Chapter : Mood oh mood.

Hi. (sigh!)
Semalam mood aku dah di spoil kan oleh seorang mahluk tuhan ni. Tapi, boleh tahan lagi la sebab aku dapat buku yang aku nak sangat- sangat tu (poyo gila! haha) plus dapat jugak tengok movie cerita Ngangkung with my brother. Betul la kata Zazaf, cerita tu biasa aja.. Agaknya sebab aku happy macam tak hingat dunia semalam (astaga), hari ini aku mau jerit-jerit!!! Wait a minute peeps. Jerit yang ini bukan suka dapat naik roller coaster tau. Tapi sebab ada instinct yang bahawasanya result aku akan jatuh ke gaung dan tak akan dapat crawl up lagi dah. 

Entry kali ini nak meng'expression'kan hati aku yang gundah gulana ni. Adoiiii.. result dah keluar people!!! Dup dap, Dup dap. Ingat nak buka kat SMP (sistem maklumat pelajar) laa... Rupanya sudah bertukar menjadi e-SMP. Thanks kat roomate Cik Zazaf yang menghebahkan berita ini. Okay, its a new thing.. so aku terkial- kial mencari button- button yang di hide kan purposely untuk tak menyemakkan mata pengguna. My first impression, wow! dah maju lahh benda ni..Nak habaq mai ni, dah la gua cuak nak tengok result ni, nak pulak kene belajar benda baru. Kalau berbaloi tak apa lah, ini memang merugikan!

preview e-SMP

Sementara tunggu loading..
Mengimbas balik apa yang telah diperkatakan antara aku dan Zazaf suatu hari...

Nanad: Aku nak potong r###*$ la kalau dapat three pointer &nd above. (Niat nazar la ni kononnya)
Zazaf: Okay, aku pulak nak puasa kalau dapat 3 points.
**dialog macam tak sama dengan dialog sebenar??haha.nasib lah!

Setelah menunggu loading..
Hahaha...(ketawa dalam tangis. eh, macam tajuk lagu pulak) Jeng, jeng, jeng.. Nazar kau itu cheap sangat la Cik Nadha..Hampehhh! Dah aku hagak dahhh.. Terpekik terlolong pun tak guna dah. Ahhh... nak jerit jugak.  Uwarghhhhhh!!Okay, without announce result aku kat sini pun nampaknya anda dah tau aku dapat apa kan. So, jangan tanya lagi tau! Ahaha.. tu je lah yang aku nak soksek-soksek kali ini.

Probably aku nak ke UPM petang ini. Ada chance ke nak ubah result tu?(planning something evil) Haha.. Forget it! Elok-elok boleh grad, terus kene tendang. Okay, wanna cooling down with Mr. Sep. Take care.

p/s: orang kata kalau hari ini kita happy, esok kita akan nangis. (Hmmmm... betul lah kot?!)

2 comments:

Huril 'Ain said...

hahaha! eh nada, dah habis blaja ke ada satu sem lagi?

Nadha said...

Haha.. ada lagi satu sem. Bila nak lepak? For sure la weekend je u free next year.


up