Resepi Do it yourself

Assalamualaikum..

Selamat memulakan tugas untuk korang yang kerja hari isnin. Mana yang tak kerja, happy rest day lah ye.. Semalam aku tak ada kemana-mana. So sebabkan boring kat rumah tak ada benda nak buat, aku pun start la mengeluarkan bahan untuk ber DIY.

Resepi DIY


  • 1 1/2m    Border lace
  • 1             Pasang baju kurung
  • 1             Roll benang
  • 1             Jarum menjahit
  • 3++        Jarum peniti
  • 1             Gunting secukup rasa
Okay, bila dah ada bahan bahan ni.. boleh la korang start menjahit lace tersebut. By the way, kalau korang nak cari border lace dengan harga yang berpatutan korang boleh la try beli kat Butik Edast. Aku beli 2 sided 1 meter border lace for only RM20 + RM7 untuk postage. Murah kan? Heeee.. suka sangat.

Ukur tak payah guna pembaris pun boleh..

First thing first, ukur la dulu lace tu kat baju korang. Bukan ukur lace di badan sendiri tau. Salah tu! Bila dah dapat length yang sesuai, potong la border lace tu ikut kerawang dia bagai..

Kemudian, korang pin kan jarum peniti kat kain yang nak dijahit tu. So that, bila nak dijahitkan tak ada lah bergerak gerak. Kang jenuh nak membetulkan pulak kan. Untuk kali ni aku jahit simple je. Jelujurkan je bendalah tu. Tapi buat la jelujur yang kecik comel ea.. baru tak nampak sangat kalau ditenung dari jauh.

Bila dah sampai tang hujung tu.. buat lah pilihan sendiri macam mana nak kemaskan jahitan korang tu. Nak kelim balik pun boleh. terpulang kepada tahap kemalasan masing masing. HAHAHA.

Sebelah tangan siap dah malam tadi.
Haaa.. itu je la projek hujung minggu aku. Bendanya semua dah done. Tapi malas nak snap gambar dulu. Biar nanti raya baru up gambar. HAHAHA. over tau! Weeekkk.. =P

0 comments:


up