Birthday staff office

Assalamualaikum.

Hee..kembali bertemu kita lah ye.. hari ni iz birthday kawan opis ku (emma, 16). Semalam pun sama (fairus, 15).

So, minggu lepas dah ingatkan bos pasal birthday diaorang ni. Bos ajak pi lunch sama lah hari ni. Yahooo! Tapi pi dekat ja.. Sahara Tent, Alamanda. Tempat ala ala arab la gitu.. kat pintu masuk ada unta. Mehehehe..

Cerita pasal Sahara Tent tu aku story kat entry lain. Ni aku nak share gambar birthday girl and birthday boy je dulu. Okayh!

Happy birthday emma!

Jengil mata sampai santak. haha

Red giant fans! Haha.. malam ni ada game.

Alololo..sedap mata tengok

nyum nyum!

Happy belated fairus!
Okay lah peeps. Tu je untuk kali ni. Saja mood rajin nak update blog tengah baik kan.. tu yang macam ada je cerita. Kang bila musim luruh idea..bersawang lah balik blog ni. Haha. Okay, take care. Bai.

Entry untuk Seha. * bergambar*

Assalamualaikum.

Good morning. Hari ni aku masuk kerja semula. Tapi pagi tadi malas nak bangun mandi. Haihh.. symptom malas kerja dah mula minggu ni.

Okay, back to tajuk post. Entry kali ni entry bergambar untuk sahabatku Seha. Theme dia purple. She memang gila purple. Dari sejak aku mula kenal dia. Memang purple lah segalanya. Haha. Baju raya meman tak sah tak ada purple walau sehelai. Haaaa..gitu.

So, memang dari bertunang ke nikah bawak ke sanding memang satu warna tu je lah pilihan hati dia. Pelamin , make up and baju semua dari Inderaloka search Jari Emas (Facebook) .

Kek kawin merangkap kek birthday Seha (18hb)  & abg dia

Pengapit lelaki duk usha pengapit perempuan / kambing golek kat sebelah?

Kawan happy, aku pun tumpang happy :)

Abah Seha

Mak Seha

Candies time!!!

Colletion aku, 60 sen. :D

Lapar betul budak bertuah ni

Hai permaisuri sehari *wink*

Nak tergelak tengok gambar ni.. haha.
Okay la..takat ni dulu. aku nak restart laptop ni kejap. Dari tadi duk hang je. 5 minit hang! 5 minit hang! ada yang kena lempar ke dinding gak karang. Haaa..babai semua. Jumpa lagi next entry. Challo!

Seha dah kawin. Yeayyy!

Assalamualaikum.

Tatkala entry ini di-type cuaca amat panas. Tak seperti semalam waktu kenduri di rumah Seha. Tak panas tak hujan. Just nice.

Alhamdulillah semua dah selesai. Seha lawaaaa sangat semalam. Make up dia sweet je. Tak heavy sangat. Dress dia..superb!

Aku- wani- memen - jana decided nak pakai baju sedondon masa seha naik pelamin. Semua setuju waktu bincang lepas Seha nikah hari tu.

Nak dijadikan cerita.. janah tetiba kena kerja pada hari kejadian. Kesian dia.. tak dapat nak melarams bersama sama. Sedih je muka dia.

Anyway..eveything was good. Pasukan pink kami berjaya menarik perhatian dj sebab tangan penuh kiri kanan bawak hadiah si Seha. Sampaikan mak Seha tanya.. laaaa..kenapa tak bawak troli. :P

Anyway aku puashati aku dapat gak attend wedding besfriend kali ni. Actually wedding Seha kali ni clash dengan wedding sepupu aku. Tapi since ayah tak larang aku nak pi..so yeahh..aku happy.




Rasa

Assalamualaikum.

Ini apa yang aku rasa.

Malas.

Malas nak buat kerja.

Datang semata siapkan benda tiga empat kerat yang semuanya boleh siap dalam  satu dua jam.

Selebihnya..

Garisan kosong yang dipenuhi dengan drama online.

Walau macam mana pun..tenaga masih diperlukan. Pagi sarapan. Tengahari lunch. Ada gap, kunyah jajan.

Dari perjalanan pagi..brek mengejut. Kereta hadapan masuk simpang. Sekali lalu..sepupu sendiri rupanya yang masuk simpang. Ciss..

Balik kerja hampir lagi nak bumper to bumper. Mujuk tayar grip lagi di kala jalan licin. Mahu parking pun susah.

Ada parking kosong. Tapi masih ada yang buat tak tahu. Degil nak parking tepi jalan. Tunggu kena sagat?

Menyusahkan orang je. Nampak aku susah payah parking..pandai pulak kau nak keluar kereta nak tolong aku.

Tak apa. Terima kasih je lah. Tolong blah dari jalan tu aku dah cukup bersyukur.

Ai is jakun

Assalamualaikum!

Selamat pagi..

Penemuan terbaru!

Aku baru perasan!

Eh,

Kalau right click...

Dah keluar less option.

Macam ini


Okay..

Itu saja.

Salam 1 Malaysia.

Ayam penyet nyet nyet

Assalamualaikum..

Entry kali ni aku nak share tempat makan. Tapi bukan la segmen jalan jalan cari makan tau. Ni segmen..
Kerja-penat-makan.

HAHA.. kelas kau. Puihh.. okay. Back to business. Actually tempat ni aku and rakan sekerja terjumpa dengan tak sengaja tatkala sesat mencari menara 3 dbkl.

Tempat ni located kat Jalan Raja Abdullah. Kedainya dekat tepi jalan je near by dengan public islamic bank.
Menu kat sini semua spesis selera tanah indo. Sebab tu nama kedai ayam penyet nyet nyet. Hahaha. Kedai ni macam dah lama wujud. Since 1960 katanya.. nak sahihkan betul ke tidak kena la tanya tokey kedai.

Ayam penyet kat sini so far memang best. Ayam kampung dia goreng garingggg! Sambal pedass. Aku sampai menangis disebabkan menahan pedas dan sedap. Hehe..

Kalau korang punya perut sama size dengan perut aku.. mesti korang kenyang punya la. Mana tak nya..ayam dia memang besar punya bahagian. Fuhh..mengah nak meratah.

Anyway..sapa sapa yang lalu sini boleh la try singgah. Tak rugi tau sebab harga sangat berpatutan. Kat Alamanda pun tak dapat harga and rasa macam ni. :)






up