tak tau nak type apa. Tadi before makan macam banyak idea. Tapi, bila dahn ngantuk ni, otak aku agak ter-sleep so idea dah melayang layang tah ke mana tah. Take care ye! Hati hati drive tu. Babai.