Skin Formulation lagi!

Assalamualaikum.

Pejam celik, celik pejam..dah sampai friday yang last untuk bulan september ni.  Entry kali ni khas aku dedicate-kan untuk skin formulation yang best-best-sangat. Haha.. teruja aku nak bagitau yang aku dapat free sample product ni. Banyak wehh.. bukan setakat 2 or 3 sachet, tapiiii..lebih dari sepuluh! Haaa..yang penting everything iz f.o.c. Sapa yang tak suka barang f.o.c u tell me???

Sebelum aku dapat sample free tu, aku kena register jadi member kat website dia. Dulu dah register kat goallife.com tapi since they all dah rebranding, dah moved to new website to sfbeautyskin.com aku kena register lagi sekali. Yang bestnya once kita register, automatic dapat 50 points. Kalau kauorang nak tau, 50 points tu equal to RM50!!! Haaa..dah boleh redeem kalau kita buat purchase lah nanti tu.. Seronok kan?

Tu baru seronok sikit. Ni nak share lagi.. Sebagai penerima sample, which anda semua belum pernah beli apa-apa dengan diaorang.. diaorang akan bagi 50% less untuk product yang korang minat nak beli. Tapi dengan terms & condition lah..TAPI, bagi aku itu sangat berbaloi-baloi kerana barang akan jadi murah dan murah! Hihi.

Ada lagi yang best. If korang interested sangat nak continue dengan skin formulation, korang boleh jadi vip member. Fees cuma RM30 setahun. Kadang-kadang ada promotion, fees tak payah bayar pun. Ada jugak yang bernasib baik beli product 2 or more, automatic korang jadi vip member. Untungnya jadi vip member ni..bila birthday korang akan dapat less untuk barang yang korang beli. Wahhh..bagus sungguh they all punya marketing. Hehe..

Anyway, aku nak share jugak gambar sample yang aku dapat. Bagi sesiapa yang tak nak tengok, sila terus tutup tab sebab takut korang bosan. Hiahaha.. Pssttt.. Aku kasi office-mate aku 4 sample yang lain sebab aku dah ada in bottles. :)

water based. pakai waktu pagi

Ni pun untuk waktu pagi. Memang moist lah kalau guna :D

Gosok kat muka after cuci muka at night

Ubat jerawat. Jerawat betul-betul surut lah pakai ni..hee

Berguna untuk hilangkan pigment. This called serum.

Gandingan hebat pearl liposome. 

Guna waktu tido. Sticky sikit. Bangun pagi, muka jadi  gebus.

Rawatan mata. Terasa perbezaan pakai dengan tak.

Daily use. Macam foundation.

i love SF! muahaha..

Dapat pakai mask ni memang lah sangat best.

Pearl liposome essence in bottle.  Dapat less! Hihi

Rose water ni act as toner and moisturizer. Sangat bagus sebab  it kills bacteria.

 Aku guna product ni memang lama dah. Dari mula study degree. Sesuai la dengan kulit muka aku. Memang la mahal sikit, tapi kalau pakai boleh tahan setahun tu beb. Biasa aku pakai sebotol cleanser SF ni boleh cecah more than a year. Sangat jimat. Berkesan! dengan syarat jaga makan. Haha.

Hah! dah banyak sangat aku promo barang ni nampaknya. Okay la ye..sampai sini dulu lah celoteh pasal SF ni. Sampai ketemu lagi ye! Babai..

Webcam. No make-up.  Gambar passport yang ter-latest. Haha

Apa kes?

Assalamualaikum ya habibi, ya maulana..

Apakah yang aku cuba kes kan untuk hari ni??

Actually, baru-baru ni opis tempat aku cari makan kena fecah. Aku sebagai orang yang pertama akan masuk opis, EHEM! sangat terkejut bila pintu masuk kaca yang selalu aku bukak pagi-pagi tu tak ada cermin dah. Lohhh! Mana hilang?

Tegak berdiri tak berani nak masuk opis, aku call staff yang lain nak tanya kot-kot diaorang ni tau la pasal cermin hilang ni. Tapi semua tak hangkat. Hangin jugak lah mulanya sebab aku dah lama mencangkung depan pintu. Then, aku beranikan diri pasang lampu opis.

NAHHHHH...

Habis bersepah opis kami. Gila terkejut. Mengigil jugak la aku tunggu staff lain sampai opis sorang-sorang. Cermin kaca yang hilang, elok terletak sandar kat dinding dengan kesan pecah kat tepi. Hmmm..mengucap panjang bila tau laptop yang selalu aku guna buat update entry sudah lesap. Ada la few things yang berharga hilang.

Since aku orang pertama sampai, so aku la yang kena lodge police report. First time aku masuk balai.T____T Macam CSI rasanya bila polis ada jumpa bahan bukti yang boleh bantu siasatan. Kebetulan pulak ada kes yang sama kat kawasan yang berdekatan dengan opis kami. Hope orang jahat tu kena tangkap. Menyusahkan orang lain je. Tak pasal-pasal kerja aku jadi lebih sebab nak ke sana sini settle-kan mana yang tak ada.

So, moral of the story yang aku dapat, jangan pernah terfikir nak tinggal barang berharga kat opis. NEVER! Mujur la laptop yang aku hilang tu laptop ala-ala zaman dinosor punya. Tak la terasa sadis sangat. Sebab bos punya. Hew3..

Yang aku perasan modus operandi sang penjahat ni berlaku dekat dengan kedai mamak yang operate 24hours (berdasarkan kes yang lagi satu). So, others, be careful sebab opis aku yang depan ada balai polis komuniti pun boleh kena pecah. Benda nak jadi, redha je la..


salam b|t|b

Warkah untuk angah.

Hanis Haron (FB username)
Tawau, Sabah.

11.09.12

Dear sister,

Kehadapan angah.. Kau sihat kah? Dengar-dengar kau gi camping. Betul kah bha? Syok tak?? Jaga diri kau. Eh, ni aku nak cerita kat kau ni.. Semalam aku ada kerja kat KL. So, since handphone chap ComelSokmoLa ada dalam beg kerja aku, aku bawak la gi kedai CSL kat sinun.

Nak di mulakan cerita, aku cakap la kat salesman tu kata nak tukar battery. Si tukang jual tu memang tengok battery kau dah kembung. So, dia gi la amik stock battery kat mana tah. Lepas dia insert battery baru tu, aku suruh la dia insert sim sebab aku nak check phone tu okay ke tak kan..

After that, ada pop-up tulis image too large ke hapa benda tah. Si penjual tu kata la ni problem memory card lah.. Then dia take off memory card and the same thing goes on. Nak masuk menu pun ndak boleh bha.. Lepas tu si penjual tu bilang sama aku phone sudah rosak.

Aku pun kata OKAY, tak jadi beli battery. Si penjual tu beliak mata kat aku. Then aku continue kata, kata phone rosak, so no need la beli battery baru kan? what for beli battery kalau phone rosak. Sorry. Suddenly dia kata...

Aku dah angkat battery jauh-jauh!!! (dengan muka tak puashati)

Bhahahaha..dah jalan jauh sikit baru aku gelak dengan si emma. Emma sibuk mengajuk si penjual melayu yang perasan cina punya ayat. HAHA..

Sorry bro i don't care. Aku customer, ada hak nak choose to buy from you or not and please mind your words towards customers. Jangan marah bila ada penjual lain yang do exactly macam yang kau buat kat aku towards your family members or bini kau. Tu je aku nak ingatkan. Hihi.

Okay la ngah, pen aku nak habis dakwat ni. Setem pun sekarang dah mahal. Nanti tahun depan kalau senang aku tulis surat kat kau lagi ye. Take care sista! Bai.

p/s: aku dah usha kat centre lowyat, orang tu kata original battery only cost me around 40 je. Tapi bila aku tanya si penjual yang tak ada adab tu, dia jual 60. Agak-agak aku nak beli tak? Memang tak lah! Haha..




Yang taktipu,

   Along.
.....................


Langkawi island

Assalamualaikum..

Yaaa!! selamat petang semua. Jumpa lagi kita hari ni. Hihi.. entry kedua untuk hari ni. Tamaknyaaaa!

Kali ni aku nak share pasal semalam punya cerita. Panas lagi cerita ni sepanas pisang goreng kak jah kat simpang tu..

Alkisahnya..

Office-mate aku jemput gi kenduri kawin dia on 31st Aug and 1st Sept kat Kg. Kubang Badak, Langkawi nuuu.. Mula-mula aku dengan si Emma macam tak gi sebab jauh and cost sara hidup yang terumbang ambing di kala raya dah habis. After that, bos pulak cakap.. kalau boleh bagi datang naik bas pun tak apa. Yang lain, dia sponser.

SPONSER?

Free lah ye?? waow! pikir duaa kali nak pergi ke tidak.. Pikir..pikir.. and lepas dapat green light dari pihak berwajib, maka setuju lah kami nak gi sana. Hehehe..

Dari jeti Kuala Perlis, kitaorang naik 1st ferry. Tapi, bos and his son jadi orang paling last naik ferry sebab anak dia lambat sampai. Fuhhh..nasib tak kena tinggal.

Lepas check-in, dapat rehat sekejap je. Berat je badan ni nak bangun gi kenduri. Almaklumlah, letih jalan jauh. Semua terbongkang tido.

Gi kenduri member nya pun sekejap je.. Haha. Berjalan yang lebih. Yelaaa.. kalau tak berjalan, rugi la sewa kereta. Ye dok? Petangnya gi Pekan Kuah cari nasi. Eh, cari coklat sebenarnya.. Hehe.. Kaki penat tuhan je yang tau. Lutut aku mula membengkak kan dirinya sebagai warning 'cukup untuk hari ni, tuan' tapi takkk.. aku layan kan jugak mengekor ke sana sini. Haha. Sabar je lah.

Sebelah malam pulak lepak kat rumah kawan anak bos aku. Makan pun free. Free lagi. Alhamdulillah, murah rezeki kami kat sana. Dah masing-masing tak larat nak bukak mata, apa lagi..balik bilik rehat.

Pagi-pagi dah bangun nak ready untuk check out. Sebelum tu singgah jap kat kedai pengusaha gamat area telaga tujuh. Dapat beli murah-murah sebab bos kata dengan budak tu dia selalu datang sini. Dah tu apa lagi..pecut laju-laju sebab masa untuk pulang kereta dah dekat.

Apa saja lah yang dibebelkan ni..

Berenti hilangkan ngantuk sebentar..

I'm ready nak balik..

Team B

Rumah kenduri

Super pack car!

Super duper pack loads. Dua ekor ni pun kena load kat bonet. =,="

Amik feri pukul 1130 pagi sampai tanah besar pukul 1330. Memang aku tak duduk lama la on the way balik ke tanah besar sebab dapat seat kat bawah. Gila pening. Bising dah satu hal. Tingkap tak ada. Sumpeqq kata orang jawa. So, nak tak nak, berdiri je lah kat atas tengok scenery kat luar. Gerak balik pukul 2..sampai Putrajaya pukul 10. Fuhhh, what a long journey. Apa pun still nice experience. Alhamdulillah. :)

Cheritera Seminggu Raya

Assalamualaikum w.b.t.

Wahai mahluk sekalian yang sudi menerjah blog picisan aku, sempat lagi kan aku nak mintak maaf dan ampun kalau ada yang terguris hati dengan post-post aku yang tak senonoh ke hapa tu.Maaf lah ye! Jemput la makan kuih raya kat rumah kalau sudi datang. Hihi.

Apa aku nak story ea...lama dah raya nya. Ni baru reti nak update. Huhu. Basically, tahun ni raya biasa-biasa je. Assebabnya tahun ni pagi raya ayah kerja. So tak sempat nak amik gambar family berbaju raya di pagi raya. Petang raya nya pulak aku dah bergerak ke rumah mak ayah si Nobita kat Johor. Dapat jugak la bergambar dengan family dia. Ada la jugak gambar raya dari tak ada. Sobss..

Bodyguard sampai duaorang. hehe

Lepas balik semula rumah aku, berita tak sedap pulak pasal nenek sedara aku. Masuk wad hospital klang.. nazak. 7 hari lepas tu nenek di panggil Allah. Innalillah. Hari ni aku baru dapat tau yang nenek sedara lagi sorang dipanggil illahi. Malam tadi, berita dari si Nobita, kata sahabat dia meninggal jugak sebab excident. Ya Allah, Semoga roh mereka di tempatkan bersama golongan yang beriman. amin.

# mama kata raya tahun ni tak meriah sebab ayah dengan mama tak gaji lagi. Tapi tak apa lah..sekurang-kurangnya lepas raya diaorang tak kering poket macam aku. Huhu..

up