Prebet sapu

Assalamualaikum

pagi sabtu. Esok GE13. Around the corner dah..about 24hours left untuk pikir pikir lagi sapa yang harus dipangkah.

Prebet sapu.

Tetiba masa whatsapp dengan aida 'kak long kajang' tadi terkeluar pasal prebet sapu a.k.a teksi tak berlesen.

Aku mula kenal and guna khidmat prebet sapu ni sejak study kat Kuala Pilah dulu.

Matrik tempat aku study tu..jauh ke dalam sikit dari main road. So, kalau guna perkhidmatan bas henti henti untuk ke kolej sangat la grenyah (payah) sebab kana jalan kaki at the end of the journey.

Even ada khidmat teksi pun masa tu..the real licensed taxi adalah mahal tambangnya..walau selesa. Kami tak mampu. *tak mampu,tak mampu pun..tiap minggu nak keluar outing* HAHA!

Disebabkan kekangan kewangan dan pengangkutan..maka wujud la satu lagi option pengangkutan iaitu prebet sapuuuu..

Kenapa panggil prebet sapu?? Sebab..tak kira apa yang penumpang lain rasa, asal boleh sumbat orang lain,mesti dia sapuuuuu..

Sebagai contoh. Ada sorang uncle cina ni. Dia bawak van. So kalau naik van, kapasiti muatan lebih sikit dari kereta kan? Tapi uncle tu boleh lagi letak kerusi plastik sebagai tambahan kat dalam van dia. So that, yang dah padat tu..boleh jadi mampat.

Jadinya..mana mana geng yang ada ramai ahli tak akan being left behind. Haaa..nampak tak semangat setia kawan kat situ?? Hahahaha..

Prebet sapu ni manusia juga yang bawak. So banyak la perangai yang wangi and haprak. Kena pandai pilih and hati hati. Kepada student yang bakal masuk matrik few days lagi. Sila lah tau situasi ni. ;)

#rindu kmns

0 comments:


up