Cheritera Seminggu Raya

Assalamualaikum w.b.t.

Wahai mahluk sekalian yang sudi menerjah blog picisan aku, sempat lagi kan aku nak mintak maaf dan ampun kalau ada yang terguris hati dengan post-post aku yang tak senonoh ke hapa tu.Maaf lah ye! Jemput la makan kuih raya kat rumah kalau sudi datang. Hihi.

Apa aku nak story ea...lama dah raya nya. Ni baru reti nak update. Huhu. Basically, tahun ni raya biasa-biasa je. Assebabnya tahun ni pagi raya ayah kerja. So tak sempat nak amik gambar family berbaju raya di pagi raya. Petang raya nya pulak aku dah bergerak ke rumah mak ayah si Nobita kat Johor. Dapat jugak la bergambar dengan family dia. Ada la jugak gambar raya dari tak ada. Sobss..

Bodyguard sampai duaorang. hehe

Lepas balik semula rumah aku, berita tak sedap pulak pasal nenek sedara aku. Masuk wad hospital klang.. nazak. 7 hari lepas tu nenek di panggil Allah. Innalillah. Hari ni aku baru dapat tau yang nenek sedara lagi sorang dipanggil illahi. Malam tadi, berita dari si Nobita, kata sahabat dia meninggal jugak sebab excident. Ya Allah, Semoga roh mereka di tempatkan bersama golongan yang beriman. amin.

# mama kata raya tahun ni tak meriah sebab ayah dengan mama tak gaji lagi. Tapi tak apa lah..sekurang-kurangnya lepas raya diaorang tak kering poket macam aku. Huhu..

0 comments:

There was an error in this gadget

up