CIDB Green card

Assalamualaikum!

Well you see, sekejap je dah rabu. Esok, lusa.. dah nak weekend lagi. Yeayyy! Upcoming week double yeay sebab cuti banyak hari woi.. 13 Nov dah deepavali, the day after tomorrow nya dah awal muharam. Hiks! syoknya cuti...

Eh, nak share ni pasal semalam. Semalam seharian aku tak masuk office. Tapi kerja tau. Siap pakai uniform lagi u'olsss.. HAHA. Semngat gila pergi kursus induksi keselamatan industri pembinaan anjuran CIDB.

Eh, sejak bila aku berkecimpung dalam industri pembinaan ni kan?? haa.. mesti ada yang musykil. Actually, aku attend kursus ni sebab nak dapatan kad hijau.Mat saleh kata GREEN CARD. Kalau nenek aku kata kad ijou.. HAHA..

Apa perlunya kad hijau ni cik nanad?

Kad hijau ni penting tau kalau nak masuk site. Fungsinya macam passport kerja jugak. Kalau masuk site without green card ni and something bad happen, sapa yang nak menanggung? Mostly engineers ada green card ni sebab diaorang involved directly dengan projects.

Then, yang engkau gatal tangan participate kenapa cik nanad?

Aku ni pun kena la amik jugak even aku ni under management personel. Kena ada jugak. Kata la aku nak kena turun site kira biji pasir ke, weight and balance kejadah equipment ke..kena ada jugak kad ni. Hanya authorised people je kan yang boleh ada kat tapak projek.. mana boleh masuk tempat projek orang lain suka-suka hati.. ceroboh namanya tuuu..

So, bila ada green card ni..automatic takaful berkelompok akan cover anda. Betul weyyy..Asal accident je pastu masuk wad, boleh dah claim. Tapi beragak jugak la.. depends on what cases are you involved with.

Apa hebatnya green card ni?

Green card ni kata cikgu aku, kalau kita nak kerja kat negara commonwealth dalam industri yang memerlukan green card, kita boleh je guna card ni. Cool kan? macam worldwide fungsinya..sebab ni basic untuk mereka-mereka yang berkaitan dengan bidang yang seumpamanya..

So, what are you waiting for? pergi la amik green card kepada yang berkenaan. Ala..attend kursus sehari je. Bayar RM50 dah boleh dapat card hijau tu. Untuk dua tahun. Wawww! macam lesen kereta lah pulak. Hehe..Satu Malaysia ada kurus ni.. search je dekat website CIDB tu..semua dihujung jari je u'olsss..HAHAHA..

For more info boleh la try click Construction Industry Development Board (CIDB) and kalau nak register kursus boleh click daftar kursus > personel binaan > senarai kursus kad hijau.

0 comments:

There was an error in this gadget

up