Tickets and coupons

Haiii.. Assalamualaikum!

Sobss..gusi sakit, kepala sakit minggu ni. Kurang keamanan aku dapat minggu ni. Haihhh..cepat lah pergi rasa yang tak best ni.

Semalam atas arahan bos kecik, aku pergi site visit dari pagi sampai lah ke petang. Mula 9.30 - 10.30 pagi aku beratur register nama kat LAPAN kaunter. Lapan tuu..banyak woahh.. Mujur la masa site visit tu aku ada geng. Tak la bosan bebenor..

Peta lawatan tapak

Lepas tu balik kerja petang aku terrrrus tengok wayang. Hihihi..last tengok wayang before puasa kat TGV The Mines. Cerita 8 Jam. Hmm..layan je la ceritanya. Tapi tak la sampai lapan jam duduk tengok ceritanya. Kalau lapan jam movie tu punya duration, mau kebas punggung duduk dalam wayang tu. Haha..

The ticket
And the coupon


Masa beli tiket 8Jam, kami dapat voucher coupon. 1st time aku beli tiket dapat voucher. Hehe.. Yang bestnya..boleh dapat discount kalau nak shopping kat zalora.com.my. Ada off RM10, RM30, RM50 and RM80 with t&c laaa.. Kalau ada yang nak kupon ni boleh la mintak kat aku sebab aku macam tak guna je. Better bagi kat sesapa yang nak kan? :)

Okay la..setakat tu je la entry sebelum ramadhan datang. Thanks for reading and see you again! Bai.

0 comments:

There was an error in this gadget

up