Chapter : Kisah di malam hari.

Hola!

Entry kali ini aku rembat dari kisah benar yang telah berlaku ke atas seorang sahabat aku. Advertisement and flyers tentang part-time job telah menarik perhatian member aku ni. Menurut iklan tu "it is a simple job". So, member ni pun text lah orang yang berkenaan tu (Kita panggil person tu Miss.Y lah) to get a clear picture of what is their principle of business. Menurut si tukang cherita (member aku tu), mula - mula buat appointment dengan Miss.Y (waktu malam, dekat cafe). Tak lama lepas tu, Miss.Y ni kata dia ada kerja tapi dia ada hantar kawan dia (assistant kot?) to explain kepada member aku ni. Assistant ni kita called dia Miss.T

Next, Miss.T pulak yang sambung texting dengan member aku ni. Miss.T ni asik call member aku ni tanya kat mana, kat mana (isk, semak betul!) Pastu, Miss.T ni siap pesan kat member aku ni suruh datang ALONE! Okay, fine lah. Member aku kata sebab tak jauh, tak berteman pun tak apa lah.

Sesampai je kat cafe, member aku ni terus pergi berdiri kat ATM mechine as ordered by Miss.T. Jeng, jeng, jeng...(kasi suspens sikit. Hahaha) Datang lah seorang wanita berTudung labuh dan ala - ala muslimah gitu. Dia approach member aku and kasi tahu dia tu adalah Miss.T. Okayyy... tu tak apa lagi. Bila member aku ajak duduk discuss, Miss.T ni ajak member aku ni naik kereta dia (dalam kereta ada seorang lelaki). FOR WHAT??? member aku tanya Miss.T nak pergi mana pulak malam - malam ni kann... Miss.T bilang sama member aku dia ada kerja kat office dia. So, nak senang discuss kat office dia saja lah. (Choppp! Logik ke office bukak malam - malam??) Kejadahnya nak follow orang yang kita tak kenal mana asal usul dia kan? So, member aku refused to go with her. Member aku cakap Miss.Y tak ada mention apa - apa pun nak kena pergi discuss kat office. Then, member aku siap cakap kalau betul Miss -Miss ni nak terang apa yang patut pasal kerja tu, discuss kat cafe je. Then, Miss.T mintak appology kat member aku ni. Haaaa... tu lah ceritanya. 

Tapi yang buat aku curiga sangat pasal cerita ni...
1) Kenapa bila nak jumpa tak boleh bawak teman? Konon nak one-to-one, tapi Miss.T ada bawak driver tak apa pulak kannnn...
2)Hebat sangat ke kerja yang di buat tu sampai ke malam pun buka office? Setahu aku police station and Hospital plus 7Eleven je yang buka 24jam T____T

Sooooo... apa morale of the story above? BERHATI - HATI ye wanita!(lelaki juga) Jangan mudah terpedaya and percaya kat sesiapa yang kita baru je kenal 5 minit yang lalu. Kalau faced situation macam kat atas, cepat - cepat fikir alasan untuk mengelak. (tipu pun tak apa.. macam lah tak biasa! Haha) Okay lah, segala tips boleh lah dikongsikan bersama -sama ye. Sekian, makcik dah penat. Thanks for reading!

p/s: Makcik risau, tu pasal makcik concern. Nasib baik malam tu member aku ada janji nak pergi karok, tak ada lah dia mengikut Miss.T tu...

0 comments:

There was an error in this gadget

up