Langkawi island

Assalamualaikum..

Yaaa!! selamat petang semua. Jumpa lagi kita hari ni. Hihi.. entry kedua untuk hari ni. Tamaknyaaaa!

Kali ni aku nak share pasal semalam punya cerita. Panas lagi cerita ni sepanas pisang goreng kak jah kat simpang tu..

Alkisahnya..

Office-mate aku jemput gi kenduri kawin dia on 31st Aug and 1st Sept kat Kg. Kubang Badak, Langkawi nuuu.. Mula-mula aku dengan si Emma macam tak gi sebab jauh and cost sara hidup yang terumbang ambing di kala raya dah habis. After that, bos pulak cakap.. kalau boleh bagi datang naik bas pun tak apa. Yang lain, dia sponser.

SPONSER?

Free lah ye?? waow! pikir duaa kali nak pergi ke tidak.. Pikir..pikir.. and lepas dapat green light dari pihak berwajib, maka setuju lah kami nak gi sana. Hehehe..

Dari jeti Kuala Perlis, kitaorang naik 1st ferry. Tapi, bos and his son jadi orang paling last naik ferry sebab anak dia lambat sampai. Fuhhh..nasib tak kena tinggal.

Lepas check-in, dapat rehat sekejap je. Berat je badan ni nak bangun gi kenduri. Almaklumlah, letih jalan jauh. Semua terbongkang tido.

Gi kenduri member nya pun sekejap je.. Haha. Berjalan yang lebih. Yelaaa.. kalau tak berjalan, rugi la sewa kereta. Ye dok? Petangnya gi Pekan Kuah cari nasi. Eh, cari coklat sebenarnya.. Hehe.. Kaki penat tuhan je yang tau. Lutut aku mula membengkak kan dirinya sebagai warning 'cukup untuk hari ni, tuan' tapi takkk.. aku layan kan jugak mengekor ke sana sini. Haha. Sabar je lah.

Sebelah malam pulak lepak kat rumah kawan anak bos aku. Makan pun free. Free lagi. Alhamdulillah, murah rezeki kami kat sana. Dah masing-masing tak larat nak bukak mata, apa lagi..balik bilik rehat.

Pagi-pagi dah bangun nak ready untuk check out. Sebelum tu singgah jap kat kedai pengusaha gamat area telaga tujuh. Dapat beli murah-murah sebab bos kata dengan budak tu dia selalu datang sini. Dah tu apa lagi..pecut laju-laju sebab masa untuk pulang kereta dah dekat.

Apa saja lah yang dibebelkan ni..

Berenti hilangkan ngantuk sebentar..

I'm ready nak balik..

Team B

Rumah kenduri

Super pack car!

Super duper pack loads. Dua ekor ni pun kena load kat bonet. =,="

Amik feri pukul 1130 pagi sampai tanah besar pukul 1330. Memang aku tak duduk lama la on the way balik ke tanah besar sebab dapat seat kat bawah. Gila pening. Bising dah satu hal. Tingkap tak ada. Sumpeqq kata orang jawa. So, nak tak nak, berdiri je lah kat atas tengok scenery kat luar. Gerak balik pukul 2..sampai Putrajaya pukul 10. Fuhhh, what a long journey. Apa pun still nice experience. Alhamdulillah. :)

0 comments:

There was an error in this gadget

up