Chapter : Alahai...dinner!

Hello!

Apa kabar orang kampung? Haha... Kauorang sehat? Sehat, Bagus! Kalau tak sehat cepat - cepat shut down your computer and go to sleep (Heeee... caring tak?).

Okay, entry kali ni aku nak share pasal aku dan Starry - Starry Accounting punya dinner. Dinner telah berlangsung semalam iaitu 5th March 2011 bersamaan hari Sabtu. For your information, Dinner ni held dekat Palm Garden Hotel (nak tahu? google sendiri. Hahaha..). At first, we (me and my friends) decided nak gerak at 5.60 p.m. However, disebabkan we adalah girls and nature girls ni suka bersiap lama, we turun dari hotel penginapan (bilik kolej) pada jam 6.30 p.m.  Hah? Lambat ke? Hey, don't worry.. event tu start jam 7 and to get there, it only takes 10 minutes from UPM (based on google map).

Acara semua ikut schedule yang organizer tetapkan (actually, its slightly not.) Overall, okay. Aku tak nak comment lebih - lebih tapi kalau boleh lah kan, next time test la dulu equipments yang akan digunakan especially benda yang melibatkan techno. Sebab agak spoil bila tengok hasil kerja yang wajib tayang tu, jadi macam tak payah tayang pun tak apa. Huhu. We kecewa. But, aku upload jugak kat FB sebagai menebus rasa yang macam - macam tu.

Apa pun, benda dah lepas. Tak usah dikenang. Apa yang berlaku tu jadikan pengajaran dan memori yang sweet tu jadikan kenangan. Aku ucapkan tahniah kepada team organizer dan team kami yang very supportive towards each other. Kepada pemenang anugerah, Tahniah juga aku ucapkan. Rezeki kauorang tahun ni dapat menang. Lain tahun kalau kita panjang umur, siapa -siapa boleh la buat alumni dinner pulak ye. Boleh la gather again. Okay, aku nak share beberapa pictures masa dinner berlangsung.

Bersama course mate.

Me and puan Sri.

With Eima the gorgeous one.

Me and datin.



Family besar kami.
Okay, that's all for now. Till we meet again. Adios!

Chapter : Dentist dan gigi.

Hey ya!


Nadha datang lagi...Hahaha (poyo gila!). Hey kauorang, aku nak story ni. Meh sini rapat sikit. Dah? Okay, cool. Hari ni aku nak share lah apa yang aku buat for today. Mungkin kurang interesting bagi you guys out there tapiiii... boleh la jadi bahan bacaan kepada sesiapa yang minat blog-walking. Hehe...


Supposed, Aku, Eima and Nunun plan nak hadirkan diri ke Pusat Perubatan Universiti (PKU) pada waktu pagi yang sangat. However, sebabkan aku dan mereka kurang tidur, kami telah melajak-kan waktu pagi yang sangat tu ke tak berapa nak pagi iaitu jam1000 waktu GMT+8.00. Matahari dah terpacak, baru lah kami terpacak kat depan PKU tu. Dengan hati yang berbunga, kami melangkah masuk straight ke registration desk. Misi yang jaga kat situ kata registration dah tutup and bilang kat kami datang waktu petang or next week je. HOH! melopong mulut kami. Ai-yai-yai... cepat gila tutup, dah la waktu petang tu terima 10 patients je. Apa daaaa... Dengan berat hati, kami pun pulang.


Bila jam dinding tunjuk pukul 2.15 petang, kami datang lagi. Race for the top 10 patients and we manage to get the first place (And yes! Semestinya aku dulu). Haha... Scaling gigi ngilu beb! Tapi, resultnya memang puas hati. Senyum pun lagi confident! Ahhhhh... lega bila scaling sesion dah end. Sekejap je pun buatnya, tunggu turn tu yang lama. Tapi tak apa... i'm satisfied, no regret.


Resit terima kasih.


Okay, satu lagi benda dalam 'the things must do list 2011' dah terbuat. Heeee... Thanks Buddies yang teman tadi tu ye. Gigi kauorang chantek dah, yeah!


p/s: Marilah gosok gigi sokmo supaya putih macam gigi Nunun & kemas macam gigi Eima. =)

Chapter : Pre-Dinner photos.

Hai...

Seperti yang aku janji semalam aku akan update cerita the journey to the Palm Garden, IOI. Hahaha. Okay, officially aku dah dapat siapkan kerja semalam yang di bawa ke hari ini (Rabu ke Jumaat) pada waktu tempatan 3:30 pagi =_=". Actually, kerja tu senang je nak buat. Tapiiiii... di sebabkan beberapa factor yang menjadi penghalang, tak dapat lah aku dan rakan - rakan men-siap-kan-nya on time. Tak tahu lah result a.k.a penerimaan mereka macam mana nanti. Hope berbaloi lah dengan masa yang aku korbankan (mostly, masa tidur aku) T_____T .

Hah! Seperti tajuk entry yang tertera, petang tadi (3 March 2011) kami, pelajar tahun akhir Bachelor Perakaunan, UPM telah sama - sama bergambar sebagai pre-dinner photos yang bakal diterbitkan dalam majalah sendirian berhat (ye ke tak, aku pun tak pasti...). Okay, these are few shots yang berjaya aku download dari FB Ain Doi and Cik Feza.

Dari kiri: Siti, Nanad, Cik Feza & Eida.

Nanad and Aida.

ACT.

Cik Feza and Nanad.

Ugly face =_="


Okay lah ye. Aku dah sleepy sangat ni. The event is around the corner. So, stay tune for more updates. Bye, Luv ya!

p/s: Credits to my friends who are supporting me a lot!

Chapter : Thursday 3:29 a.m.

Good mornin' peeps!

Apa kejadah pagi - pagi buta taruh entry dalam ini? Okay, bukan pasal nak buat assignment or tak boleh tidur. No! Aku memang jarang berjaga sampai ke pagi. Kenapa? Memang tak boleh. Tak reti. Ada sekali waktu night walking masa camping kat Melaka, aku sanggup tidur kat atas tanah merah yang tak berturap. Pikir la sendiri batu - batu yang alas badan kering aku ni. Pedulik apa aku! Heh..

Hoh! Malam  pagi ni apa aku buat? Ada kerja untuk "Stary2" Dinner for Accounting student yang bakal berlangsung Sabtu ni. Agak excited sebab aku turut men-sebok-kan diri dengan perkara - perkara yang bagi aku agak menarik untuk di follow.

So, for the next stories regarding the countdown for that dinner. Stay tune with me. I'll be back with more stories to share with you guys. Okies? Mahu sambung bekerja. Work-word-ward?(kind of dizzy di situ. Haha) 0_o

Babaizzzzs!

Chapter : Assignment pelik!

Hai...

Pernah tak kauorang terima projek pelik? Pelik tu macam kauorang kena buat sesuatu yang bukan expertise kauorang. Kali ni nak kasi cerita pasal assignment yang baru -baru ni telah menghuru -harakan class Accounting Theory aku. Sepatutnya on 15th Feb 2011 kami semua ada test tapi telah di kensel-kan awal - awal lagi... Punya lah seronok sebab tak payah nak baca buku. Hehehehe... (",)

Suddenly, lecturer tu bilang test tak ada, tukar jadi assignment. Pulak dahhhh... Apakah assignment itu??? Interprete Positive, Normative and Critical accounting theory by drawing an image. Cissshhh... Kerja gila! Nak kena melukis lah pulak (tangan macam kayu!)... Masalahnya, apa benda accounting theory ni pun aku tak paham. Lecturer bagi assignment ni dengan alasan dia nak tengok kePAHAMan student. Paham ke tidak dia mengajar dalam kelas tu. Hohoho... Memang tidak! Sorry sangat doktor. So, aku pun draw la ikut ke-suka-an aku sendiri. Cantik tak cantik?? Ada aku kesah... Yang tak cantik tu sebenarnya ada nilai estetika tersendiri (betul ke?)... Kau je yang bebal, susah nak paham apa itu seni. Hahahaha....

Finally, aku rasa sayang pulak nak hantar hasil tekapan aku ni kat doktor. Adoiiii... how? (besok nak gi buat satu copy) HAHAHAHA... =P

Ada paham? Tak paham tu bebal namanya. Haha..
p/s: Kalau tak dapat 10 markah ni memang lah tak patut. Sigh*

Chapter : Kisah di malam hari.

Hola!

Entry kali ini aku rembat dari kisah benar yang telah berlaku ke atas seorang sahabat aku. Advertisement and flyers tentang part-time job telah menarik perhatian member aku ni. Menurut iklan tu "it is a simple job". So, member ni pun text lah orang yang berkenaan tu (Kita panggil person tu Miss.Y lah) to get a clear picture of what is their principle of business. Menurut si tukang cherita (member aku tu), mula - mula buat appointment dengan Miss.Y (waktu malam, dekat cafe). Tak lama lepas tu, Miss.Y ni kata dia ada kerja tapi dia ada hantar kawan dia (assistant kot?) to explain kepada member aku ni. Assistant ni kita called dia Miss.T

Next, Miss.T pulak yang sambung texting dengan member aku ni. Miss.T ni asik call member aku ni tanya kat mana, kat mana (isk, semak betul!) Pastu, Miss.T ni siap pesan kat member aku ni suruh datang ALONE! Okay, fine lah. Member aku kata sebab tak jauh, tak berteman pun tak apa lah.

Sesampai je kat cafe, member aku ni terus pergi berdiri kat ATM mechine as ordered by Miss.T. Jeng, jeng, jeng...(kasi suspens sikit. Hahaha) Datang lah seorang wanita berTudung labuh dan ala - ala muslimah gitu. Dia approach member aku and kasi tahu dia tu adalah Miss.T. Okayyy... tu tak apa lagi. Bila member aku ajak duduk discuss, Miss.T ni ajak member aku ni naik kereta dia (dalam kereta ada seorang lelaki). FOR WHAT??? member aku tanya Miss.T nak pergi mana pulak malam - malam ni kann... Miss.T bilang sama member aku dia ada kerja kat office dia. So, nak senang discuss kat office dia saja lah. (Choppp! Logik ke office bukak malam - malam??) Kejadahnya nak follow orang yang kita tak kenal mana asal usul dia kan? So, member aku refused to go with her. Member aku cakap Miss.Y tak ada mention apa - apa pun nak kena pergi discuss kat office. Then, member aku siap cakap kalau betul Miss -Miss ni nak terang apa yang patut pasal kerja tu, discuss kat cafe je. Then, Miss.T mintak appology kat member aku ni. Haaaa... tu lah ceritanya. 

Tapi yang buat aku curiga sangat pasal cerita ni...
1) Kenapa bila nak jumpa tak boleh bawak teman? Konon nak one-to-one, tapi Miss.T ada bawak driver tak apa pulak kannnn...
2)Hebat sangat ke kerja yang di buat tu sampai ke malam pun buka office? Setahu aku police station and Hospital plus 7Eleven je yang buka 24jam T____T

Sooooo... apa morale of the story above? BERHATI - HATI ye wanita!(lelaki juga) Jangan mudah terpedaya and percaya kat sesiapa yang kita baru je kenal 5 minit yang lalu. Kalau faced situation macam kat atas, cepat - cepat fikir alasan untuk mengelak. (tipu pun tak apa.. macam lah tak biasa! Haha) Okay lah, segala tips boleh lah dikongsikan bersama -sama ye. Sekian, makcik dah penat. Thanks for reading!

p/s: Makcik risau, tu pasal makcik concern. Nasib baik malam tu member aku ada janji nak pergi karok, tak ada lah dia mengikut Miss.T tu...

Chapter : Muah! Episode 4.

Muahhh!! kini kembali menyerang!!! Hahaha.. Jangan risau ye.. video ni hanya untuk hiburan semata - mata. Mereka yang sporting je join sini. LOL! Okay guys... Aku tak nak cakap banyak, sit back, buckle up and laugh (also pray! maybe u are the next victim)


p/s: Quality video not so good. Sorry!

Chapter : Siapa paling cantik?

Hey!

Hari ini aku buat kerja amal yang boleh dikatakan berfaedah bagi sahabat - rakan yang betul - betul dapat enjoy the day. At first, I was insisted to join them. But then, after a few trial of coaxing, aku pun ikut lah... Lagipun, bosan lah duduk kolej. Huhu (selalu balik rumah). Okay, we all pun pergi lah dekat satu pusat kecantik-kan (cantik ke?Heheheh..) and of course lah kat situ offer macam - macam services. 3 out of 5 people including me, mereka nak buat facial treatment and the other nak buat body scrub. How about me? Aku jadi pengulas berita kecantikan kat dalam kedai tu. (ceittt.. mcam la cantik sangat kan!)

Harga yang kedai tu charge agak reasonable and affordable bagi student macam kami yang mahu sekali - sekala mahu pampered our self. Untuk Normal facial treatment hanya RM40 je. Untuk yang ber-resdung kena tambah RM5 and it means RM45 lah semuanya. Kepada sesiapa yang nak massage, u can have it there and it is only RM40 for the whole body. Bagi penggemar Spa ala- ala Sepak Q tu.. Kauorang boleh dapatkannya dengan harga RM35 je. Murah tak? Murah juga la kannnn...

Kat sini ada secret nak kasi tahu... Mereka yang berminat nak buat facial akan dikenakan charge RM5 unutk sponge yang akan digunakan kat muka auorang. That means, kauorang tak akan guna orang lain punya and orang lain tak boleh guna kauorang punya sponge. Okay tak? Tapi ada juga option untuk yang tak mahu guna sponge baru, guna je lah sponge siapa - siapa yang bukan return customer mereka. Then, bila kauorang jadi customer mereka semula, tak payah dah nak beli sponge baru.

Kak Lin tokey kedai memang friendly.... Al- maklumlahhhh... orang berniaga kena lah ringan mulut untuk bercerita. Ye tak? Okay... Total cost untuk yang normal facial tu RM45 and yang special tu RM50. Yang total ni tak campur tau kalau kauorang nak tambah other product such as Serum or Vitamin C tau.. Yang tu kena tambah lain.

Okay lah guys. Penat sudah aku promote kedai kak Lin ni. For those yang interested, boleh la mencubanya.. Eh... Lupa nak cakap, mereka pun ada khidmat make-up (memang cantik!) kat kauorang - kauorang yang ada dinner ke apa.. Temujanji diperlukan, jangan main sedap terjah je. Before that, meh teka siapa si cantik yang memakai topeng hijau...

Zombi A-1

Zombi A-2

Zombi A-3

p/s: Service untuk ladies SAHAJA. Sorry gents. =)

Chapter : Koolkes Vs. AiG

Sebabkan bosan nak kena baca case yang amatlah banyak...
(padan muka! Siapa suruh leka...)
Aku  decided untuk buat benda tak berfaedah.
Second entry for today.
(Tak pernah buat macam ni.)

=_=''

.
.
.
.
.
.
.





Selamat malam dunia!

Chapter : Anjing.

Hello...
Entry kali ini nak cerita pasal seekor binatang. Yeah, aku suka tengok anjing - anjing kat pet shop. Cute sangat! Tapi sayang... Tak dapat nak garu - garu kepala anjing tu. Whooof. Whooof! Hahaha.. Nak di-jadikan cherita, malam tadi yakni Ahad malam Isnin, seorang sahabat telah menabrak seekor anjing di jalanan dalam perjalanan pulang ke UPM. Sahabat telah men-cheritakan kejadian tu kepada aku and aku cakap, 'kesian anjing tu'. Menurut sang pen-cherita anjing tu tak apa - apa... So, it's okay la.

Ironiknya, malam tu aku mimpi pasal anjing. (pulak dahhh...sampai terbawak dalam mimpi lagi tu!) The climax dalam mimpi tu ialahhh... Aku kena kejar and kena geget dengan anjing. Cissss.. Biadap sungguh! Gigi tajam tembus kat tapak tangan. Sakit. Menangis dalam mimpi. T___T

TENGOK!!!! Anjing tu balas dendam atas perbuatan langgar lari kauorang tu kat aku tau tak? Nasib baiklah dalam mimpi je benda tu sebab tragisnya lepas kena gigit tu tak ada sorang pun datang tolong. Cisss...tak guna! Ramai je pelakon - pelakon extra (sahabats) yang aku kenal dalam mimpi tu... tapi sorang pun tak boleh pakai. Macam lah kalau kau tolong aku, kau kena samak jugak! Again aku ulang... Nasib baik sekadar mainan tidur.

Okay lah. Tu je aku nak cherita. Hahaha.. Menyesal tak baca? Click close kalau menyesal. Hahahahaha.. Adiossssa!


p/s: Bagai melepaskan anjing tersepit. Sebab kesiankan anjing, aku tergigit. 

Chapter : Hujan again.


Hello...

Hari ini hari Ahad bersamaan Tiga Poloh Januari Dua Ribu Sabalas hujan turun tak berhenti - henti sejak pagi tadi. Sedih kot sebab Red Giant tak dapat Piala Sumbangsih tu malam tadi. Tapi tak apa... Banyak piala lain lagi team Selangor boleh dapat. Hahaha (cewahhh..belagak!Macam aku lak yang main).

Ohhh... Tadi me and Zahirah went to our schoolmate's wedding. Tapi kondangan je, tak rewang pun... Hehehe...Choppp!!! Apa tu kondangan? rewang?? Haaaa... ni bahasa jawa. Kalau kondangan tu, melayunya kita cakap datang kenduri and kalau rewang tu maknanya kita tolong - tolong kat kenduri tu (alaaaaa... macam penanggah la jugak). Anyway, tahniah yea kepada Anizah Sidek dan pasangan. Semoga berkekalan hingga akhir hayat. Aminnnn..

Pastu, we all ke rumah Cik Seha kat Labohan Dagang. Tak ada tujuan pun datang rumah Cik Ha ni sebenarnya.. Setakat nak lepak and update story - story yang dah basi and again, hujan tak berhenti lagi. Seronok dapat chit chat dengan dua orang makcik ni. Haihhhh... Jarang jumpa la katakan, sampai lupa jam dah pukul 6. Tak perasaan hari dah gelap sebab memang gini sejak dari pagi tadi.

Okay, the best part is aku dapat kek dari Pahhhh. Yahooooo!!! Chocolate moist cake is Pah's specialty. (Ni kek untuk birthday aku 3 bulan yang lepas) T____T. Tingkiu bebanyak kat Pah. Lepas ni turn Seha pulak dapat kek (nak tolong Pah bagi LEBIH sedap!). Hihihi.. Kesian Seha meleleh air liur dia tengok kek aku tadi. Weeeee... Jangan marah ye Cik Ha. Okay la ye. Thanks for stayed back about 5 minutes to read my blog. Read la lagi dan lagi. Adiossa!

Pah memang pakar dalam kek coklat since sekolah lagi.
p/s: Terbiasa panggil Zahirah as Pah atas satu sebab yang sangat lucu. Ingat sampai bila - bila. Hihihi =D

Chapter : 貢ぎ物を.

ハローみんな


おかげで Aida Maliza 彼女はについて何かを書いたので本当に感謝しています。だから、甘い感動しています。あなたは私今まで夢見ていることを最高の仲間ですふふふ..の最後の息を引き取るまで私はあなた覚えているだろう。


詳細については、このリンククリックしてください。:: Darl - nada hanis haron - ::: 


さて...それが今日のエントリはここまでです。どうもありがとう Aida!!! はあなた仲間が大好きです。MuahMuahふふふ..


p/s:  Saja test google translate ni.. Nak tengok berguna ke tak.

Chapter : Biarlah berpada.

Hi, folks!
Entry kali ni hanya untuk mengingatkan kepada diri sendiri, saya, anda, dan kamu semua wahai pengguna jalan raya yang bijaksana (Bijak pun tak guna atas jalan, kalau jadi samseng v.4). I know certain people akan jadi syokkk bila dapat drive or ride their own vehicles on the road. Tapiiiiiii.... INGAT! bahawa bukan kita seorang je yang guna jalan itu yea adik - adik sekaliannnn... Others pun guna juga. Jadiiii... Jangan sembarangan nak tukar lane ke kiri, ke kanan before you give enough signal to the other users. Impact yang akan jadi bila you all buat begitu nak tahu apa dia??? Dah orang lain nak break tiba - tiba pulak untuk you kan..


Drivers..
Yang kau orang terburu - buru ni apa pasal? Nak pergi mana potong -potong que orang ni? Nak teryayak eh? Keee dah ter wee- wee dalam seluar? Hahahah! Bersabar lah wahai driver.. Kita nak guna nyawa ni lama tau. Ni bukan game yang boleh topup - topup nyawa tau. Kalau dah terbabas. Na'uzubillah. Tak nak cakap lah. Mintak simpang.


Sayangku drivers,
Jangan lah kau membabi buta drive ikut suka hati kau ajeee.. Ingat lah manusia lain jugak. Sama ada berada dalam satu kenderaan dengan anda ataupun di luar kenderaan. Nyawa kita ni priceless tau! Ada insurance pun bukan boleh jamin kau akan dapat nyawa tu balik. Okay lah readers, aku cuma nak mengingatkan, bukan nak menghentam sesiapa. No heart feelings okay?


Sampai ketemu lagi..Adios!


p/s: Ketaq lutut bila drive masuk erea yang tak familiar. Stay je kat line tengah. ;p

Chapter : Berbaloi ke?

Hola!


Lama jugak tak masuk entry baru kat sini. Sampaikan si Nunun tegur lah jugak. Huhu. Apa nak cherita kali ni ea? Hidup berulang alik dari Olak Lempit - UPM setiap minggu. Jadual gila pack! Nasib baik lah dapat manage so far. Doing part-time job while you are study is not easy though. It is really challenging, trust me.


Since tak ada class on Friday for this semester, I take an opportunity to do a part-time. I pick Friday and Saturday as my part-time day but with some CONDITIONS! If there is no other commitment regarding study, then i'll do it lah.. College life is still my priority since i will finishing my study by this year.


This will be the routine for me for the whole week. Balik college on Monday morning and attend to International Business class. On Tuesday until Thursday pun akan masuk ke class jugak. Malam pulak, spent time with my beloved friends and not to forget my final year project plus kalau ada discussion kita akan dulu kan. Petang Khamis, I akan run away from UPM go back to my hometown. Jumaat, Sabtu kerja (InsyaAllah kalau larat) Ahad rehat. (Sigh!)


Ada orang tanya, tak penat ke hulu ke hilir macam ni? Penat to memang tak dapat nak denied lah. Tapi, as for me, it is still okay sebab I still dapat balik rumah every week.(Main purpose. Hehe..) Kadang - kadang terpikir jugak. Berbaloi ke? Entah lah. Aku pun tak pasti.


Okay lah ea sampai sini dulu. Banyak kerja kat rumah ni tak settle lagi. Hehe. Take care peeps! Looking forward for tomorrow because we (accounting student batch 07/08) are going for picnic at Serendah.. Yeahaaa!! Wait for the next entry guys. Salam. =)


p/s : Salam takziah to my cousin Suliza sebab semalam baby dia kembali ke rahmatullah. Al- Fatihah.

Chapter : Spell it right.

Salam Sabtu warga planet bumi,

Ape kena nak spell it right ni? Nak masuk contest ke??? Heheh! Tak lah. Saja nak membangkitkan cherita yang ada beberapa sahabat sekolah yang masih confuse dengan nama aku. Padahal, they all panggil aku dengan nama yang sama everyday. Nak tahu siapakah sahabat aku yang masih kurang mahir dalam mengeja nama tu?? Hahaha.. Tak payah mention lah kannn..

Aku pun kekadang kurang expert dalam meng 'spell it right' nama orang ni.. For those yang aku dah biasa buat group assignment with, aku reti laaa nak tulis nama diaorang. Masalah yang biasa dihadapi oleh mahluk bumi dalam mengeja nama aku ni ialah seperti berikut ;

1. Sometimes, diaorang tulis nama aku without a space? Contohnya gini ---> Nadahanis Haron. Haha... Ada sekali uncle yang buat name tag sekolah aku tulis macam ni. Lupa la agaknya nak press space tu.

2. Kadang- kadang ada yang tulis nama aku macam ni ---> Nadhanis Haron. Haaaa... yang ni mungkin sebab dah biasa sangat tulis macam ni kat Facebook. Penangan facebook la katekan.. Tak apa. Aku tak salahkan kauorang (baik tak aku??) Huhu..

3. The most weird yang pernah aku tengok orang eja nama aku macam ni ---> Nadahahanis. Bhahahahaha.. Apa pasal pulak ada 'haha' kat dalam nama aku tu? Adoiii... Aku ni memang la suka gelak. Tapi tak ada laaa obses sangat nak letak HAHA dalam nama aku tu.. Wahai sahabat, sila-sila la buat latih tubi eja nama saya tu ye. :P

4. Ada pulak kes yang memandai-mandai tambah huruf lain. Heyyy.. nama penuh saya ni nak guna 9 letters je. Ada pulak yang ting-tong letak nama aku jadi ---> Nadia Hanis. Kes ni kerap berlaku time primary and secondary school dulu. Kalau cikgu panggil aku nama ni.. Aku buat tak tau je sebab dah memang bukan nama aku.

Pemberitahuan kepada mereka yang masih kurang berkemahiran nak eja nama aku... Full name aku yang tercatit kat I/C aku ialah NADA HANIS BINTI HARON. Hehe.. Kepada kauorang yang berjaya menulis nama aku dengan jayanya, tahniah aku ucap kan. Hahaha. (poyo gila).Entry ni bukan nak marah, bukan nak perli. Tidak! tidak! tidak! sama sekali. Jangan salah paham! Entry ini sekadar mahu meng 'highlight' kan mana-mana kekeliruan yang berlaku. Hope lepas ni kurang laaa sikit kesalahan ejaan atau typo error yang berkaitan dengan nama. Sampai sini dulu, Adios!

p/s: Kalau typo error, tekan backspace je.

Chapter : Last day before 2011.

Holaaa!!!
Kamu, kau, dan anda yang kat sedang mengintai atau sekadar tumpang lalu.. Terima kasih yea sebab sudi nak lalu - lalang kat sini yea. Ini entry yang last buat tahun 2010. Sooooo, nak share lah apa yang kami dah went through today.

Today, kami beramai - ramai berkonvoi ke Sg. Congkak, Hulu Langat. At first we all nak pergi ke Sg. Gabai sebab never been there. Tapi... Kepala rombongan (the most lambat siap) dengan selambanya drive to Sg. Congkak. Ehhh, macam mana ni?? Sebab dah 6km ahead dari Gabai, nampaknya bye-bye lah yea Mr. Gabai. Next time je lah, kami pergi melawat tempat tu.

Sungai Congkak.
View from our cabin.
Okay, aku dapat hadiah percuma dari sungai Congkak. Scars! Huhu.. First, jatuh sebab batu licin, dapat scratch. Then, Jatuh dari pondok yang di sewa kat tepi sungai. (ketawa?jerit?adoiii...sakit.) Puas hati dapat mandi sungai. Dah lama tak mandi dan manda. Hehe.

Kat tempat Mama duduk ni lah aku jatuh. Huhu.
Around 3.30 petang kami gerak nak tengok side lain kat congkak ni. Kami singgah dekat kem Asli Adventure jap tengok- tengok. Semua kem kat situ lebih kurang sama je dengan yang lain, cuma service je yang differ mereka. 

Lepas ituuuu, kami ke Precinct 5, Putrajaya. Dekat belakang Pullman hotel tu ada kolam mandi awam. Kitaorang datang situ bukan sebab nak mandi. Tapi sebab nak habiskan bekalan yang still berbaki (pulun? perabih?hah, betul lah tu). Dah habis bekal, kami pun bergerak pulang ke home sweet home. One of sweet memories yang menjadi lipatan cheritera tahun 2010. 0_o

Adios 2010.

Welcome 2011, yeahhhaa!!
Okay, peeps. Got to go. Penat tak habis lagi ni tapi aku gagahkan jugak otak dan mata untuk meng-update blog before new year. Good bye 2010, Hello 2011.

p/s: Azam lama yang tak tercapai, kene bawa juga ke tahun baru. (padan muka!sapa suruh take things for granted.Huhu)

Chapter : Sekolah Adik Saya.

Salam. Hi, pagi ini I teman my little brother pergi daftar sekolah. Dia baru nak masuk Form 1. Heeee... aku pulak yang excited untuk dia. Siap buat video lagi spesel untuk adik so that ada laaaa kenangan bila dah habis sekolah. Sweet kan? wink*wink*


Okay, around 9.29 pagi gerak balik rumah dari sekolah adik. By the way, nama sekolah tu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Changgang. Sanak sedara, adik beradik semua sekolah situ. Haha. Nasib baik aku tak terlibat sama. ;p

Untuk lunch hari ni, aku try masak Ayam masak asam. Ni second time aku masak lauk ni. Licin habis. Alhamdulillah. The first one masa arwah wan ada. Arwah yang ajar aku masak lauk tu. Rindunya kat arwah. Dah setahun arwah pergi. Tak pe lah, sedekah je Al-Fatihah tiap kali rindu. Malam ni sedekah Yassin pulak. InsyaAllah. :)

Peha ayam, serai and bunga kantan yang berbaki.
Sekian, terima kasih.
p/s: Sebenarnya nak upload video. Tapi, tak lama pulak. (Malas tunggu) Hehe..

Chapter : Picnic on Sunday.

Whoaaa!!! Wake up in the morning with full of excitement. Me, Yasmin and Jannah planning for birthday surprise for our very good friend, Zawani. I called Wani asking for her planning for today. She said, she is out to Port Dickson with her family. So, we cancelled the birthday celebration since the main role cannot make it.

Okay, we promised meet at Banting after Zohor and before rain starts falling. Cerita start when aku tumpang orang yang aku tak berapa pasti aku kenal ke Banting. Cerita punya cerita dengan driver tu, laaaa kawan ayah rupanya Pakcik Zainal. All the way to meet them memang aku berdoa je that nothing will happen. Takut whoa naik kereta orang yang kita tak kenal. Promised with myself that I never do it again.

Around 2.40 p.m. Yasmin sampai together with her girlfriend, Jannah. Haha. Funny fact about Memen a.k.a (Yasmin) she always lupa mana jalan to terminal bus (actually, dia memang susah nak paham jalan). Unfortunately, yang jadi co-pilot pun tak guna sangat. Haha. (Nak suruh Memen pecat je Jannah ;p).
Bila sampai kat Pantai Morib, Kitaorang pusing-pusing cari tempat yang suitable untuk makan. Memen bawak kereta plus nugget and tea while Jannah bring her sandwiches and cups. Me??? Beli ais kat gerai tepi tu je. Tak menyumbang pun. (Bawak aku memang rugi =.=)

Tea time.
Memen’s camera out of batteries. So, we decided to buy new one outside Morib. Nasib baik tak sesat. Punya lah jauh drive, tak jumpa pun petrol station. Haih (risau dah ni lalu tempat yang tak familiar), buat U-turn then, patah balik ke Kanchong Darat carik fuel and batteries. Dapat pulak batteries yang tak support camera. Memang tak berbaloi (kesian Memen. Sob, sob). Finally we all guna je handphone untuk snap gambar. Puas hati jugak dapat main air even tak dapat mandi laut. Balik around 6.45 p.m. and I call bapak to tell him that I nak balik sama sebab jeans dah basah sampai lutut (Haaa, main air lagi. Padan muka).
Sejarah ni babe.
Morib, Banting.

Thanks for the girl who capture this.
p/s: Bapak kata, it is okay to sesat jalan. Sebab dari situ lah kita belajar. =)

Chapter : Desperado.

Hola!

This morning aku breakfast kek batik. I made it by myself. Haha. Benda senang nak buat boleh la belagak. 
While i'm looking for the ideas, my sister said, "Hey, the taste is the same like before. Aku teringat kek batik kat sekolah rendah dulu." Aku pun senyum. Well, kek batik ni akan jadi senang susah nak buat bila kita rajin malas. Bahan dia simple je. Some people make it complicated sebab nak tambahkan taste kat kek tu. Ingat lagi zaman sekolah rendah dulu aku sukaaaaa sangat makan kek batik makcik kantin. 20 sen seketul, murah kan? Hmmm... Tu dulu. Sekarang mana nak dapat kuih yang sebegitu harganya. Kalau budak sekarang, 20 sen tu campak je kat celah seat kereta..(yeke?) Aku agak je la. Hehe.

Kek Batik yang paling cikai.

Eh, better aku back off before aku mengarut melalut lebih panjang lagi. Tapi, before aku berhenti. Aku nak kasi tau la Desperado yang jadi the title kat atas tu refer kat apa la kan... Okay, its refer to me. Desperate sangat nak conteng kat blog aku yang tak berapa nak best ni. Haha. Macam loser pun ada jugak! (before kauorang kutuk aku, baik kutuk diri sendiri dulu ;p) Okay, since aku tak ada apa lagi nak tulis baik aku pergi masak dulu (dah ada idea). Adios!

p/s: Hari ni, disebabkan aku malas (hari-hari pun malas) aku nak masak lauk sardin je. 

Chapter : Mood oh mood.

Hi. (sigh!)
Semalam mood aku dah di spoil kan oleh seorang mahluk tuhan ni. Tapi, boleh tahan lagi la sebab aku dapat buku yang aku nak sangat- sangat tu (poyo gila! haha) plus dapat jugak tengok movie cerita Ngangkung with my brother. Betul la kata Zazaf, cerita tu biasa aja.. Agaknya sebab aku happy macam tak hingat dunia semalam (astaga), hari ini aku mau jerit-jerit!!! Wait a minute peeps. Jerit yang ini bukan suka dapat naik roller coaster tau. Tapi sebab ada instinct yang bahawasanya result aku akan jatuh ke gaung dan tak akan dapat crawl up lagi dah. 

Entry kali ini nak meng'expression'kan hati aku yang gundah gulana ni. Adoiiii.. result dah keluar people!!! Dup dap, Dup dap. Ingat nak buka kat SMP (sistem maklumat pelajar) laa... Rupanya sudah bertukar menjadi e-SMP. Thanks kat roomate Cik Zazaf yang menghebahkan berita ini. Okay, its a new thing.. so aku terkial- kial mencari button- button yang di hide kan purposely untuk tak menyemakkan mata pengguna. My first impression, wow! dah maju lahh benda ni..Nak habaq mai ni, dah la gua cuak nak tengok result ni, nak pulak kene belajar benda baru. Kalau berbaloi tak apa lah, ini memang merugikan!

preview e-SMP

Sementara tunggu loading..
Mengimbas balik apa yang telah diperkatakan antara aku dan Zazaf suatu hari...

Nanad: Aku nak potong r###*$ la kalau dapat three pointer &nd above. (Niat nazar la ni kononnya)
Zazaf: Okay, aku pulak nak puasa kalau dapat 3 points.
**dialog macam tak sama dengan dialog sebenar??haha.nasib lah!

Setelah menunggu loading..
Hahaha...(ketawa dalam tangis. eh, macam tajuk lagu pulak) Jeng, jeng, jeng.. Nazar kau itu cheap sangat la Cik Nadha..Hampehhh! Dah aku hagak dahhh.. Terpekik terlolong pun tak guna dah. Ahhh... nak jerit jugak.  Uwarghhhhhh!!Okay, without announce result aku kat sini pun nampaknya anda dah tau aku dapat apa kan. So, jangan tanya lagi tau! Ahaha.. tu je lah yang aku nak soksek-soksek kali ini.

Probably aku nak ke UPM petang ini. Ada chance ke nak ubah result tu?(planning something evil) Haha.. Forget it! Elok-elok boleh grad, terus kene tendang. Okay, wanna cooling down with Mr. Sep. Take care.

p/s: orang kata kalau hari ini kita happy, esok kita akan nangis. (Hmmmm... betul lah kot?!)

up