Character November-ians

Assalamualaikum peeps!

Entry malam ni aku cedok idea dari blog azmizam sebagai hiburan malam ini. Yaaa..aku tengah bosan currently. Hmmm..nasib lah.

Ini adalah part of rahsia peribadi seseorang mengikut bulan yang dilahirkan berdasakan kaji selidik Dr. Fazhilah Kamsah. Aku pick bulan November sebab nak experiment kat diri sendiri. Pasal orang lain? ko buatlah sendiri. Rajin bebenor aku nak baca orang lain punya rahsia.

So, ini malam aku match dengan diri aku dari perspektif aku. Hari tu mintak dila komen pasal aku. Tapi dia kata tak mau. Apakejadah dia nak komen pasal aku tetiba kan. Haha..Dila cuak lah tu.


NOVEMBER
  • banyak idea dalam sesuatu perkara - Yess. kadang-kadang banyak yang bernas tapi tak berapa nak bijak. Pulak!
  • perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah - Aku mengaku! memang aku rasa yang aku ni jenis yang unexpected. Tapi bukan split identity la weyy..
  • otak dan pemikiran yang sangat tajam - Alamak! celah mana niii..hihi..
  • cara berfikir lain dari orang lain  - Memang kena lain. baru lah nada! haha (ceh,perasantan)
  • berfikiran kehadapan, unik dan bijak  - Amin ya rabb!
  • banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra - So true! nada hanis memang cenggini :')
  • penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa  - Aku rasa masa belajar case study dalam group dulu je la idea aku banyak. Masuk exam, haram idea nan hado.
  • sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya - Haruslah. Dah kata pun unexpected person kannns
  • sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia - Dulu cita-cita nak jadi ejen perisik. Jeng.jeng.jeng..
  • amanah, jujur, setia dan pandai berahsia - Alhamdulillah..kind of dah ni
  • daya firasat sangat halus dan tinggi - Yang ni aku kurang pasti apa itu firasat yang dimaksudkan. Tapi setahu aku, instinct aku memang boleh pakai. Ayat biasa guna 'aku dah agak dah..' haha.
  • bagus sebagai doktor  - Oh, tidak!
  • cermat dan teliti  - plus clumsy *sigh*
  • personality dinamik - Aku tak percaya cintaaa..haha. apakah ini?
  • tidak hargai pujian - Ya, aku memang macam ni. Tapi sebenarnya malu nak terima pujian. Nak jadi humble.
  • bercita-cita tinggi - Cita-cita aku dari kecik memang tinggi. Tak tau la tercapai ke tak.
  • terlalu degil dan keras hati - That's me. Genetik ayah agaknya. kyahahaha..
  • apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya - Kalau dapat half jalan pun dah cukup bangga. huhu
  • sangat rajin dan berkemampuan tinggi - Amin. Insya Allah
  • kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak - Usaha dulu, result belakang kira.
  • pandai mendorong diri sendiri - Nada adalah motivator kepada Hanis. :)
  • berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran - Aku memang penyabar. Tak percaya? cuba la cari pasal. Huh!
  • mudah ambil berat terhadap orang lain - Caring kan aku? bertuah la korang kenal aku. Haha..
  • tak suka marah kecuali tergugat - Pantang betul orang sengaja buat pasal. Tak nak marah selalu. Nanti muka kedut.
  • pandai muhasabah diri - Ini je cara nak ajar diri sendiri yang tak makan saman. Tapi makan nasi. Hukhuk..
  • romantik - Wahh..tapi tak tunjuk lah kot. Hihi.
  • tidak pasti dengan imbangan kasih sayang - Apa ini? aku pun tak pasti. Haha. Obvious lah.
  • suka duduk di rumah - Yes. I am. Tak suka bersosial sangat. Cukup dengan kawan yang ada.
  • tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi - Aku memang emotional pun. Cepat terasa. Nak-nak orang yang close dengan aku buat pasal. Melenting sesaja. Merajuk sesaja. Boleh jadi cepat cool atau tak akan cool sampai bila-bila.
  • Aku jenis boleh nak forgive tapi not to forget.
Okay lah. Itu saja yang aku nak update. Nak update status kat FB macam no point sangat pun. Sekarang tengah game mesia lawan singapo. Malas nak layan. Tunggu nanti final je. Haha. Asal boleh kasi menang. Cuti peristiwa lagi lah nanti.Wakakaka.. Good night dunia!

0 comments:

There was an error in this gadget

up