W E E K L Y report

Fun. Fun. Fun. Heyho! Bulan L I M A yang padat dengan undangan kawin sana sini. Di mulakan dengan public hoilday satu haribulan tu. Aku dengan Zahira melepak kat rumah tulis nama kat kad yang nak diedar. Dari pagi hingga ke petang Menghadap kad warna purple tu. Pastu petangnya menghantar ke rumah Wani dan melepak sejam dua T____T . Banyak tempat nak pergi, tapi sempat jugak ngeteh. Kesudahannya, maghrib - maghrib pun bagi salam kat rumah Farhana nak hantar kad. Tak senonoh betul. Huu..

Sabtu pagi, meneman Zahira (aku suka panggil dia Pah) hantar kad walimatulurus kat member sekolah rendah. Tak sangka, almost 80% rumah member kampung aku ingat even tak raya rumah diaorang bertahun - tahun (bangga kejap. heh). Tak sangka, menghantar kad ni ambik masa banyak jugak. Nak nak bila member tu ada kat rumah. Dah tu nak tunggu pulak diaorang ingat siapa sebenarnya si bakal pengantin. Lucu pulak tengok diaorang terkebil -  kebil mengingat si Pah. Bila aku turun kereta tunjuk muka, whoppp! terus diaorang ingat aku (femes aku ni sebenarnya. haha. ferasan). Lepas Zohor aku berjimba ke PD pulak. Ada pesta air kata Mr.A kat aku. Lepak kat kedai makan family angkat dia sampai ke malam. Penatnya hari Sabtu niii..

Ahad. Aku dating dengan Pah lagi. Kitaorang pergi kenduri kawin Fairus & Subandi pulak kat Sijangkang. Tahniah kat diaorang ni.. berbaloi berchenta dari sekolah dulu. Akhirnya, bersatu jugak. Habis kenduri kat rumah Fairus, aku dengan Pah sambung hantar kad lagi. Hahaha.. Gasak lah zohor ke hape ke.. hantar jugak kad - kad ni. Fuhhh.. finally before Asar, siap hantar semua. Hewhewhew..

Sabtu esok.. plan asal nak bermandi manda dengan geng goyang. Tapi apakan daya.. masa tak mengizinkan. So, kitaorang plan gi makan - makan je esok pagi. Rindu kat cek mek semua ni. Heee..

Ahad esok.. plan nak teman si emma agira beli barang nak buat hantaran kat nilai. Kira aku akan sumbangseh kan idea untuk dia. Silap haribulan aku akan jadi buruh dia gubah hantaran. Hahaha..

Apa pun, we'll see apa akan jadi esok dan lusa. Adakah ia seperti yg aku plan or not. Cuma ingat kat dalam hati, kita cuma mampu plan, tuhan yang tentukan segalanya. :)

0 comments:

There was an error in this gadget

up