First time!!!

Assalamualaikum!

Heyho peeps :)

Asal kamu tau ya, aku ini baru pertama kalinya jejak kaki ke MAHA 2012. AMARAN! ini adalah entry bergambar. For those yang rasa boring please come again soon. Haha.

Walau aku dah empat tahun stay kat Serdang, aku tak pernah masuk tengok-tengok apa yang berlaku kat dalam hall yang banyak tu. Nak involved, lagi lah memang tak. Aku kan species pemalas. Huh.

Awal nya memang tak plan nak pergi pun.  Tapi dek kerana bosan menghimpit diriku, aku pun ajak la si nobita ni berjalan-jalan.

Mula nak sampai kat tapak MAHA tu aku macam hurmmm.. mana nak parking ni? punya la panjang berjela kereta queue nak masuk main entrance. Si nobita ni pulak kurang kesabaran dengan benda macam ni. Sebelum dia pokpek lebih berjela, kita park ikut pintu masuk yang dekat sebelah fakulti perubatan veterinar UPM.

Yaaa..situ parking berbayar ye tuan-tuan puan-puan. Tak nak bayar boleh park diluar. Jika bergesel dengan lori ke kapal selam ke. Jangan lah marah pulak. Its your choice.

Aku rasa ada lebih 1kilometer jugak la kitaorang menapak dari parking ke hall. Punya lah jauh bhaiii.. Tak tau la orang yang park free kat luar tu jalan kaki macam mana. Mencabar gila kot. Dah macam jogging pun ada.

Hall yang mula-mula we all entered adalah hall yang banyak food supplies/sources. Ada booth tunjuk padi, ikan, sayur, buah, alumni and bagai lah. Tak pasti Hall ni category apa sebab bercampur bauq. Nak daftar undi pun ada sini jugak.

Bagi kitaorang yang menarik kat sini booth perikanan. Ada few jenis ikan yang diaorang tunjuk. Jenis hybrid pun ada. Ko ingat Honda je ke ada Hybrid? Wakakaka. Ada satu lagi yang best. Aku dapat tengok penyu secara live. Thank you nobita sebab bagi info yang kaki penyu dengan kura-kura tu tak sama. Baru aku sedar. T___T

Next hall yang kita singgah iz dewan jual makanan. Agrobazar! Turun escalator, baru jumpa tempat ni. Macam supermarket dah aku tengok. Tak jadi nak snap gambar kat sini sebab macam jakun sangat je aku ni. -___-

Then kita round pulak area terbuka yang jual banyak jenis buah tempatan. Kalau bawak Aida Maliza jalan sini confirm dia pitam-pitam sebab sana sini bau durian. HAHAHA. Kat sini jugak ada kuda padi untuk sapa-sapa yang nak berangan jadi koboi. Sekali, jumpa pulak member nobita yang dari johor dengan member kerja dia. Eh, mana member aku semua ni? huwaaaa..

Sebelum senja, kita pun mulakan jelajah berkaki ke parking kereta sebelum yang lain berpusu-pusu juga. Misi jalan-jalan berjaya kerana kami tak beli apa-apa barang kehendak selain kebab dan air (keperluan). Hehehe..
Dia boss

Aku supir

Boss tengok stock padi

Penyusss. kecik-kecik pandai berenang.

Melon bergantungan macam tarzan

Super jumbo Jackfruit. Aku la yang kerdil kat situ

Garu kepala gatal. Sila abaikan

Angle ni aku nampak macam gemuk. Tipu belaka

Ni tak tipu. Tiang lampu bergerak?

Dia pun tiang bergerak jugak. Wakaka

Membebel tak habis-habis

Mulut penuh dengan kebab. 4 kali suap, licin. Haha
Okay, itu saja aktiviti hari ini. Good night dunia.

0 comments:

There was an error in this gadget

up