Ayam penyet nyet nyet

Assalamualaikum..

Entry kali ni aku nak share tempat makan. Tapi bukan la segmen jalan jalan cari makan tau. Ni segmen..
Kerja-penat-makan.

HAHA.. kelas kau. Puihh.. okay. Back to business. Actually tempat ni aku and rakan sekerja terjumpa dengan tak sengaja tatkala sesat mencari menara 3 dbkl.

Tempat ni located kat Jalan Raja Abdullah. Kedainya dekat tepi jalan je near by dengan public islamic bank.
Menu kat sini semua spesis selera tanah indo. Sebab tu nama kedai ayam penyet nyet nyet. Hahaha. Kedai ni macam dah lama wujud. Since 1960 katanya.. nak sahihkan betul ke tidak kena la tanya tokey kedai.

Ayam penyet kat sini so far memang best. Ayam kampung dia goreng garingggg! Sambal pedass. Aku sampai menangis disebabkan menahan pedas dan sedap. Hehe..

Kalau korang punya perut sama size dengan perut aku.. mesti korang kenyang punya la. Mana tak nya..ayam dia memang besar punya bahagian. Fuhh..mengah nak meratah.

Anyway..sapa sapa yang lalu sini boleh la try singgah. Tak rugi tau sebab harga sangat berpatutan. Kat Alamanda pun tak dapat harga and rasa macam ni. :)





3 comments:

:: Cik Viva :: said...

wow!! sambal dia...mantop

hanisaharon said...

aku mau mau mau. hahaa

Nadha said...

sambal dia memang kasi leleh air hingus..

There was an error in this gadget

up