Satu buku penuh games!

Assalamualaikum...

Entry hari ni aku nak buat flash back untuk zaman sekolah dulu. Orang sekarang buat flash mob, bia aku pulak yang buat flash back!

Tengok tajuk entry, satu buku penuh games. Boleh imagine tak buku apa yang aku maksudkan? Tak pe..boleh take 5 kalau nak pikir dulu.. i don't mind.

Tau dah buku apa? yesss.. buku tulis atau lebih dikenali dengan buku latihan. Yang warna coklat tu selalunya.. ingat lagi tak apa korang buat dengan buku tu kalau ada masa senggang? tak pun masa cikgu tak masuk kelas sebab ada meeting ke apa..

Berdasarkan pengalaman aku.. masa sekolah dulu mesti ada satu buku at least untuk mengisi masa lapang dengan bendalah yang tak berfaedah. Yaaa.. mari revealed apa je aku buat dengan buku tulis aku

1. B I N G O
Yepp.. asal boring je mesti ajak member main bingo. Tak kira la waktu cikgu mengajar ke tidak. Belasah je main. Kalau main ramai-ramai lagi best. Berebut-rebut nak sebut BINGO! dulu. Syokk weh. Kalau rajin sikit, buat kotak 10 x 10. Haaa...lama nak habis. Dari BINGO akan jadi OLAKLEMPIT. hahaha..


BINGO!

2. Bulat Pangkah
Kalau main ni memang sekejap je mati permainan. Sebabnya? kotak sikit sangat. Kalau perasan, kat playground pun ada bendalah bulat pangkah ni. Tapi canggih sikit la.. and besar.

Bulat Pangkah


3. Kapal terbang/ sampan/ origami
Haaa..yang ni memang fenomena bila satu sekolah cikgu meeting. Yang jaga pulak pengawas sebaya. Memang tak makan saman la.. Buat kapal terbang kertas. Macam-macam fesyen and design. Ada yang terbang cantik dan ada jugak yang terbang tapi berpusing-pusing lalu karam. Selalunya buatan tangan aku memang tak dapat pergi jauh sejauh buatan budak lelaki.

Kejuruteraan kertas
 

4. Huruf
Aku main bantai je letak nama game ni sebab aku dah tak ingat dulu panggil apa. HAHA. Kalau main ni nampak la sikit ilmiahnya sebab buat otak kita pikir apa nama negara, jenis buah ke, binatang ke..mencabar la jugak.

Teka perkataan?
 

5. Bulat pangkah free-style
Haaa..beza bulat pangkah yang ni dari yang atas tu iz bilangan kotaknya. Yang ni biasanya kita guna buku math. Lagi besar kita dapat kepong lawan kita, maknanya kita lagi power. Heheheh..

Bulat pangkah dan kepong
 

6. Paper Doll
Ni biasanya buat pakai kulit buku sebab materialnya keras sikit. Dulu aku mintak budak lelaki yang buatkan paper doll. Dia lukis cantik. Bentuk sailormoon sangat famous masa tu. Bila part baju, design sendiri. Hihi..

Anak patung kertas
 

Anyway, aku rasa banyak lagi kegunaan buku tulis ni. Seribu satu fungsi la lebih kurang kata. Haaa..apa lagi yang kita boleh main dengan buku tulis ni ea? Ada siapa ingat?

2 comments:

Saiful Rafizal said...

haha paper doll tu dulu feveret aku..haha.. *kidding..
btw, aku paling suke game teka nama huruf tu...kalo aku main selalunya aku menang..ko mampu? haha :P

Nadha said...

Adoiyai.. nak lawan ke? jom ahhh.. hahaha xD

There was an error in this gadget

up