Sweet escape

Assalamualaikum..

Hey, good morning!

Sabtu dah datang menjengah. Sabtu terakhir dibulan Februari 2014. Semalam kecoh sikit dengan berita br1m untuk yang bujang dah keluar. Pi pakat cek dalam akaun ye. Hehehe

Finally, semalam tertunai jugak hajat geng zaman sekolah (wani-yasmin-seha-jannah-zahirah) nak berjalan jauh sikit dari Banting. Hahahaha..kebetulan Seha mengajar kat Melaka. So, lets terjah dia kat sana. Plan dari dua minggu lepas nak pi minum coconut shake katanya..Yasmin la ni..duk kata mengidam lah bagai..Decided hari jumaat kita pi lunch dgn minum petang kat Melaka.

Pagi pagi wani dah terpacak kat depan rumah aku. Followed by Yasmin and jannah yang mujur tak sesat. Both of them kaki lupa jalan rumah aku but recently Yasmin dah improved sikit la. Hahahaha. Gerak around 1030 and arrived kat MITC Melaka around 1230 gitu.. Tunggu Seha sampai baru la kita plan nak buat apa je while waiting nak ke Pantai Klebang petang nanti.

After short discussion, kita lunch dulu kat foodcourt then gerak ke bandar untuk short tour. Mujur Seha warga Melaka, so dia dah standby kupon parking siap siap. Kalau aku tak tau, memang aku park ikut suka je. Huhu. Untuk kesekian kalinya, kitaorang berjalan kaki dari satu check point ke satu check point. Yang ni memang bukan dalam plan. Starting point dari Muzium kapal - River Cruise - Kincir Air - the red church - Coach KTMB area and back to starting point. Unplanned tour. Masing masing ikut kaki melangkah. Eceeewah!

1st check point - Muzium kapal?
     
2nd check point - river cruise
Paling kiri is adik jannah. Replace tempat zahirah.
         
3rd check point - kincir air. Not functional at all.
4th check point - the red building
Jannah on the road.
Duck faced.
5th check point - KTMB area
Kalau datang sini, tak sah kalau tak panjat coach.

Yasmin minat panjat kapal terrrbang.

Dalam pukul 4 macam tu kitaorang gerak ke Pantai Klebang and stop for a while dekat coconut shake stall yang famous sangat baqhang! Okay, aku dengan wani cheated sebab tunggu dalam kereta je while others berbaris membeli. Hehehe.. Tak lama sangat pun tunggu. Then kita sambung ke destinasi untuk menikmati kelapa kocak di tepi pantai. With no tikar, kita lepak saja di atas pasir. Kawan kawan aku ni sempoi..tak berkira nak duduk atas apa. Janji semua itu berjemaah. Yang terkinja kinja melompat jangan kata la. Tak ada nak segan pun sebab keliling semua tak kenal. Hihi..

Macam balik dari bazar je.
Coconut shake models. HAHAHA 
Lagi sedap bila orang belanja. Sampai senget kepala.
Apakah?
Bajet tunggu sunset pukul 5 petang. APAKAH?!
Ni yang aku maksudkan kinjaan.
Muka kena bajet semua orang. Hihi
Habis je minum kelapa kocak, moved to Pantai Puteri. Seha mengidam mee kari bawah pokok besar. Aku rasa macam pernah sampai kat pantai ni..tapi ingat ingat lupa. Sekali dah lalu kat masjid baru aku ingat pernah pergi dengan batch upm buat gathering kat sini. Since aku tak makan mee kuning, aku tengok je la jannah menghirup kuah kari sampai kering mangkuk dia. Betul betul sedap lah tu agaknya. Hehehe..

Model Pantai Puteri sebelum balik.
Bila tengok jam dah pukul 6, cecepat kami gerak balik nak hantar Seha ke kereta dia yang tinggal park kat MITC. Haihhh..kejapnya masa. Masing masing muka dah agak letih sebab merayap tak henti dari pagi. Its a wonderful day to have you guys accompanied me on beautiful Friday. Thank u.


2 comments:

Unknown said...

enjoy bangat...haha...rs mcm sekejap jer waktu...

Nadha said...

Hehe..thank u memen belanja we all kelapa kocak


up