Character November-ians

Assalamualaikum peeps!

Entry malam ni aku cedok idea dari blog azmizam sebagai hiburan malam ini. Yaaa..aku tengah bosan currently. Hmmm..nasib lah.

Ini adalah part of rahsia peribadi seseorang mengikut bulan yang dilahirkan berdasakan kaji selidik Dr. Fazhilah Kamsah. Aku pick bulan November sebab nak experiment kat diri sendiri. Pasal orang lain? ko buatlah sendiri. Rajin bebenor aku nak baca orang lain punya rahsia.

So, ini malam aku match dengan diri aku dari perspektif aku. Hari tu mintak dila komen pasal aku. Tapi dia kata tak mau. Apakejadah dia nak komen pasal aku tetiba kan. Haha..Dila cuak lah tu.


NOVEMBER
  • banyak idea dalam sesuatu perkara - Yess. kadang-kadang banyak yang bernas tapi tak berapa nak bijak. Pulak!
  • perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah - Aku mengaku! memang aku rasa yang aku ni jenis yang unexpected. Tapi bukan split identity la weyy..
  • otak dan pemikiran yang sangat tajam - Alamak! celah mana niii..hihi..
  • cara berfikir lain dari orang lain  - Memang kena lain. baru lah nada! haha (ceh,perasantan)
  • berfikiran kehadapan, unik dan bijak  - Amin ya rabb!
  • banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra - So true! nada hanis memang cenggini :')
  • penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa  - Aku rasa masa belajar case study dalam group dulu je la idea aku banyak. Masuk exam, haram idea nan hado.
  • sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya - Haruslah. Dah kata pun unexpected person kannns
  • sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia - Dulu cita-cita nak jadi ejen perisik. Jeng.jeng.jeng..
  • amanah, jujur, setia dan pandai berahsia - Alhamdulillah..kind of dah ni
  • daya firasat sangat halus dan tinggi - Yang ni aku kurang pasti apa itu firasat yang dimaksudkan. Tapi setahu aku, instinct aku memang boleh pakai. Ayat biasa guna 'aku dah agak dah..' haha.
  • bagus sebagai doktor  - Oh, tidak!
  • cermat dan teliti  - plus clumsy *sigh*
  • personality dinamik - Aku tak percaya cintaaa..haha. apakah ini?
  • tidak hargai pujian - Ya, aku memang macam ni. Tapi sebenarnya malu nak terima pujian. Nak jadi humble.
  • bercita-cita tinggi - Cita-cita aku dari kecik memang tinggi. Tak tau la tercapai ke tak.
  • terlalu degil dan keras hati - That's me. Genetik ayah agaknya. kyahahaha..
  • apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya - Kalau dapat half jalan pun dah cukup bangga. huhu
  • sangat rajin dan berkemampuan tinggi - Amin. Insya Allah
  • kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak - Usaha dulu, result belakang kira.
  • pandai mendorong diri sendiri - Nada adalah motivator kepada Hanis. :)
  • berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran - Aku memang penyabar. Tak percaya? cuba la cari pasal. Huh!
  • mudah ambil berat terhadap orang lain - Caring kan aku? bertuah la korang kenal aku. Haha..
  • tak suka marah kecuali tergugat - Pantang betul orang sengaja buat pasal. Tak nak marah selalu. Nanti muka kedut.
  • pandai muhasabah diri - Ini je cara nak ajar diri sendiri yang tak makan saman. Tapi makan nasi. Hukhuk..
  • romantik - Wahh..tapi tak tunjuk lah kot. Hihi.
  • tidak pasti dengan imbangan kasih sayang - Apa ini? aku pun tak pasti. Haha. Obvious lah.
  • suka duduk di rumah - Yes. I am. Tak suka bersosial sangat. Cukup dengan kawan yang ada.
  • tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi - Aku memang emotional pun. Cepat terasa. Nak-nak orang yang close dengan aku buat pasal. Melenting sesaja. Merajuk sesaja. Boleh jadi cepat cool atau tak akan cool sampai bila-bila.
  • Aku jenis boleh nak forgive tapi not to forget.
Okay lah. Itu saja yang aku nak update. Nak update status kat FB macam no point sangat pun. Sekarang tengah game mesia lawan singapo. Malas nak layan. Tunggu nanti final je. Haha. Asal boleh kasi menang. Cuti peristiwa lagi lah nanti.Wakakaka.. Good night dunia!

First time!!!

Assalamualaikum!

Heyho peeps :)

Asal kamu tau ya, aku ini baru pertama kalinya jejak kaki ke MAHA 2012. AMARAN! ini adalah entry bergambar. For those yang rasa boring please come again soon. Haha.

Walau aku dah empat tahun stay kat Serdang, aku tak pernah masuk tengok-tengok apa yang berlaku kat dalam hall yang banyak tu. Nak involved, lagi lah memang tak. Aku kan species pemalas. Huh.

Awal nya memang tak plan nak pergi pun.  Tapi dek kerana bosan menghimpit diriku, aku pun ajak la si nobita ni berjalan-jalan.

Mula nak sampai kat tapak MAHA tu aku macam hurmmm.. mana nak parking ni? punya la panjang berjela kereta queue nak masuk main entrance. Si nobita ni pulak kurang kesabaran dengan benda macam ni. Sebelum dia pokpek lebih berjela, kita park ikut pintu masuk yang dekat sebelah fakulti perubatan veterinar UPM.

Yaaa..situ parking berbayar ye tuan-tuan puan-puan. Tak nak bayar boleh park diluar. Jika bergesel dengan lori ke kapal selam ke. Jangan lah marah pulak. Its your choice.

Aku rasa ada lebih 1kilometer jugak la kitaorang menapak dari parking ke hall. Punya lah jauh bhaiii.. Tak tau la orang yang park free kat luar tu jalan kaki macam mana. Mencabar gila kot. Dah macam jogging pun ada.

Hall yang mula-mula we all entered adalah hall yang banyak food supplies/sources. Ada booth tunjuk padi, ikan, sayur, buah, alumni and bagai lah. Tak pasti Hall ni category apa sebab bercampur bauq. Nak daftar undi pun ada sini jugak.

Bagi kitaorang yang menarik kat sini booth perikanan. Ada few jenis ikan yang diaorang tunjuk. Jenis hybrid pun ada. Ko ingat Honda je ke ada Hybrid? Wakakaka. Ada satu lagi yang best. Aku dapat tengok penyu secara live. Thank you nobita sebab bagi info yang kaki penyu dengan kura-kura tu tak sama. Baru aku sedar. T___T

Next hall yang kita singgah iz dewan jual makanan. Agrobazar! Turun escalator, baru jumpa tempat ni. Macam supermarket dah aku tengok. Tak jadi nak snap gambar kat sini sebab macam jakun sangat je aku ni. -___-

Then kita round pulak area terbuka yang jual banyak jenis buah tempatan. Kalau bawak Aida Maliza jalan sini confirm dia pitam-pitam sebab sana sini bau durian. HAHAHA. Kat sini jugak ada kuda padi untuk sapa-sapa yang nak berangan jadi koboi. Sekali, jumpa pulak member nobita yang dari johor dengan member kerja dia. Eh, mana member aku semua ni? huwaaaa..

Sebelum senja, kita pun mulakan jelajah berkaki ke parking kereta sebelum yang lain berpusu-pusu juga. Misi jalan-jalan berjaya kerana kami tak beli apa-apa barang kehendak selain kebab dan air (keperluan). Hehehe..
Dia boss

Aku supir

Boss tengok stock padi

Penyusss. kecik-kecik pandai berenang.

Melon bergantungan macam tarzan

Super jumbo Jackfruit. Aku la yang kerdil kat situ

Garu kepala gatal. Sila abaikan

Angle ni aku nampak macam gemuk. Tipu belaka

Ni tak tipu. Tiang lampu bergerak?

Dia pun tiang bergerak jugak. Wakaka

Membebel tak habis-habis

Mulut penuh dengan kebab. 4 kali suap, licin. Haha
Okay, itu saja aktiviti hari ini. Good night dunia.

The reason KENAPA why

Assalamualaikum!

Pernah tak ada perasaan atau terpikir ke or terdetik dalam hati kenapa or in english why with a question mark after doing something. Sesuatu yang kita buat secara sukarela dan tiada paksaan. Bila ada masa lapang nak berangan atau bermuhasabah diri akan terpikir KENAPA. Why aku beli, why aku tolong dia, why? and why and also why?

Macam aku, yes! aku kadang-kadang terpikir jugak hal tu. Aku akan selalu guna perkataan kenapa in respond to someone's statement untuk lebih kefahaman. Maklum lah, aku ni edisi student yang kurang laju tahap pick-up. Sebab tu aku akan tanya kenapa sekian, sekian dan sekian.

Eh, entry belum habis. Baru nak mula muqadimah niii.. tskkk T___T

Ada situasi bila kawan bercerita pasal dia tolong sahabat lain tentang perkara yang tak berapa nak masuk dek akal aku akan tanya

Kawan : Aku tolong si polan ni buat bla bla bla and bla..
Aku : Kenapa ko tolong dia buat bla bla bla..?
Kawan : Entah lah weyyy *diam* (mungkin dalam hati, kenapa ko tanya??)

HAHAHAHA..

Ada part bila aku ada banyakkkk sangat masa terluang untuk termenung aku akan mula gerak otak aku pikir WHY question.

Q1 : Eh, kenapa semut kencing kita tak nampak air kencingnya?

  • Tak ada sapa tolong aku jawab selama ni. Sedihnya!

Q2 : Eh, kenapa aku tolong si polan? Apa aku dapat?

  • Eh, mesti la pahala. (bongoknya aku)

Q3 : Eh, kenapa aku tak mintak kerja lain?

  • Sebab dah selesa lah kot.
Q4 : Kenapa aku kawan dengan manusia macam ni?
  • Apa la nasib..iskk..
Q5 : Kenapa aku beli ni? Buruknya lama-lama tengok!
  • Padan lah muka. (si peminat chelsea selalu cakap macam ni. Hukhuk)
Q6 : Kenapa lah aku boleh bersabar dengan sebanyak ni?
  • krukk.krukk.krukk *bunyi cengkerik*
Kenapa nak kena type caption?

MOTIFFF?

Ini adalah cara budus aku untuk menggerakkan otak yang hampir tertidur tatkala kebosanan dan tak ada idea. Teringat statement seorang geng masa practical dulu, KEBODOHAN APAKAH INI? Hahahaha..

Kalau budak kecik yang suka tanya kenapa itu, kenapa ini.. aku rasa budak ni ada potensi jadi bijak. Tapi kalau orang dewasa yang banyak tanya itu ini, ada potensi mintak sepakkk!

# Ahhh..kenapa lah tangan aku gatal sangat nak masuk entry tah jadah ni hari ni.. 

WW biru

pen merah pen biru, u marah i lebiu. I love biru. 

# chelsea ! chelsea ! si berbaju osaka tu sokong the blues.
# bukan entry blue-blue. sekian.

HB

Assalamualaikum!

Errr.. macam mana nak start ea.. Malam tadi macam banyak je idea nak type wat-men-da-jadah kat entry baru. Tapi la ni macam kena freeze la pulokk.. Apa yang aku nak pokpek hari ni bukan pasal HB - happy birthday. NO NO NO. Tapi HB - Human Behavior.

*Sigh! Tarik nafas...

Bismillah.

Okay, malam tadi agak janggal lah kiranya aku terjaga tatkala tengah tidur. Aku memang jarang nak terjaga lepas tu ambik masa yang lama untuk lelap balik. Selalunya in a blink, memang aku akan terlelap semula. Tapi entah kenapa itu jam susah payah aku nak tidur sampai aku tak tau pukul berapa aku tidur balik.

Banyak sangat pikir kot. Bila pusing golek nak tidur semula tu, mula la otak ni pikir benda-benda yang wadefak yang menyakitkan hati pun ye jugak. Boleh pulak.

HUMAN BEHAVIOR lah tu kalau ada benda yang tak menyenangkan hati, sampai membawak ke tidur pun still nak pikir. Asal boleh nak kasi solve dulu baru aman dunia.

Recently, berita kekejaman kat Gaza banyak keluar kat media kan? Ramai yang SHARE itu ini. It was good. Bangga ada manusia yang perihatin dalam friend list facebook account aku. JYEAHH! Tapi kan, aku pulak tak ngilu tengok gambar-gambar mangsa itu. Nak-nak babies and kids. Tak mampu nak tengok and baca article pasal Gaza. I'm not strong as those people. Admit that.

Bila bab boikot, semua pun nak post pasal 'wehhhh..boikot product sekian-sekian.Tapi, still post through FB.' Ni aku petik dari status update few of my friends yang ada dalam list. Ada betul la kan dia cakap. Alang-alang nak boikot, baik boikot semua. Alang-alang nak bunuh nyamuk yang dah kenyang gigit kau lalu terbang, baik spray je pakai aeresol. Biar semua pun mampusss.

Teringat pulak zaman study dulu. Boikot suam-suam kuku. Alih malam-malam lapar mekdi, ajak roomate keluar beli mekdi tengah-tengah hujan. Nak mintak delivery kang obvious lah sangat buruk perangai. Hishhh..apa nak buat, Itu lah HUMAN BEHAVIOR.

Dulu-dulu waktu sekolah menengah, aku suka duduk dengan geng bas luar tengok orang punya gelagat. Usha situ sini. Bila masuk alam kolej, aku dah jadi macam kurang minat nak buat tu semua. Persetan lah nak jadi apa pun diaorang tu. Usha sampai lebam pun tak dapat apa. Betul tak? So, aku jadi macam baik aku konsentrasi dengan geng adik beradik. After that, dapat pulak kerja kat airport. Bila tak ada kerja, memang usha behaviour orang la kerja no.2 aku. Besttt..jumpa ramai orang. Ada yang jenis cembong, ada yang jenis capah. Macam-macam lah.

Apa motif aku niiii? Alaaa..biasa lah. HUMAN BEHAVIOR jugak lah tu. kejap suka, lepas tu tak, lepas three suka balik. Kans? Eleh.. admit je la. Bukan rugi pun.

Human behaviour yang aku cerita kat sini lain gila dengan human behaviour yang lecturer management aku ajar masa dulu. Ni dalam perspektif aku. I'm not talking about human behavior in business. No. Aku cakap pasal aku. Diri aku sebagai contoh. Sample among the populations.

Aku minat belajar pasal Human behavior. Sebab memang aku agak more likely to listen rather than talk (yeeeelah tu! HAHAHA) dedulu, nak belajar psychology, tapi bila terpikir kena deal dengan mental people yang dah short, aku tak jadi lah. Kang aku pun ikut short sekali. Bhahaha.. Elok lah aku jadi pemerhati tak bertauliah sahaja. Sekian entry tah-tah-apa-kejadah but still got points (yeeelah tu!) AHAHA..

Anda Tiub

Assalamualaikum darlings!

>___<

Apa benda anda tiub ni? Hehehe.. nak cakap YouTube sebenarnya... jangan marah ea..Okay, apa nak share pasal YouTube ni ye? Errr...

Anda YouTube subscriber? if you do, dah subscribe belum channel JinnyboyTV ? Pernah tengok/layan tak videos yang diaorang upload?

Musim-musim kerja tak ada boleh la layan video diaorang ni. Sangat bagus sebab banyak bagi positive message in each vidoes yang they all produced. Ada yang terkena diri sendiri jugak kadang-kadang.

So, itu saja promosi tak berbayar a.k.a foc-promotion untuk sesi minat aku menonton YouTube. Jaga diri semua, musim hujan ni. Baiii...

JinnyboyTV 

# Angah balik esok, tak sabar nak dapatkan item yang telah dikirim. Heee...

Yeeess..aku pun mau dia :D

CIDB Green card

Assalamualaikum!

Well you see, sekejap je dah rabu. Esok, lusa.. dah nak weekend lagi. Yeayyy! Upcoming week double yeay sebab cuti banyak hari woi.. 13 Nov dah deepavali, the day after tomorrow nya dah awal muharam. Hiks! syoknya cuti...

Eh, nak share ni pasal semalam. Semalam seharian aku tak masuk office. Tapi kerja tau. Siap pakai uniform lagi u'olsss.. HAHA. Semngat gila pergi kursus induksi keselamatan industri pembinaan anjuran CIDB.

Eh, sejak bila aku berkecimpung dalam industri pembinaan ni kan?? haa.. mesti ada yang musykil. Actually, aku attend kursus ni sebab nak dapatan kad hijau.Mat saleh kata GREEN CARD. Kalau nenek aku kata kad ijou.. HAHA..

Apa perlunya kad hijau ni cik nanad?

Kad hijau ni penting tau kalau nak masuk site. Fungsinya macam passport kerja jugak. Kalau masuk site without green card ni and something bad happen, sapa yang nak menanggung? Mostly engineers ada green card ni sebab diaorang involved directly dengan projects.

Then, yang engkau gatal tangan participate kenapa cik nanad?

Aku ni pun kena la amik jugak even aku ni under management personel. Kena ada jugak. Kata la aku nak kena turun site kira biji pasir ke, weight and balance kejadah equipment ke..kena ada jugak kad ni. Hanya authorised people je kan yang boleh ada kat tapak projek.. mana boleh masuk tempat projek orang lain suka-suka hati.. ceroboh namanya tuuu..

So, bila ada green card ni..automatic takaful berkelompok akan cover anda. Betul weyyy..Asal accident je pastu masuk wad, boleh dah claim. Tapi beragak jugak la.. depends on what cases are you involved with.

Apa hebatnya green card ni?

Green card ni kata cikgu aku, kalau kita nak kerja kat negara commonwealth dalam industri yang memerlukan green card, kita boleh je guna card ni. Cool kan? macam worldwide fungsinya..sebab ni basic untuk mereka-mereka yang berkaitan dengan bidang yang seumpamanya..

So, what are you waiting for? pergi la amik green card kepada yang berkenaan. Ala..attend kursus sehari je. Bayar RM50 dah boleh dapat card hijau tu. Untuk dua tahun. Wawww! macam lesen kereta lah pulak. Hehe..Satu Malaysia ada kurus ni.. search je dekat website CIDB tu..semua dihujung jari je u'olsss..HAHAHA..

For more info boleh la try click Construction Industry Development Board (CIDB) and kalau nak register kursus boleh click daftar kursus > personel binaan > senarai kursus kad hijau.

Officially, twenty four

Assalamualaikum...

Tak jawab dosa, jawab sayang (tagline maria elena) HAHA.. cool kan?

Okay lah. Refer to the topic above, right now ... at this moment (moment lah sangat) aku officially dah duapuluhampattahun... yeayyy..one step older. HAHA..

Ada kalanya rasa macam nak pause je umur had tu.. kadang rasa nak cepatkan pun ada (ni biasa masa kecik-kecik la) Tapi kat aku..tatkala umur baru 24 rasa muda remaja lagi.. Banyak lagi benda aku nak kena buat. Makin besar lagi cabaran yang aku kena lalu. Tak apa..tu semua proses pembelajaran untuk hidup.

So, kepada yang wish via FB or via text thanks banyak-banyak.. Harapnya doa kalian dimakbulkan. AMIN.

Untuk ayah yang kejut aku pagi-pagi wish birthday, ayah memang sweet. Bila aku mintak present, ayah pass ke mama. Hangin je mama. Hehe.. dapat hug ang kisses dari mama before aku mandi. Wahhh.. hadiah terbaik!

Masuk opis dengan tersengih je sebab opis member tengah pasang lilin kat kek. Hahaha.. Lepas tu akhirnya aircond baru dah dapat di-installed kat opis. Kalau nak tau, since kes 12.10.2012 hari tu.. aircond kat opis aku rosak sampai lah ke hujung bulan oktober. Haihhh..ko imagine je lah betapa sengsaranya aku tiap hari stay dalam opis. Tapi syukur itu semua dah berakhir.

Le cis kek from LMSB

Gadang hadiah ni..tapi, tak boleh bawak balik pulekkk..

p/s: Ada member tanya, apa yang baru di umur yang baru ni.. apa nak jawab ea? jawab azam baru under construction. Hahaha.

up