Kelab Tasik

Assalamualaikum!

Dah lunch hour ni.. yang berpuasa, selamat meneruskan puasa anda. Setengah hari je lagi nak buka. Hihi.. Kapada yang masih kenyang and stay kat opis buat-buat busy macam aku ni..haaa..teruskan kerjaya sambilan anda dengan jadi private investigator untuk diri sendiri. Nak investigate apa, ikut suka korang lah. Janji bahagia. HAHAHA.

Second entry for today. entry sebelum ni aku ada kata to be continue kan? ni aku nak continue lah gamaknya.

Lepas-lepas dari Look Out Tower tu, aku dengan emma berkobar-kobar nak jelajah lagi bandar dalam taman ni. So, decided singgah kat Kelab Tasik at Precint 8. Tak ada apa sangat pun kat sini sebab banyak pasal ativiti air.

Kalau datang takat nak melayan perasaan tu, boleh la lepak sini. Jangan terjun tasik sudah la. Hahaha.. Emma yang tengah sibuk snap gambar sana sini, aku duk merayau ke hulu ke hilir. Tah apa aku cari pun aku tak paham. Adoilah!

Sibuk ke hulu ke hilir, jumpa pulak anak udang. Mula-mula ingatkan belalang kat tepi tasik. Tapi bila tengok balik, eh..udang lah emma! Excited terus dua ekor ni. Bhaha. Kutip sekor, lagi dua muncul. Family agaknya..Boring dah dalam tasik, saja lompat ke atas. Malang lah kalau dah jumpa aku dengan emma. Emma bawak balik rumah. Hahaha. Kesian, terus tak jumpa anak cucu kat tasik tu dah lepas tu.

Emma's best shoot after aku edit sikit

Udang kertas katanya..

Family udang kertas yang boring dengan tasik
Okay lah. Tinggal dulu ye..nanti jumpa lagi. Weeee..

0 comments:

There was an error in this gadget

up